Followers

Friday, October 23, 2020

DUA DEKAD LINKIN PARK (dan post ni memang saja nak petik Rizan dan sedikit rujukan Puan Nadia Countess)

Sempena 20 tahun album Hybrid Theory yang memperkenalkan Linkin Park kepada khalayak di seluruh dunia, kami tampilkan dua promo yang direka oleh Frank Maddocks (pereka grafik di Warner Music, anda banyak melihat hasil kerjanya untuk kulit album Deftones). 

Selain itu kita melihat kembali salah satu lagu Linkin Park yang paling top dan kesan lagu ini pada pendengar yakni In The End. Lagu ini sebenarnya ialah luahan rasa Chester Bennington tentang kisah hidupnya yang sering dibuli semasa kecil. Tetapi ada yang menganggap lagu ini ada mesej tersembunyi yang menggalakkan pendengarnya untuk menganggap bahawa kehidupan di dunia ini hanya sia-sia. 

Pada Mac 2001, Charles Andrew Williams yang baru berumur 15 tahun, telah menembak mati dua rakan sekolahnya di California. Dia meninggalkan satu nota kepada bapanya untuk menyatakan sebab perbuatannya itu dan di dalamnya ada tertulis “I tried so hard and got so far, but in the end, it doesn’t really matter”.


Majalah Alternative Press pernah bagi review yang teruk (album Glassjaw pun kena nasib yang serupa) sebab tukang ulas tu macam anti betul dengan album-album nu metal yang berlambak di pasaran sebab trend. Majalah ROTTW pun bagi unfavorable review. Saya kenal tukang ulas kat ROTTW tu, haha. Berani betul dia ulas macam tu tengah satu dunia demam Linkin Park.

P/s: Linkin Park juga amat dikenali sebagai 'boyband paling berbahaya'.

Wednesday, September 16, 2020

This feels like we never move a bit since 2010...

The muse. 










...at the other side of the world. 

Tuesday, September 15, 2020

Perbualan yang tidak berlaku di sebuah acara atas jemputan media dengan sorotan selebriti (dah selalu sangat tapi tergerak nak naikkan because I've had enough)

"I selalu nampak you."

"I pun selalu nampak you."

"Kita berkawan di Facebook. Tapi tapi tak pernah bertegur sapa."

"Oh, ye ke? Gambar profil tutup dengan vinil yang seabad dulu. Memang tak kenallah."

"Kerja kita bidang sama."

"Tapi tak pernah nampak post kerja you di Facebook."

"This is not me."

(Terhenti seketika...) 

"Nak kesian tapi playlist penuh dengan lagu-lagu yang brutal je (tak berapa benar tapi lebih masuk akal)."






Saturday, May 23, 2020

DUA DEKAD A PERFECT CIRCLE - Mer de Noms


Zaman lepak di cyber cafe. Tengah surfing internet, muncul berita video muzik A Perfect Circle - Judith arahan David Fincher di  laman web MTV (ketika M masih lagi memberi makna muzik, bukan lambakan siri realiti TV yang buat MTV dah bukan MTV lagi). Terus pergi kedai sambar kaset sebab pengalaman dulu nak cari kaset Tool sampai ke sudah tak jumpa-jumpa. 

Tapi bila balik kampung bawa kaset tu, kaset tu hilang tak jumpa-jumpa. Reconnect balik dengan album ni masa di UiTM bila penuhkan komputer dengan segala mp3 tiga tahun kemudian, dengan trek "Orestes" diulang pasang dan beli pula album ini semula tapi format CD setahun kemudian. Masa tu album follow up APC, Thirteenth Step baru saja keluar. 

Macam juga Tool, APC ni saya layan sorang-sorang, tak jumpa geng pun, kecuali masa melepak di ruang chat MiRC, channel #malscene.

And,  oh, Paz Lenchantin is wife material bila tengok gambar dia kat inlay kaset.


Pernah dengar sekali Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) pasang lagu Judith. Kalau kau dengar Hitz FM, jangan haraplah, lagu Eminem sampai ke sudah.

Perasaan saya tentang album ini? Ethereal. Muzik rock sering dikaitkan dengan keberatan dan kekerasannya. Walaupun Tool bukanlah berat secara total dan ada seksyen perlahan yang boleh tahan panjangnya (ini pengalaman saya ketika mula mengenali Tool dengan trek "H."), APC sebenarnya ialah sisi feminin bagi Maynard Keenan (walau dia tak berselindung dengan rasa marahnya melalui trek "Judith" yang ditujukan pada emaknya sendiri). Jika saya boleh pilih trek yang boleh menjelaskan penyataan saya ini, saya pilih trek "3 Libras" dan "Orestes" sebagai pembuktian. Sisi lembut APC ini sebenarnya membuka spektrum pendengaran peminat muzik rock untuk menerima muzik yang lebih lembut, bermelodi tetapi tidak sesekali merendahkan merit muzikaliti mereka (secara perlahan-perlahan saya mula mencari rekod penyanyi wanita yang menulis dan membentuk sendiri muzik mereka, saya boleh sebutkan Tori Amos dan Sarah McLachlan di sini) tanpa saya sedar gitaris dan mastermind APC, Billy Howerdel memang tulis Mer de Noms untuk dinyanyikan oleh penyanyi wanita sebelum Maynard masuk dalam kerangka. 

Selamat menyambut hari raya, Mer de Noms (bahasa Perancis untuk "Sea of Names").

Related Posts with Thumbnails