Untuk menjawab soalan di atas, LOGAN is not a costume superhero movie. Malah ia mengetawakan kau dalam satu adegan bila Hugh Jackman sebagai Logan mengatakan Wolverine yang berspandex kuning takkan wujud dalam dunia nyata. Dan The Dark Knight pun bukan yang pertama. Alex Proyas dah buat gritty realism melalui The Crow.
Dan aku amat menghargai filem LOGAN ini sebab ia punya feel southern gothic macam kulit album Earth dan karya Cormac McCarthy macam Blood Meridian (juga menulis No Country For Old Man). Put it that way dan anda akan lihat Logan dengan pandangan yang berbeza, tak macam TDK. Sebab Logan tak bagi penyataan yang ianya filem dari watak superhero yang realistik yang pertama. Peminat mahu justice pada filem Wolverine yakni visual ganas, itu saja (selepas karakter dari universe X-Men, Deadpool membenarkannya). Dan itulah yang dirasakan 'realistik' bagi Wolverine selepas aksi ganasnya dalamm filem-filemnya yang terdahulu seperti ditahan-tahan oleh produser dan badan penapis.
Realisnya Logan bila Prof X untuk kesekian kalinya minta dia lupakan spandex dan jadilah manusia untuk satu hari (jadi ayah untuk seorang anak yang tak didendang, panggil Prof X sebagai 'pak', ada masa untuk keluarga). Adegan meja makan. Dan tidur terakhir Charles.
Realisnya Logan kerana ia filem keluarga superhero walaupun keluarga superhero dalam filem sebenarnya ialah Fantastic Four, kalaulah kita suka filemnya (tak kisah samada versi Jessica Alba atau versi reboot yang gagal).
Jadi Logan ialah filem tentang father figure. Sebelum ni ada yang komen tentang hubungan bapa dan anak yang tak sampai antara Logan dan Laura. That's not it. Sebenarnya ia tentang Chuck dan Logan dan ini lebih beremosi sebenarnya. Logan ada isu dengan bapa sebab dia ada bapa kandung yang dia benci sangat-sangat. Kedatangan Chuck sebagai bapa yang seterusnya ada episod 'I stay and I go', and for years kita melihat Chuck seperti ada perasaan yang dia gagal sebagai father figure kepada Logan, tapi dia sentiasa sabar dengan perangai Logan. Dalam filem ini, kita melihat hubungan kedua mereka dengan lebih mendalam lagi, dan inilah yang sepatutnya kita lihat. "Chuck, kau bersemadi di sini. Kat sini ada air."
Laura pula pada aku mula kaitkan Logan sebagai ayah sebab dialah biological father yang dia tahu tapi Logan tak pernah melihat insan yang bernama ayah pada dirinya atau yang bergelar ayah di dalam hidupnya.... sehinggalah adegan meja makan. Dari situlah mereka perlu tunjuk impression pada tuan rumah yang mereka ialah keluarga. They actually embrace it, macam manusia biasa.
P/S: The nurse's camera skill and editting skill, tho. I can't even top her.
LOGAN
Pengarah: James Mangold
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant, Dafne Keen
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Pengedar: 20th Century Fox
No comments:
Post a Comment