"Sequels are not done for the audience or cinema or the filmmakers. It's for the distributor. The film becomes a brand." - Francis Ford Coppola
Lebih kurang begitulah. Muppets Most Wanted telah jadi self parody kepada The Muppets, dengan selambanya dan degan tak malunya dijelaskan mereka melalui permulaan filem, pada lagu pertama lagi.
Mereka tahu ia tak dibuat untuk audiens lagi. Tapi untuk poket mereka.
Take this example: why I feel like The Muppets ( apart from Kermit and sometimes, Miss Piggy) have only small parts in their own movie? Heck, I want more from Animal and Electric Mayhem!
Lebih parah, tiga watak manusia (walaupun saya menyukai Tina Fey) banyak mencuri masa layar The Muppets berbanding The Muppets sendiri. Magis mula berkurang.... Rainbow Connection kedengaran sayup-sayup sahaja. Lambat laun francais ini mungkin akan jadi standard direct-to-tv yang tidak dibuat dengan sepenuh hati.
Plot: Sekuel dari "The Muppets" memaparkan keseluruhan geng Muppet yang mengelilingi dunia, dan menjual teater di beberapa destinasi menarik di Eropah- Berlin, Madrid, London. The Muppet telah menghadapi masalah setelah mereka terperangkap dalam kes rompakan permata yang diketuai oleh seseorang yang menyerupai Kermit, Constantine yang merupakan penjenayah nombor satu dunia.
Pengarah: James Bobin
Lakonlayar: Nicholas Stoller, James Bobin
Pelakon: Steve Whitmire, Eric Jacobson, Dave Goelz, David Rudman, Matt Vogel, Peter Linz, Bill Barretta, Louise Gold, Ricky Gervais, Tina Fey, Ty Burrell
Tarikh Tayangan: 24 April 2014
Genre: Pengembaraan / Komedi / Muzikal
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
* Telah ditonton di GSC Paradigm Mall pada 26 April 2014, 11 pagi.
No comments:
Post a Comment