Crimson Peak berat kepada murder mystery berbanding sebagai sebuah cereka seram seperti yang dijelaskan oleh watak utamanya Edith Cushing lakonan Mia Wasikowska di mana di dalam novelnya, hantu itu hidup sebagai satu metafora. Filem ini penulis tonton kerana Guillermo del Toro, pengarah yang gemar pada subjek yang gelap dengan penekanan pada rekaan produksi yang amat gothic, tambah pula dengan level ganas yang boleh tahan tingginya.
OK, sekarang - sesi spoiler!
Melalui watak-watak lain seperti Sir Thomas Sharpe lakonan Tom Hiddleston, anda akan dapat merasa sesuatu mulai dewa trickster ini memasuki frame. Si anak angkasawan dari Interstellar, Jessica Chastain sebagai Lady Lucille Sharpe, juga punya wajah yang bermasalah yang buat anda ingin meneliti gerak watak ini dari mula ke akhir. Lanskap Crimson Peak: tempat mereka berdarah. Mudah kita hendak mencerna kebarangkalian yang sedang, bakal dan telah berlaku. Tapi demi Tuhan, rekaan gothicnya...... yummy!
Paparan keganasannya juga mengejutkan penulis kerana panel LPF kali ni lebih terbuka.
Setelah sekian lama menonton filem Pan's Labirynth, menanti sesuatu yang sepertinya,akhirnya penantian penulis berbaloi kerana Guillermo del Toro menjadikan Crimson Peak sebagai surat cintanya terhadap genre gothic romance.
SINOPSIS: Berikutan musibah yang menimpa keluarganya, seorang wanita kini memilih sama ada untuk berkahwin dengan kawannya atau seorang yang tidak dikenali. Dia akhirnya memilih lelaki misterinya sebagai suami dan telah berpindah ke rumah suaminya di atas bukit, iaitu tempat yang penuh dengan rahsia yang akan menghantui sepanjang hidupnya. Di antara keinginan dan kegelapan, di antara misteri dan kegilaan, perkara sebenar akan terbongkar di sebalik Crimson Peak.
Xxx
Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Tom Hiddleston, Jessica Chastain, Charlie Hunnam, Mia Wasikowska
Pengarah: Guillermo del Toro
Thanks UIP for this awesome poster!
No comments:
Post a Comment