If you look for a gripping story about destruction,... then bukan filem ni (walaupun ada cubaan ke arah itu).
Plot Pacific Rim biasa saja tapi taklah sehancur Transformers, dah hampir macam Ultraman yang lawan raksaksa bezanya umat manusia yang bina robot sebesar Ultraman dan kawal sendiri. Raksaksa pula bukan seperti filem Godzilla (1998) dulu dengan teori evolusi mengkarung yang membesar dan menyerang bumi tanpa arah tuju tapi yang memang dah lama wujud di perut bumi dan ada matlamat sendiri. Bunyinya macam kemaskini dari dongeng moden yang kanak-kanak suka tonton masa kita kecil dulu tapi dengan target audience yang lebih luas (mostly untuk dewasa). Dan sebagaimana Transformers atau Real Steel juga, banyak menekankan visual feast berbanding plot yang intricate, barangkali untuk tontonan seisi keluarga supaya anak-anak kecil juga faham ceritanya.
Sinopsis: Apabila raksasa gergasi dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia dan memakan sumber manusia untuk bertahun-tahun lamanya bermula. Sejenis senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju, iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaegers. Jaegers dikawal bersama oleh dua orang pemandu di mana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaegers ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam kekalahan tersebut, tentera pelindung manusia tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu yang gagal (Charlie Hunnam) dan seorang pelatih masih baru (Rinko Kikuchi). Mereka berdua akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan ketinggalan zaman. Mereka berdua juga merupakan harapan terakhir manusia terhadap malapetaka yang semakin menghampiri.
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2013
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Idris Elba, Charlie Hunnam, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Ron Perlman
Pengarah: Guillermo del To
No comments:
Post a Comment