Followers

Friday, November 06, 2015

Sidang Media KONSERT M. NASIR... KEMBARA di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal

FiRST Postpaid oleh Celcom dengan kerjasama Perodua, dan dianjurkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd mempersembahkan Konsert M. Nasir...Kembara yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November 2015, Sabtu, jam 8.45 malam. Selepas menggegarkan peminat-peminatnya di Kuantan, Pasir Gudang dan.Pulau Pinang, Dato' Dr. M. Nssir ingin mengajak seluruh peminat dan pencinta muzik dan seni tanahair untuk hadir ke konsert finale bagi siri ini di Shah Alam pada malam ini yang berdurasi 2 jam.

Bertemu di sesi sidang media konsert di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal pada 13 Oktober lalu, bukan sekadar nyanyian, malah konsert ini bakal diekspresikan dengan cara yanh unik dan berlainan daripada biasa. Menurut jurucakap Celcom Axiata Berhad, Encik Zalma Aefendy Zainal Abidin merangkap Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, "Kami amat berbangga mempersembahkan siri Konsert M. Nasir...Kembara yang amat dinantikan semua. Di lokasi terakhir, kami menawarkan peluang istimewa serta eksklusif buat pelanggan-pelanggan FiRST Postpaid yang turut meminati Dato' M. Nasir."

Sebagai penghargaan, Celcom menawarkan diskaun 30% kepada pelanggan Celcom yang akan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas, tertakluk pada terma dan syarat. Pelanggan juga berpeluang memenangi tiket Konsert M. Nasir...Kembara secara percuma melalui pelbagai aktiviti istimewa di booth Celcom pada hari tersebut.

Celcom juga akan memberi layanan eksklusif melalui "FiRST VIP pass" di mana pelanggan dapat bertemu dengan artis manakala pelanggan FiRST Postpaid yang bertuah dapat menikmati hospitaliti yang eksklusif dan bersantai sebelum konsert bermula.

Antara lagu-lagu hits M. Masir yang bakal dipersembahan ialah seperti Hijab Kekasih, Andalusia, Sang Pencinta, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Gerhana, Kepadamu Kekasih, Mustika, Keroncong Untuk Ana, Rajawali, Mentera Semerah Padi, Sesat Di Kuala Lumpur, Anak Anak Kita, Phoenix Bangkit Dari Abu, Di Balik Cermin Mimpi, Ada, Rajawali dan Juwita.

Konsert ini juga turut menampilkan Fynn Jamal sebagai artis pembuka yang bakal membawakan hitsnya seperti Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan banyak lagi. 

Tiket berharga RM50, RM100, RM200 dan RM350 boleh dibeli di laman web www.ticket2u.biz dan di pejabat urusan Luncai Emas Sdn Bhd di talian 03 6156 6700.

* Foto sekitar sidang media yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails