Followers

Saturday, June 06, 2015

Video Games Live 2015 Malaysia Gegar KL Ogos 2015 Ini!

Pada 27 Mei lalu, 11To11 Events Sdn Bhd mengumumkan penganjuran Video Games Live 2015 Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Ogos ini di sidang media di Signature@The Roof, Bandar Utama. VGL merupakan sebuah konsert yang mempersembahkan muzik daripada permainan video terkenal seperti Super Mario Brothers, Tetris, Skyrim, Metal Gear Rising dan Final Fantasy antaranya. Diasaskan oleh komposer muzik permainan video dan pemuzik terkenal, Tommy Tallarico, VGL adalah sebuah konsert jelajah bertaraf dunia yang memainkan muzik dari permainan video yang dipersembahkan dengan muzik orkestra, barisan pemuzik berserta efek bunyi dan lampu yang menarik. Konsert muzik permainan video yang terkenal ini adalah merupakan antara persembahan pentas yang berteknologi tinggi dilengkapi dengan komponen kompleks termasuk orkestra terkenal, koir, rakaman video eksklusif, penghibur solo, susunan muzik, pencahayaan serentak, ahli perkusi elektronik, persembahan secara langsung dan segmen interaktif yang pasti memberikan pengalaman hiburan multimedia penuh menghiburkan. Gabungan elemen-elemen ini menjanjikan sebuah pengalaman menarik kepada para penonton bak menghadiri persembahan orkestra yang mengagumkan dengan sebuah konsert rock yang menyeronokkan pada satu masa yang sama. Konsert VGL 2015 Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa yang mempersembahkan Orkestra Simfoni Kebangsaan namun merupakan sebuah festival muzik yang turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bermula dari 1.00 petang pada 29 Ogos, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk permainan dan peraduan seperti Guitar Hero, karpet merah Cosplay, perarakan karakter permainan video, photo booth, aktiviti melukis pada wajah untuk kanak-kanak, trak makanan yang menonjolkan pelbagai makanan popular di Malaysia!

   “Sama ada ia komposisi 8-trek, atau susunan muzik orkestra penuh, muzik permainan video telah berkembang dan kini setaraf dengan soundtrack yang dimainkan di layar perak dan tidak dinafikan, ia kini merupakan sebuah fenomena global,” kata Leslie Jeyam, Pengarah daripada 11To11 Events Sdn Bhd di sidang media tersebut. “2015 menandakan ulangtahun ke-10 VGL dan ini merupakan kali ketiga ia dipentaskan di Malaysia. VGL adalah bukti muzik permainan video semakin popular sama ada di kalangan pemain permainan video ataupun sebaliknya dan kami amat berbesar hati untuk mementaskan konsert ini kepada semua.”

Para wakil media turut disajikan dengan persembahan daripada aksi pembukaan VGL 2015 Malaysia iaitu Nigesh Armon dan kumpulannya di sidang media tersebut. Turut membuat persembahan adalah Alan Cheah, pemain piano berumur 14 tahun yang cacat penglihatan. Pemain muda yang berbakat ini akan membuat persembahan yang julung kalinya di peringkat kebangsaan dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di konsert tersebut. Selain itu, di sidang media tersebut turut dimeriahkan dengan barisan pemain Cosplay yang berseri dengan kostum unik masing-masing. Di sidang media itu juga, 11To11 Events turut mengumumkan panel penaja, dan rakan kerjasama rasminya termasuk UBER, Pulseworks, Fireworks dan The Roof. Tiket berharga antara RM98 ke RM588 akan mula dijual daripada 15 Jun 2015. Untuk maklumat lanjut tentang VGL 2015 Malaysia dan pembelian tiket, kunjungi www.11pass11.com, portal pembelian tiket terkini di Malaysia atau hubungi +6036411 6796. Untuk pengalaman pembelian tiket yang baru, anda juga boleh memuat turun app tiket VGL dari laman web www.11Pass11.com

Tentang 11To11 Events Sdn Bhd / 11Pass11.com
11To11 Events Sdn Bhd adalah sebuah agensi promosi dengan kepakaran di dalam pelbagai bidang termasuk acara korporat, konsert, persidangan,pengurusan perhubungan pelanggan, identiti jenama, produksi, pemasaran berasaskanpengalaman, amplifikasi digital, reka bentuk sistem dan pentadbiran (www.11-pass.com).

