Followers

Wednesday, February 12, 2014

Ulasan Filem : DELIVERY MAN

Saya ada satu perangai sejak akhir-akhir ini iaitu menonton filem tanpa menonton trailernya sebab sejak dua menjak ini trailer filem banyak memberi segala-galanya dari adegan-adegan terbaik hingga meninggalkan adegan-adegan yg suam-suam kuku saja pada filem yg bakal ditonton nanti dan adakalanya mendedahkann plotnya (Prisoners pula lain kesnya, kalau tak tonton trailernya saya takkan tergesa-gesa ke tayangan awalnya hingga membuat saya teruja nak beritahu pada segenap ruang grup Movie Addict betapa filem itu jadi cotender 'Filem Tahun Ini' mengenepikan filem Nasi Lemak Neelofa) malah apa yg saya baca tentang Delivery Man cukup sekadar tentang 'Vince Vaughn yang ada banyak anak', habis di situ dan tak perlu saya baca sinopsis penuhnya kerana pitch begitu pun dah menarik tanpa saya menyedari ianya versi Amerika bagi filem Kanada-Perancis bertajuk Starbuck dari pengarah dan penulis asalnya juga Ken Scott yg dibikin semula.

Adakalanya Vince Vaughn jadi lebih baik seorang diri tanpa Owen Wilson kerana lawak mereka berdua boleh jadi huru-hara jika digandingkan bersama dan mudah dijangka dan nasib baik gandingannya kali ini bersama Chris Pratt memberi sedikit dimensi yg berbeza dan ada keserasian, lebih daripada Vince dan Cobie Smulders (How I Met Your Mother) kerana kehadiran Cobie saya lihat tak beri kesan yg besar sangat. Watak bawaan Vince sebenarnya seorang sore loser yg berkerja di bawah syarikat keluarganya sebagai tukang penghantar (hence, delivery...) tetapi dibebani hutang yg ditanggung sejak dahulu lagi yg anda akan tahu apa dan kenapa di kemudian filem. Datang pula peguam dari bank sperma di mana Vince sebagai David Wozniak pernah menjadi penderma dengan kejayaan 533 bayi dilahirkan dari sperma suburnya (hence, delivery... again). Masalahnya bila peguam mengemukakan writ saman dari 142 'anak' David supaya David mendedahkan rahsia dirinya sebagai bapa kandung mereka sedangkan seingat David, dalam perjanjian asal dia mahu identitinya dengan hanya menggunakan nama Starbuck dirahsiakan. Rakan David, Brett (Chris Pratt) sebagai peguam mewakili David menggunakan perjanjian asal David dengan bank sperma ini untuk mendakwa mereka semula atas tuduhan melanggar perjanjian (sebenarnya, supaya David menang kes saman ini untuk melangsaikan hutangnya). Tetapi ia jadi berat kerana keinginan David untuk melihat baka-bakanya sendiri; adakah mereka juga 'sore loser' seperti dirinya? Pengalaman ini membuatkan David melihat dirinya sebagai seorang bapa dan mula menunjukkan nilai-nilai dan tanggungjawab yg belum pernah dipikulnya sebelum ini.

Kerana belum pernah melihat versi asalnya, Delivery Man mudah memikat saya kerana ada premis menarik yg cuba ditonjolkan. Komedi dan nilai sentimental (terutama sekali ketika David mula menjalinkan hubungan bapa dan anak yg menunjukkan perubahahan ketara pada watak ini) diadun dengan baik. Vince dengan gaya lawak biasanya yg adakalanya boleh melebih-lebih tetapi nasib baik ada si Chris Pratt untuk memberi sedikit kontras dan mengalihkan perhatian kalian terhadap Vince. Seperti yg saya sebut, nasib baiklah Vince tak digandingkan dengan Owen Wilson, kelak filem ini jadi filem lawak yg formulaik.

Pengarah: Ken Scott
Lakonan: Vince Vaughn, Chris Pratt, Cobie Smulders.

Distributor: BUENA VISTA INTERNATIONAL MALAYSIA

1 comment:

eddeved said...

seriously, bagi aku movie nih sangat sentimental nilainya...meraikan hubungan anak dengan bapak...serius watak Viggo tuh memang sinonim dengan Perkasa! ha ha!

Related Posts with Thumbnails