So the very idea of Paul Feig's comedy is, mana-mana tough guy yang sepanjang masa menunjukkan ciri maskuliniti tanpa sekelumit pun buat lawak bangang, akan ada harapan untuk buat lawak bangang dalam filemnya (saya sebenarnya merujuk pada kemasukan Chris Hemsworth ke dalam senarai baru pelakon Ghostbusters versi wanita, dan kebarangkalian dia di'lawak-bangang'kan menerusi watak receptionist, baca: Janine Melnitz versi lelaki, adalah amat tinggi.) Dengan Jason Statham dan imej tough guy dan 'street-cred'nya, cuba anda sebut berapa kali anda lihat Statham tanpa pistol di tangan? Hampir tiada. Statham kalau dalam filem kategori caper pun, lawaknya lebih gelap dan kering.
Berbeza dengan SPY yang menonjolkan sisi lawak sengal Statham yang lebih terang (dan tak pernah dibuat pun). Itu gaya Feig (yang turut menulis SPY). Melissa McCarthy pula dah jadi 'muse' bagi Feig sejak Bridesmaids. McCarthy dalam filem-filem arahan Feig menunjukkan penguasaan wanita dalam dunia yang dikuasai lelaki (kerjaya polis di dalam The Heat dan agen perisikan melalui SPY) dan kali ini Feig benar-benar berjaya membentuk McCarthy - 1) sebagai bintang utama tanpa dibayangi oleh bintang utama yang lain seperti Sandra Bullock melalui The Heat, 2) McCarthy benar-benar boleh melawak tanpa perlu memaksa audiensnya. Saat McCarthy bertukar dari Susan Cooper, penganalisa CIA bahagian ibupejabat hingga turun padang sebagai agen sendiri (yang menyamar sebagai wanita yang tinggal bersendirian ditemani kucing), SPY menunjukkan realiti agen perisik sebenar tanpa unsur 'slick' dan elegan dan penuh gaya sepertimana filem-filem spy. Dan Feig menulis watak Susan buat McCarthy yang benar-benar menyerlahkan bakat sebenarnya sebagai bintang komedi, lebih baik daripada hasilnya sebelum ini melalui The Heat, dan saya boleh kata, good luck buat Feig dan McCarthy untuk Ghostbusters yang akan keluar tahun depan. Saya tak akan nilaikan filem itu sehingga filemnya keluar nanti. JANGAN JADI MACAM JEM & THE HOLOGRAMS!
8.5 out of 10 untuk SPY.
Scene favourite? "RICK FORDJJKJHGGG!!!" di atas stage.
Cerita dan arahan : Paul Feig
Lakonan: Melissa McCarthy, Jason Statham, Rose Byrne, Miranda Hart, Bobby Cannavale, Nargis Fakhri, Allison Janney, Jude Law
Muzik: Theodore Shapiro
Sinematografi: Robert Yeoman
Suntingan: Dean Zimmerman, Don Zimmerman
Studio produksi: Chernin Entertainment, Feigco Entertainment,
Edaran: 20th Century Fox (Malaysia)
Tarikh tayang: 21 Mei 2015
Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang penganalisis CIA Susan Cooper. Selepas beberapa penyamaran ejen terbaik CIA terbongkar, Susan dengan sukarela telah menawarkan diri untuk meneruskan misi tersebut dengan menyamar dan masuk ke dalam dunia jenayah pengedaran senjata untuk menghalang kemusnahan dunia.
1 comment:
X sabar nak tgk sisi lain Jason statham..
Post a Comment