11Pass11 ialah suatu platform pembelian tiket yang dilengkapi perisian canggih dengan sistem komputer yang mudah digunakan untuk industri hiburan, serta industri-industri lain yang memerlukan sistem ticketing. Bertujuan untuk menghubungkan pembeli serta penjual tiket, sistem tiket 11Pass11 dibangunkan untuk pelbagai acara daripada konsert, acara sukan serta persembahan teater di Malaysia, Asia Tenggara dan seluruh Asia. Selain itu, 11Pass11 juga merupakan sebuah elemen komersial terkini untuk mempromosi acara serta melakukan transaksi e-perdagangan.

Tentang Video Games Live
VGL adalah merupakan sebuah konsert bersiri yang dicipta dan diarahkan oleh komposer muzik permainan video terkenal iaitu Tommy Tallarico dan Jack Wall.Selepas proses perancangan yang memakan masa selama tiga tahun, VGL dipersembahkan buat kali pertama di Hollywood Bowl, Los Angeles di samping Filharmonik LA yang dihadiri oleh lebih 11,000 pengunjung, menobatkan ia sebagai konsert permainan video terbesar di dunia.VGL semakin mendapat tempat di kalangan penggemar muzik dan makin dikenali sebagai antara acara muzik yang ditunggu sepanjang tahun. Ia  memulakan konsert jelajah pertamanya pada tahun 2006 dengan sejumlah sebelas persembahan. Konsert jelajah musim 2015 ini bermula pada bulan Januari dan sehingga kini sejumlah lapan belas persembahan telah dipentaskan di Kanada, Amerika Syarikat, Jerman, Ireland, Scotland dan Austria antaranya.

OPENING ACT: Nigesh Armon
Armon is a brand of music that is authentic and original. Using rap as a medium of delivery and one of the few using Alternative Hip-Hop as a genre, Armon plays on new-wave synthesized music and natural instrumental music to give his tracks a flavor like none other. Being proficient at playing the tabla, electrical organ, electrical and analog music production enables Armon todiversify his abilities in each track. Highly passionate in what he does, Armon is determined to create a melodious composition of something distinctive, catchy and current. A lot of emphasis is put in the craftsmanship of the lyrics as he believes in the power of spreading positive messages through his music. On stage, Armon combines his musicality as well as his ability to interact with the audience.With his high energy, Armon gives everyone a complete, exciting, sincere and truly engaging performance. Today, he will be performing one of his originals,“Silverline” which has already been on various terrestrial and digital mediums for awhile now. Over the years, he has shared the stage with James Baum, Point Blank, Rhythm Nation, Hard Candy, Blister, Balan Kashmir, Russell Curtis, Jay Walia and notable acts like Nicole Scherzinger, Reshmonu,and Girls Generation.

Special Talent: Alan Cheah Quek Lim
Alan Cheah Quek Lim was born blind in 2001. Alan’s musical talent was noticed by Mr. Chin Hon Min when he took to the keyboard to express his love for music at the age of 9. Soon, he began studying the craft seriously under the tutelage of Daphne Chin in the Piano of Creative Music Academy. Since then, Alan has performed at Christmas gatherings, school events and even played at the national level at Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan in 2013. The teen will soon be making his debut performance on the national stage alongside the National Symphony Orchestra at the upcoming Video Games Live 2015 Malaysia, a feat that will add another feather in his cap.

No comments:

Related Posts with Thumbnails