You know me well kalau ada filem Nine-Inch-Nails-related, aku memang laju.
Anyways.....
Amerika masih lagi sukar untuk membuang stereotaip muslim jika diberi filem begini dengan kerap dalam waktu-waktu begini. Bila kau sebut stereotyping muslim, aku yang menonton ni ada merasa "Isn't it a bit too soon, Peter Berg? Sedang Islamophic di US jauh dari selesai?" Melainkan jika kita melihat dari sudut seorang muslim yang tidak menyebelahi pengeboman Boston Marathon - peristiwa sebenar yang pedih bagi Amerika yang masih baru lagi pada aku, then aku boleh cakap watak-watak dalam filem ini blend well. (Boston ni ramai Asian. Surprisingly aku tak nampak watak black kecuali sorang dua pegawai kerajaan, tapi Asian ramai pula - dari makwe polis, roomate terrorist sampailah ke cina yang keretanya kena hijack dek terrorist).
Biarpun watak Rick Deslauriers bawaan Kevin Bacon menunjukkan seorang ketua di FBI yang cuba untuk bersifat neutral dengan tidak terus menuduh tapi kau keluar panggung kau masih merasa, "it's not helping." Macam juga filem lain seperti Eye In The Sky (Peter Berg juga pernah mengarah filem Lone Survivor tentang askar US dalam konflik Taliban, dia ni memang sekapal dengan Michael Bay yang mengarah filem 13 Hours dengan tema hampir serupa). Ia beri vibe negatif. Ia mengingatkan Amerika apa yang mereka benci, yang sepatutnya terrorism. Tapi terrorism dah sebati dengan muslim bagi mereka, malangnya...
Lihat filem ini secara keseluruhan, sepatutnya watak J.K Simmons tu yang diutamakan kalau nak letak hero sangat (ini watak sebenar, Jeffrey Pugliese, seorang anggota polis veteran yang kuat patriotismanya). Atau Ed Davis lakonan John Goodman. Atau Kevin Bacon (ini watak sebenar juga - bekas agen FBI, Rick Deslauriers yang menolak asosiasi jihad dan keganasan dengan tidak menuduh seorang muslim yang melakukan pengeboman). Kalau betul nak neutral, fokus kat Kevin Bacon dari awal sampai habis. Sebab watak utama Tommy Saunders lakonan Mark Whalberg tak wujud. Dan pada aku wataknya tak cukup kuat. Memang kita boleh lihat dia sebagai orang awam, everyday man yang memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam dan ketua keluarga yang ada naik turunnya tetapi dia tak cukup tujahannya untuk kita melihat dia sebagai bintang utama di muka poster kerana ia hanya mewakili emosi Amrerika yang merudum kerana peristiwa pengeboman untuk meraih simpati dan juga tipikal Hollywood yang mahukan watak utama yang lebih muda dan bergaya berbanding Simmons dan Goodman. Tak lebih daripada itu. Dan selebihnya kita melihat J.K. Simmons yang fully load, full frontal action seorang diri tetapi turut menunjukkan sisi sebagai seorang marhaen - mengambil alih segala perhatian macam yang dia pernah tunjukkan melalui watak Fletcher dalam filem Whiplash.
Dan watak dua pengganasnya? Terlalu bodoh sampaikan ianya jadi terlampau fiksyen.
Muzik Trent Reznor dan Atticus Ross untuk PATRIOTS DAY pula, it was done well tapi not their best. And I think Atticus boleh handle sorang-sorang macam yang dia pernah buat untuk filem lakonan Mark Whalberg, Broken City tiga tahun lalu, tak perlu pun dia tarik Trent (supaya Trent boleh fokus pada Nine Inch Nails yang asyik tergendala je...).
Apparently, Amerika tak boleh move on dengan cerita mereka kena bom seolah-olah mereka sajalah yang menjadi mangsa kerana bukan hanya Patriots Day, akan datang pula bukan satu, tapi dua lagi filem dari peristiwa pegeboman Boston Marathon dalam masa terdekat iaitu Boston Strong (arahan Daniel Espinos dan lakonan Casey Affleck, berdasarkan buku dengan tajuk yang sama) dan Stronger (dari sisi mangsa Jeff Bauman, lakonan Jake Gyllenhaal).
PATRIOTS DAY
Pengarah: Peter Berg
Lakonlayar: Peter Berg, Matt Cook, Joshua Zetumer
Cerita: Peter Berg, Matt Cook, Paul Tamasy, Eric Johnson. Berdasarkan buku Boston Strong tulisan Casey Sherman dan Dave Wedge
Pelakon: Mark Wahlberg, Kevin Bacon, John Goodman, J. K. Simmons, Michelle Monaghan
Skor: Trent Reznor, Atticus Ross
Edaran: TGV Pictures
Tarikh tayang: 12 Januari 2017
No comments:
Post a Comment