Tak menahan bila mulai filem saja dah ada kredit besar: EXPLOSIONS IN THE SKY (nota ikhlas buat presiden tahap tertinggi sepukku Movie Addict yang selesai menonton persembahan live mereka di KL Live sebelum filem ini ditayangkan di pawagam). EITS diberi penekanan dalam ulasan ini kerana lagu-lagunya selalunya bersifat tenang, damai, buat penulis menghargai sendiri kehidupan tatkala otak asyik ditekan-tekan dengan kerja yang menimbun tetapi ringgit makin menyusut. Kali ini pengarah Lone Survivor, Peter Berg (Battleship) menjadikan EITS sebagai runut bunyi askar Amerika, tapi ia satu kontradiksi kerana hakikatnya kita membenci sikap tepi kain Amerika dalam menyelesaikan kemelut politik negara lain, dan di sini, Afghanistan, dan kita tau mereka ada agenda lain dan sangat tricky. Lone Survivor dipadan dari teks tulisan seorang askar Amerika lakonan Mark Whalberg yang melalui pengalamannya terselamat ketika misinya di Afghanistan saat nyawa di hujung tanduk, terima kasih buat penduduk-penduduk kampung di Afghanistan ini yang sanggup bergolok bergadai nyawa demi redneck tegar yang seorang ini melalui adegan klimatiknya yang penuh exagerated. Ia nampak tak masuk akal (dekat sepuluh orang mujahid Afghan tembak askar seorang tak kena) tapi itulah 'kebenaran' yang Hollywood mahu anda percayai. Mark Whalberg, bekas rapper ini, hebat persembahannya sebelum jadi ayah dan penasihat Autobots dalam TRANSFORMERS 4.
EITS sudah terasa berbeza saat anda menonton Lone Survivor, melihat lanskap Afghan dengan penuh.... pengharapan?
---------------------
Sinopsis: Filem ini berdasarkan satu misi tentera sebenar yang gagal pada 28 June, 2005. Misi tersebut diberi nama "Operation Red Wing". Empat ahli kumpulan SEAL Team 10 diberi misi menangkap atau bunuh ketua Taliban terkenal, Ahmad Shad. Marcus Luttrell ialah ahli kumpulan yang masih hidup.
Klasifikasi: 18
Genre: Drama / Perang
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2014
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Peter Berg
Pelakon: Mark Wahlberg, Ben Foster, Taylor Kitsch, Emile Hirsch, Eric Bana
No comments:
Post a Comment