Followers

Saturday, June 13, 2015

Ulasan filem: PITCH PERFECT 2

Saya terlepas filem Pitch Perfect yang pertama, yang saya letakkan kesalahan di bahu bekas kekasih sebab terlalu banyak cakap sangat pasal filem ini di timeline Twitter buat saya naik menyampah, walaupun saya suka Anna Kendrick. Saya tak pernah kenal Rebel Wilson. Saya ingatkan Fat Amy itu real yang buat saya rasa simpati, lebih-lebih lagi bila anak Judd Apatow menemubualnya, tak silap sayalah.

Pada saya, pertandingan karaoke masih lagi 'a bitch' sebab walau hebat macam mana pun vokalnya,ia tidak menambah apa-apa yang baru kerana pelontar vokal membawakan komposisi yang sudah sedia ada, lagu popular selalunya. Dan ia jadi satu penghinaan buat mereka yang punya lebih daripada sekadar keupayaan vokal dan kehebatan mengendalikan instrumen muzikal, yakni bakat menulis komposisi dan lirik original. Dengan kata lain, ada kawalan dan berdiri di atas karya sendiri.

A capella bukan perkara yang baru, dari Pancha Sitara ke Kolej 56 Ahmad Fauzee hinggalah berdozen-dozen kumpulan vokal harmoni dan boyband yang tak berapa nak harmoni, ia berevolusi dengan kemunculan grup a capella (seperti Pentatonix yang turut muncul dalam filem ini) yang benar-benar menjadikan vokal sebagai satu instrumen. Bukan sekadar menyanyi, di mana tanpa bantuan alat muzik fizikal yang lain, vokal saja sudah dapat menghasilkan persembahan muzikal yang boleh menggegarkan minda mereka yang mendengarnya. Dan inilah yang ditunjukkan oleh grup a capella Jerman fiksyen dalam filem ini, Das Sound Machine yang menjadi saingan The Bellas dalam pertandingan a capella sedunia selepas The Bellas bertaruh untuk memenangi pertandingan ini. Ia berikutan satu insiden memalukan di kaca TV yang mencalarkan pusat pengajian mereka yang membuatkan The Bellas digantung. Seperkara yang saya tidak sedari, filem ini juga mengangkat soal originaliti yang hampir tiada pada grup a capella, yang saya maksudkan ialah bergerak atas karya sendiri. Di sinilah munculnya watak Emily Junk (lakonan Hailee Steinfeld) , 'ayam baru' dalam grup The Bellas, diterima masuk kerana penyampaian vokalnya yang segar sesuai dengan usia belasan tahunnya (mak oi.... ni vokal generasi Bieber, memang saya tak berkenan)  berbeza dengan anggota-anggota The Bellas yang lebih senior yang hidup dengan muzik popular gen X, seperti ketika battle riff-off yang menyaksikan grup-grup a capella berentap membawa lagu-lagu era 90'an ke bawah yang bukan dari era  Emily. Tambahan pula Emily merupakan salah seorang dari Legacy Bella yang diperturunkan dari ibunya, Katherine jadi dia juga dianggap seorang Bella. Bagi watak Beca Mitchell bawaan Anna Kendrick, yang saya faham mungkin dia tidak melihat harapan lagi dengan The Bellas lalu mengambil keputusan untuk menjadi intern di sebuah syarikat rakaman tanpa pengetahuan anggota The Bellas yang lain, tapi dia juga sebenarnya tiada harapan di sana kerana dia tidak pernah menghasilkan komposisi sendiri (mashup tak diambilkira, kata bos record labelnya) lalu datang Emily yang hidup dengan menyanyi lagu sendiri saja untuk membantu Beca. Lagu Emily jugalah yang digunakan untuk dibawa ke pentas pertandingan tanpa didokong sepenuhnya oleh lagu yang sedia dikenali.

Sejujurnya, saya menyukai Das Sound Machine (DSM) dan tak nampak kenapa mereka perlu tewas, lebih daripada The Bellas. Saya dah melihat fiksyen Pitch Perfect 2 sebagai nyata, macam juga dulu merasakan Fat Amy itu real. DSM dengan vokal mantapnya digayakan seperti Kraftwerk, bagai mesin vokal yang sempurna kecualilah kalau kehabisan elektrik. Saya rasa nak melompat bila mereka bawa lagu Kris Krozz, Jump versi a capella. Dan riff-off mereka dengan grup a capella yang lain ialah yang terbaik dari seluruh isi filem. Kalau saya nak realistik, penghujung filemnya ada sedikit letdown tapi saya tak lah berkata soal penulisan filemnya tak bagus. Elizabeth Banks, pelakon (yang baru pertama kali saya tau turut pengarah) sebenarnya telah menghasilkan  PP2 dengan baik sekali. Direkomen bagi mereka yang benar-benar meminati filem muzikal mahupun komedi kerana komedinya tidaklah memaksa sangat. 7 out of 10.

Pengarah: Elizabeth Banks
Lakonlayar dan watak: Kay Cannon, berdasarkan buku bukan fiksyen Pitch Perfect: The Quest for Collegiate A Cappella Glory tulisan Mickey Rapkin
Lakonan: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Brittany Snow, Hailee Steinfeld, Skylar Astin, Adam DeVine, Alexis Knapp, Ester Dean, Katey Segal, John Michael Higgins, Elizabeth Banks
Muzik: Mark Mothersbaugh, The Underdogs,
Sinematografi: Jim Denault
Suntingan: Craig Alpert
Studio produksi: Gold Circle Films
Edaran: Universal Pictures / United International Pictures Malaysia
Tarikh tayang: 15 Mei 2015

No comments:

Related Posts with Thumbnails