Followers

Thursday, December 19, 2019

Writing on my keyboard. Holy shit! Is this the best thing that ever existed?


Kekasih bertanya apa yang saya beli ketika 11.11?

"Papan kekunci silikon."

"Macam abah-abah la taste awak ni."

Dalam keseriusan, ini merupakan tulisan sulung saya dengan papan kekunci Bluetooth dengan telefon pintar, kerana abah-abah di luar sana masih bergantung pada objek fizikal. Muzik dalam bentuk fiizikal, bahan bacaan dalam bentuk fizikal sampaikan nak menaip benda alah inipun perlukan papan kekunci fizikal yang dibeli dari Lazada (kekasih pernah ada tugasan di aplikasi jual beli dalam talian itu tetapi dia sendiri pun tak pernah berurusan jual beli secara dalam talian kerana dia pun seperti abah-abah juga, kena pegang dan rasakan sebelum berhasrat membeli sesuatu).

Ada seusatu tentang bunyi tap! tap! semasa menulis, saya amat merinduinya dan rindunya terlalu lama dan mendalam sehinggakan saya rasa tak berlaku adil terhadap diri sendiri sejak komputer meja di rumah meletup dan pertama kali saya menggunakan tab, ini akan saya tulis dalam discovery sedekad saya mulai malam ini atau esok jika berkesempatan.



Related Posts with Thumbnails