Followers

Sunday, December 21, 2014

I can never get out of here / I don't wanna explode in fear / A dead astronaut in space: GRAVITY [Ulasan filem]

Si Nor Azam tak gemarkan lakonan kedua-dua pembawa watak utamanya yang saya gunakan analogi jiran yang kita menyampah sangat dan tiada rasa simpati kerana bila mereka tersekat di angkasa, kita tetap bayangkan mereka seperti hari-hari biasa di bumi juga. Betapa perasaan 'cool' si George Clooney bila terbawa-bawa ke angkasa, ia mula memakan diri. Kita dah tak merasa kegusarannya kalaulah dia ada rasa gusar.

Filem ini dibikin untuk IMAX. Sebabnya (esok,) saya nak try sekali lagi tapi versi biasa saja. Mungkin ada yang rasa cerita ni macam pendek sebab ceritanya mudah. One scene movie yang takde benda yang intricate. Minimalis sangat. Lebih kepada pengalaman rasa berpinar berada di atas angkasa dan bab tu bagi saya Anfonso Cuaron berjaya. Dan itulah yang sinematiknya tentang Gravity. (Memang betul pun, lepas tengok versi biasa, kesannya tak seperti pengalaman pertama di IMAX).

Yang membawa kepada perbualan di bawah:

"I experienced the fear again."

"That impressionable, huh? The film."

"Astrophobia we called it."

"Ah, is that a real word or you guys made it up?"

"Filem Gravity last year pun feel dia sama juga. But this one* it went further."

"Whoa ye ke? Ok must check it out soon."

"It is a word: astrophobia. I just learnt."

"Hahaha oh... new word for today."

"Tapi the definition is mostly related with alien invasion, which is not the case for me. Fear of alien pulak is xenophobia."

"Ah... i see yours is more of fear of vast empty space, kan?"

"Yes, the astrophobia thing is a mix of fear of the dark, and the fear of space exploration, because the experience is alien to me."

"OK, makes sense."

"Sesak nafas satu hal."

Sebab tu lah saya tak pernah jadi astronaut walaupun ada cita-cita begitu.

* filem INTERSTELLAR

'

FILEM: GRAVITY
Klasifikasi: U
Genre: Ngeri / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2013
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: Alfonso Cuarón
Pelakon: Sandra Bullock, George Clooney

Tontonan kali ke-2 versi biasa di GSC 1Utama, 24 Oct 2013, 12:30 am selepas preview IMAX sebelumnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails