Serentak dengan pelancaran filem Ola Bola (laporan di sini: http://blitzenius.blogspot.com/2015/11/sekitar-pelancaran-dan-sidang-media.html ) yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan, turut diumumkan MILO® sebagai penaja filem ini. Bertepatan dengan tema sukan dan bolasepak, MILO® jika anda lihat iklan dengan slogan ikoniknya "Minum MILO® Anda Jadi Sihat Dan Kuat" samada di media cetak atau televisyen amat kuat dengan visual bolasepaknya.
MILO®, peneraju minuman malta coklat yang berkhasiat di Malaysia telahpun menyokong sukan dari tahap akar umbi sejak tahun 1950 dan percaya bahawa sukan memberi pengajaran nilai hidup yang berharga kepada anak-anak muda. Setelah menyaksikan dengan sendiri kekuatan sukan melalui kerjasama dengan atlit Malaysia berdekad lamanya, MILO® tidak pernah gentar untuk terus memberi sokongan padu terhadap sukan malah sudah menjadi sebati dengan bidang tersebut, dengan itu menjaga kehidupan rakyat Malaysia untuk masa hadapan. Terbukti melalui kisah-kisah atlet MILO®, Kempen Juara Takkan Gentar (a.k.a Champions Never Give Up) dilancarkan pada tahun 2015 untuk memberi panduan kepada ibubapa mengambil langkah-langkah untuk mendidik anak mereka supaya pantang menyerah kalah dam mengubah persepsi mereka terhadap kekalahan dan kemenangan. Filem Ola Bola bukan sahaja memaparkan kemegahan bola sepak Malaysia tetapi juga berkongsi sama sentimen MILO® dan kempen tersebut, bahawa kejayaan terserlah apabila kita memberikan usaha yang terbaik terutamanya semasa saat-saat sukar. Ola Bola berkisar tentang situasi sebenar di mana pendidikan sukan semenjak awal usia membentuk prinsip-prinsip yang tidak ternilai dalam anak-anak muda yang akan mereka jadikan pegangan sepanjang perjalanan hidup.
MILO® akan menganjurkan aktiviti menarik bersempena dengan tayangan Ola Bola bermula Januari 2016. Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti ini dan Kempen Juara Takkan Gentar, layari www.milo.com.my. Sertai perbualan di ruang sosial media (Facebook, Instagram Twitter) dengan menggunakan hashtag #takkangentar atau #nevergiveup!
No comments:
Post a Comment