"All important movies start with a black screen...."
Paul Dini (Batman: Mask of Phantasm) ialah penulis skrip yang power dengan mencipta watak Harley Quinn sebagai 'another love story' supaya cerita Batman tidak hanya berlegar pada love story antara Batman dan Joker. Namun, walau saham Paul Dini naik dengan Batman: The Animated Series, dia masih tiada autoriti untuk menentukan apa yang dia mahukan dalam sebuah filem atau siri TV Batman. Semuanya kena ikut kepala Warner Bros. (ini anda boleh baca dalam memoir Dark Night: A True Batman Story terbitan DC/Vertigo yang keluar tahun lepas).
Team The Lego Batman Movie sedar akan hakikat ini. Kalau kau terlepas intro filem Batman terbaru ini dan masuk je time Batman lawan Joker, then you'll easily called it '40 Years Manchild Towering Inferno of Geekdom' tapi suara Will Arnett di permulaan filem ialah penyataan tebal akan pembikinnya yang mengutuk majikannya sendiri secara halus: "Warner Bros..., maksud kami, Warner Brothers... aku tau kalau aku propose idea pelik sikit dalam filem ni, mesti kau takkan setuju punya. Jadi, kami buat filem ini. Bukan untuk audiens, tapi untuk kau - yang sampai ke kiamat hanya tau BATMAN, SUPERMAN, dan BATMAN BERCINTA DENGAN JOKER, when it comes to DC."
Kapal (ship) dan perhubungan (relationship) antara Batman dan Joker ialah cercaan pembikin terhadap majikannya; "Kau nak sangat Joker bercinta Batman, aku bagi kat kau the ultimate Joker-Batman bromance movie sampai kau muntah." Suicide Squad dalam filem ini terbentuk dengan mudah, sebab Batman sendiri sebut tentang penyatuan team dari Arkham Asylum ini yang mendapat hidayah kerana mereka, tak seperti Warner. Bros, dah muak dengan perangai Joker, kecuali Harley Quinn, dan itu kau kena hormati Paul Dini. Dia mahu Harley Quinn bersama Joker.
Lupakan tentang niat nak panggil Superman dan Justice League sebagai backup sebab Superman sendiri menyampah dengan Batman. Batman takkan panggil JL. Dah tentulah dia boleh buat sendiri. Kes pun berlaku di Gotham, bukannya di Elseworlds. Christian Bale sendiri sebelum gagasan Justice League di bawah Zack Snyder, pernah mengata watak bawaannya sendiri, "Kalau di bawah JL, semua orang pandang Batman dan kata dalam hati, "Apahal dengan mamat tu?"". Pada aku, THE LEGO BATMAN MOVIE bijak menggunakan rujukan terhadap watak Batman itu sendiri (selalunya Batman versi filem terbitan Warner Bros.) untuk menunjukkan apa punya perangai sebenarnya Batman ini, walau bertukar pengarah. It will fuck your mind too, sebab dalam kepala kau Batman ialah Batman, sedang dalam filem ini, it's LEGO BATMAN, a difficult one, tapi secara harafiah, masih lagi Batman. Dengan membikin sebuah filem Batman tanpa perlu bajet skala besar The Dark Knight Rises, audiens melihat kebarangkalian jika Robin diwujudkan dalam dunia Batman versi Nolan-meets-Snyder yang moody. Pembikinnya have fun dengan brick Lego dan pembinaan imej Robin versi 1960'an diberikan asal-usulnya. Bane versi Tom Hardy ada isu dengan Joker tapi di sini, bukan Joker versi Ledger dan tanpa sedar dah mula diserap ke dalam geng Suicide Squad. Ia berlaku sangat cepat sampai kau tak sempat nak bernafas.
Filem macam THE LEGO BATMAN MOVIE kalau kau tengok sebagai filem lawak atau parodi dalam urat yang sama dengan Mamat Khalid memanglah kau nak gelak je, tapi filem ni filem yang serius. Ada yang nampak filem ini sebagai sindiran terhadap filem superhero atau filem aksi summer blockbuster yang mulai dark dan gritty ikut kata penerbit. Itu betul juga. Pada aku, it's the ultimate 'filem mengutuk majikan sendiri' dalam urat yang sama dengan Deadpool. It's a revenge porn.
P/s: intro THE LEGO BATMAN MOVIE power gila sampai tahap aku nak canangkan komposer Lorne Balfe (satu tempat kerja dengan Hans Zimmer dalam beberapa produksi seperti Megamind dan Son of God) dan konsultan di bahagian sinematografi dan Seth Grahame-Smith (the go-to-guy untuk Tim Burton sejak Dark Shadows) untuk take over filem solo Batffleck terus.
THE LEGO BATMAN MOVIE
Arahan: Chris McKay
Pelakon suara: Will Arnett, Zach Galifianakis, Michael Cera, Rosario Dawson
Tarikh tayang: 9 Februari 2017
Edaran: Warner Bros. Pictures