Followers

Tuesday, August 25, 2015

Ulasan filem: NOTA arahan Yasu Tanaka

Kali pertama saya tonton filem NOTA arahan Yasu Tanaka, saya bersama dengan sekumpulan penonton kasual yang saya kira suka tengok filem yang boleh buat mereka gelak je. Saya rasa mereka tertidur masa tengok Nota. Mereka ada di dalam panggung barangkali sebab Hans Isaac atau Maya Karin je, dan kedua-dua mereka bersifat kosmetik. Ia buat Nota jadi daging beku dan serius nak mati dan ini bukan 'makanan' kumpulan penonton kasual tadi. Tidak pada saya. Daging beku begini dah jadi makanan saya dan ia disediakan dengan cantik sekali oleh Yasu, kecuali di permulaan filem bila Maya sebagai Erin berdialog dengan rakan Jepunnya. Masa tu saya nampak skrip yang dibaca untuk menyampaikan cerita. Tapi nasib baiklah tak lama sebab selepas itu, Hans Isaac dan Maya sebagai pasangan suami isteri menunjukkan betapa bekunya hubungan mereka. Dengan hampir tiada dialog. I thought the minimal dialogue works for Maya Karin very well sejak bahasa Melayu dia masih lagi keras.

(Keras macam mana pun BM si Maya Karin, aku tetap suka Maya. Bulan puasa lepas sempat buka puasa dengan dia. Aku rasa aku suka dia for no reason. Wait, no. Aku kritik dia sebab suka dia. Kalau pelakon lain, dah tak kisah dah nak melingkup ke, ke laut ke. Ambil contoh: Hanis Zalikha.)

Muzik berganti melambangkan suasana dan kita dah tau filem ni nak jadi apa. Lalu kita dibawa ke Sarawak. Kita rasa macam pergi bercuti sebab permandangannya cantik. Tapi tengoklah...

Kali terakhir saya benar-benar melawat Sarawak melalui filem ialah dengan filem XX Ray arahan Aziz M Osman. Masa tu bukan saja ada gambar permandangan negeri Sarawak tapi orangnya juga cakap Sarawak, jadi ia tak nampak superficial, tak macam masa Aziz M Osman buat filem Fenomena. Kita dibawa ke Terengganu tapi orangnya cakap KL. Bukan kes dengan Nota, seawal disapa oleh pemandu teksi, kita dapat rasa yang kita sendiri berada di Sarawak, kita dibawa ke edisi Jalan Jalan Cari Makan dengan Kamal dan Erin, turut merasa perjalanan mereka sebab watak-watak di sekeliling mereka sangat real. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Jemat (lakonan mantap Allahyarham Ramli Hassan) sebagai tourist guide mereka setelah mereka tersesat. Sekali lagi, sukar untuk membayangkan Yasu, pengarah Jepun ini menggambarkan cerita tentang bumi Malaysia dengan bahasa yang mungkin asing buatnya, tapi apa yang dirakamnya amat meyakinkan, sehinggalah saya terbaca tentang input Ramli Hassan sendiri untuk membiarkan rakaman di Sarawak dituturkan dengan bahasa Sarawak sendiri pada wataknya. So, that make sense. Memang Ramli buat saya teringat pada rakan saya seorang ini dari Sarawak, terutama bila watak Ramli dengan Maya dan Hans berbicara tentang buaya. Spot on. Ramli Hassan terus-terusan memberi suara malahan ilham buat Maya membuatkan filem ini kekal beku, seram sejuk dan suram. Sedang kumpulan penonton bersama saya barangkali sedang dibuai mimpi seram, sesekali tersentak dengan hentaman yang kuat. Dan mereka dah tak nampak kelibat Hans sebagai Kamal lagi. Mereka terlepas persembahan hebat dari Ramli Hassan yang tidak kelihatan lagi di layar, hanyut dibawa arus sungai atau dimakan buaya. Mereka fikir ini thriller yang generik (entah mereka faham ke tidak thriller itu apa). Tapi yang pasti mereka takkan bercakap tentang filem Nota lagi. Sehinggalah saya sendiri yang katakan pada mereka, selesai tontonan, "korang tau tak, filem Nota ni filem best."

"Best gila. Tapi korang mesti tak faham apa yang aku kata ni."

And then I have to convince them again, "korang tengok betul-betul si Ramli Hassan."

Saya kena yakinkan mereka melalui tontonan kali kedua (tanpa mereka). Kali ini di sebelah saya ada 3 beranak yang bawa anak kecil yang asyik merungut tentang popcornnya sehingga ganggu penonton lain. Saya jarakkan diri saya jauh daripada mereka. Saya kira si ibu dan makciknya minat Maya Karin tapi tak tau mereka sedang tengok filem apa sampai bawa si anak kecil tu tonton sekali. Salah pilih filem. Tapi pendapat saya masih tetap sama. Nota is one of the best local films in recent years. Dan itu juga yang akan saya kata pada penonton yang tertidur pada minggu lepas.

Sinopsis: Filem "Nota" mengetengahkan tentang pasangan suami isteri bermasalah, Kamal dan Erin yang semakin renggang selepas tidak mendapat cahaya mata. Pada ulang tahun ke-10 perkahwinan, mereka telah mengambil keputusan untuk pergi ke tempat di mana Kamal melamar isterinya,dengan harapan untuk memulihkan hubungan cinta dan rumah tangga mereka. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Erin menjumpai nota yang ditulis Kamal yang menyatakan dia mempunyai niat lain....

Trailer:

Pelakon: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan
Pengarah: Yasu Tanaka
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Genre: Thriller
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: Empire Film Solution

5 comments:

Anonymous said...

Maya oh maya

siti hazreen said...

best giler cerita ni. si maya ni, walau tak bercakap, tapi mimik muka dia osem, seram sejuk tengok. tapi tak faham, kenapa maya asyik-asyik cek suhu badan? maya demam ke?

Anonymous said...

Maya check basal body temperature.sbb nak pregnant

Shz said...

I was expecting a twist utk filim ini. A bit disappointed that things were as it seems. And , there is nothing that I hate more than a friend who betrayed another by having an affair with the spouse. I was hoping for a gruesome ending for M.

cat said...

Setuju...

Related Posts with Thumbnails