Followers

Friday, June 12, 2015

Ulasan filem: LELAKI HARAPAN DUNIA

Dalam group Movie Addict memang setiap masa ada yang membicarakan tentang filem ini (yang merajuk pun ada...) sampaikan kami para admin kena kerja lebih masa. Apapun saya harap pengarahnya faham dan sedia terima keadaan apabila karyanya disentuh dan tidak dipersetujui kerana dia sebagai penyampai cerita bukan dikalangan 'mereka'. Pengarahnya juga ada rakan di kalangan Melayu yang membantu dalam olahan skrip, dia ada guide jadi dia taklah membikin filemnya sesuka hati, cuma isinya akan buat sesetengah yang menontonnya terasa. Kalau dia buat ikut suka hati, saya rasa dah lama dah filem ni tak lepas tayangan dan mungkin senasib dengan filem Jalan Pintas karya Nam Ron.

Sejujurnya, LHD ialah filem yang saya gemari (jika ada perkara yang saya kurang suka, itu sedikit saja dan LHD masih kekal sebagai salah satu filem pilihan bagi tahun 2014). Ada tema kesepakatan yang cuba diketengahkan. ("Melayu" dan "sepakat" jika saya mahu tekankan lagi, dan naskhah seperti LHD sebenarnya agak jarang-jarang muncul tetapi memberi nafas dalam dunia filem tanahair). Isu agama yang disentuh (yang agak sensitif pada sesetengah penonton sehingga diperdebatkan di ruang media sosial) sebenarnya merujuk pada pandangan naif seorang budak tentang ibadat korban yang wajib bagi umat Islam kerana dia tidak berapa mengerti (dia mula menyayangi unta yang sepatutnya dikorbankan sebagai haiwan belaan) dan watak seorang ustaz pula menjawab kemusykilannya kenapa ibadat qurban itu diwajibkan buat umat Islam.

Ada sebuah lagu yang menarik bagi saya yang dinyanyikan oleh Wan Hanafi Su yang membawa watak seorang bekas penyanyi professional,Pak Awang (lirik nukilan Farid Ayam) yang saya kira defining moment juga bagi filem ini kerana di situlah kesemua watak filem bersatu (di atas sebuah lori yang bergerak) sebelum imejan ini perlahan-lahan mula tercarik ketika filem berjalan.

Pengarah & Lakonlayar: Liew Seng Tat
Pelakon: Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid dan Azhan Rani
Muzik: Luka Kuncevic
Sinematografi: Teoh Gay Hian
Suntingan: Patrick Minks, Liew Seng Tat
Penerbit: Sharon Gan
Studio terbitan: Everything Films (Malaysia), Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).
Tarikh tayangan: 27 November 2014
Edaran: GSC Movies
Laman web: www.facebook.com/lelakiharapandunia

Sinopsis: Filem berkisah tentang sebuah kampung yang mana berlaku kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka sebuah rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung khas buat Pak Awang dihuni oleh “hantu”. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul tetapi tiada siapa yang ingin mendengar?

No comments:

Related Posts with Thumbnails