Followers

Friday, June 12, 2015

Pelancaran koleksi MoodTherapy Ambi Pur bersama Harith Iskander & Dr. Jezamine Lim


Pada 26 Mei 2015 lalu di Sunway Pyramid, Ambi Pur telah melancarkan koleksi terkini MoodTherapy, wangian yang dicipta untuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta.

Pasangan selebriti, Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine Lim sebagai rakan usaha sama kempen Ambi Pur ini telah melancarkan koleksi ini dengan ucapan aluan dari pengacara Kesh Sandhu diikuti dengan taklimat 'scent-sational' oleh Joon Wong, Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA) yang menerangkan tentang kegunaan wangian untuk mempengaruh dan mengubah mood.

Menurut Joon Wong, wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan. "Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan. Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori - terutamanya memori di awal permulaan hubungan," jelasnya.



Bersama dengan wakil media dan orang ramai petang itu juga, Harith dan Dr. Jezamine turut berkongsi tentang kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Usaha yang sangat kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan, jelas mereka. " MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara - yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini," kata Dr. Jezamine.

"Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada," kata Harith. Tambahnya lagi, "Anda tak sedar bagaimana bau busuk menjejaskan anda. Namun selepas anda menghindarkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah."





Ambi Pur mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan kepelbagaian Love's Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba. Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin.

Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk Febreze Fabric Freshener (RM11.90), Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50), Ambi Pur Air Effects (RM19.90), dan Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90).



Bersama Harith.



No comments:

Related Posts with Thumbnails