Philomena: "And after I had the sex, I thought anything that feels so lovely must be wrong."
Martin: "Fucking Catholics."
Watak Philomena lakonan Judi Dench ni kalau di alam realiti ia melambangkan akak-akak dan makcik-makcik yang sering menjana sumber ekonomi novel Melayu di MPH dan juga khalayak wajib drama Maghrib di kaca tv ketika mereka datang bulan. Memang kena sebijik kat diorang. Dan Steve 'I'am Tony Wilson' Coogan masih lagi UK's biggest twat, kali ini sebagai Martin Sixsmith, jurnalis British yang tumpul idea lalu mengambil kes Philomena sebagai bahan tulisannya. Filem tentang pencarian (cerita sedih sebenarnya berdasarkan kisah benar) musim Oscar yang perlu ditonton kerana gandingan ideal Dench dan Coogan.
Arahan Stephen Frears (High Fidelity)
Lakonlayar: Steve Coogan, Jeff Pope
Berdasarkan buku The Lost Child of Philomena Lee tulisan Martin Sixsmith
Lakonan: Judi Dench, Steve Coogan
Muzik: Alexandre Desplat
Sinematografi: Robbie Ryan
Studio: BBC Films, British Film Institute, Canal+, Cine+, Baby Cow Productions, Magnolia Mae Films
Edaran di Malaysia: GSC Movies
2 comments:
bagi aku filem ni memang syok tgk walaupun kau tag dia sebagai drama tv maghrib,aku suka part macam mana dua orang manusia yang tak kenal satu sama lain boleh susah payah cari benda yang dah tak ada, sekaligus menyatakan "life is a journey,not a destination"...a very heartwarming movie indeed!
Dont get me wrong, aku tak kata filem ni macam drama maghrib, tapi watak Philomena ni bila bercakap, dia ni dah macam makcik2 yg layan drama maghrib. Jadi secara harifiahnya, makcik2 kat UK sana tak jauhnya dengan makcik2 kat sini. Filem ni jadi menarik bila 2 watak ini saling bercakap dan mereka amat berbeza latar sosial dan pemahaman mereka pada sesuatu perkara. Aku suka scene bila Martin balik semula ke gereja dan mencari kebenaran, melihat korupsi yang berlaku dalam sistem gereja itu sendiri. Scene flashbacknya juga amat menyentap bagi aku.
Post a Comment