Followers

Friday, November 06, 2015

Tayangan perdana filem BADI terbitan MIG Pictures (berserta ulasan!)

Filem terbaru terbitan MIG ini, BADI ada subjek latar yang menarik iaitu Mak Yong. Kemudian ada elemen saka. Saka lagi. Popular sangat untuk sebuah cereka seram. Di tangan pengarah chick flick seram Pengantin Malam iaitu Eyra Rahman yang sedia maklum buat filem seram macam orang yang tak minat pun genre seram, dia ulang kesilapan yang sama lagi. Badi ialah missed opportunity dalam menimbulkan keangkeran dan kesurupan Mak Yong yang tak timbul-timbul.

Badi mengisahkan Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) keempat-empat pelajar perubatan yang diberi tugasan memeriksa anatomi mayat bidan bernama Mek Nak (Rashidah Jaafar). Mek Nak ni sebenarnya mati dibunuh yang ditunjukkan pada introduksi filem yang sangat lemah visual dan audionya, standard MIG. Kita tak ditunjukkan pembunuhnya siapa untuk menzahirkan plot twist ala Fincher yang merogol minda tapi minda kita masih intact. Berbalik pada keempat pelajar tadi, semasa nak membedah anatomi, mereka sangat kecoh. Kalau anda pergi ke Bukit Bintang dan tengok budak baru nak up, kecohnya nak macam tu, tapi tak macam tu. Adalah adegan mulut tak insurans depan mayat, standard filem seram supaya entiti bakal mengikuti anda, so that you pay for it. Ada adegan curi cincin mayat. Tak ada sebab untuk tak rasa selamat sebab buat benda tak elok. Biarpun mayat ini akhirnya dituntut oleh Sarah (hot babe Adiba Yunus tapi dalam ni jadi gadis kampung ayu bertudung) untuk dikebumikan, saka mayat ini menghantui pelajar-pelajar ini termasuk yang kudus macam Joe, tapi tidak pula pada Kila sebab Kila membersihkan dirinya setelah pulang. Kelakar pula. But then again, Joe dah syok kat Sarah, jadi kekudusannya boleh dipersoal. Dan ini menimbulkan cemburu buat Tania yang syok kat Joe, sebab Joe ada kereta. Sorry, Faiz pun ada kereta. Nak kata Joe ni berada, rumah simple je (ada lah swimming pool...). Barangkali kombo kudus dan kereta. Dan Joe tak pernah suka Tania sebab Tania control freak.

Dalam tak suka Tania pada Sarah, dia ikut juga rombongan ini ke kampung Sarah untuk pengebumian Mek Nak yang tak seorang pun nak kebumikan dan bacakan talqin kecuali seorang mamat ni yang sebenarnya ada rahsia terpendam. There you have it. Filem diteruskan dengan adegan seram yang bangang. Contoh: Kau dah tau kena kacau dengan Mek Nak, kau nak ikut juga mayat dia sampai kampung. Lepas tu kau boleh ikut balik kampung lagi ikut si Joe sedangkan kau benci kat Sarah. Dan aku tak faham kenapa kau kerap sangat nak ke jamban tapi tau pula takut pergi jamban sorang-sorang. Si Sarah ni tetiba nak bermakyong seorang diri dalam rumah apa hal (walaupun ada tunjuk Mek Nak pernah perturunkan ilmu Mak Yong).

Tetapi syukurlah tiada klise macam mayat tak diterima bumi. Atau tangan tiba-tiba memecah tanah nak keluar dari liang lahad berserta mesej 'BACK FROM DEAD!'. None of it. Rugi, kan?

Badi is a total waste, laughable walaupun ia premis yang berpotensi. So it deserves 1 out 10 from me. Tak seram. Dengar tak, Eyra? Just quit with genre seram. Ada genre yang lebih sesuai buat anda. Suami Aku Jatuh Dari Langit okey apa.

Xxx

Tarikh tayang: 15 Oktober 2015
Pengarah: Eyra Rahman
Lakonlayar: Tak ditulis, barangkali panel skrip MIG yang macam kilang tu atau Eyra sendiri
Pelakon: Azwan Kombos, Adibah Yunus, Sharisa Haris, Navilya Husna, Hanif Safuan, Rashidah Jaafar, Zakaria Zahid, Iszander Nor.
Terbitan dan edaran: MIG Pictures

* Foto-foto sekitar tayangan perdana Badi di e@Curve pada 13 Oktober lalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails