Kalau ditanya saya tentang Godzilla (2014), rating saya tinggi daripada kebanyakan mereka yang memberi filem ini rating yang sederhana. Sebab - DAH ITU YANG FANS NAK, MAKA ITULAH YANG DIRECTOR BAGI. Rating saya mengikut level filem-filem Legendary. It's good. Saya lihat dengan teliti setiap perkara yang peminat komplen pada malapetaka iguanadon tahun 1998, pembikin filem mendengar dan dia bagi sebijik apa yang dirungutkan peminat (Godzilla Bakarin tahun 1998 tu rasanya tak perlu disebut di sini). It's good , as a way to pay homage to the original Gojira.... tapi kita tahu filem Gojira yang asal akan kekal klasik. And Gojira looks good on screen. Walau dikata gemuk pada sesetengah peminat.
Jika ada yang merungut tentang kelibat bintang filem ini sendiri yang hanya betul-betul muncul di hujung filem, anda bukan peminat Gojira yang tahu fitrah makhluk ini yang hanya muncul ketika dah nak hujung filem. Jika ada yang merungut tentang cerita, analogi TOHO begini: destruction > destruction > raksasa keluar. Atau raksasa keluar > destruction > Ultraman keluar. Tiada yang intricate. Kena minat Godzilla dulu. Cuma sampai tak sampai je.
Nota 1: jika di dalam filem Lagi Lagi Senario, melihatkan imejan poster teaser Godzilla secara pintas pasti Yasin akan berkata dia terlihat ekor sesumpah (yang menjawab salam).
Nota 2: selepas percubaan membikin versi Amerikanya pada tahun 1998 oleh team produksi Roland Emmerich dan Dean Devlin dihentam hebat oleh peminat dan pengkritik kerana terasa ia jauh dari sumber asalnya, peminat-peminat boleh menarik nafas lega kerana filem terbarunya arahan Gareth Edwards kali ini lebih menunjukkan keJepunan yang ketara dan lebih dekat dengan jiwa dan rasa produksi Toho (walaupun diselar gemuk hingga diberi jolokan Fatzilla dan Bobzilla).
Nota 3: David S. Goyer (Man of Steel), Drew Pearce, dan Frank Darabont ada kredit penulisan pada filem ini.
Nota 4: teringat kat band Bongzilla.
----------------------
Arahan: Gareth Edwards
Lakonlayar: Max Borenstein
Cerita: David Callaham, berdasarkan karakter Godzilla rekaan Toho
Lakonan: Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen, Juliette Binoche, Sally Hawkins, David Strathairn, Bryan Cranston
Muzik: Alexandre Desplat
Sinematografi: Seamus McGarvey
Suntingan: Bob Ducsay
Studio: Legendary Pictures, Warner Bros. Pictures
Edaran: Warner Bros. Pictures (Malaysia)
Tarikh tayang: 15 Mei 2014
No comments:
Post a Comment