Followers

Friday, December 11, 2015

Ulasan filem: Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie

Saya tak begitu ikuti tentang Peanuts. Masuk air bila saya baca komik stripnya sebab kita sering mengikuti halusinasi Snoopy yang berada di daerah lain sedang kawan yang membelanya, Charlie Brown berhadapan dengan segala pancaroba yang dilalui oleh ramai budak sekolah rendah yang lain. Saya tak pasti anak-anak kita boleh masuk dengan halusinasi Snoopy walaupun dia cute. Yang saya sukai tentang filem animasi 3Dnya ialah gerakan animasinya lebih terarah kepada kartun (saya pernah tonton kartun animasi Peanuts dulu dan filem animasi 3Dnya amat mengikuti gaya kartunnya dulu) jadi pembikinan animasi 3D Peanuts Movie ini bukanlah mahu menjadikannya realistik dan menyaingi studio animasi yang lain seperti Pixar, Illumination atau Dreamworks walaupun saya sebenarnya memang peminat animasi dari Blue Sky (penguin hasilan mereka dalam Fight Club masih lagi klasik bagi saya). Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie dibikin sebagai sebuah tribute yang manis buat pereka wataknya, Charles M. Schulz. Juga buat mereka yang baru ingin mengenali dunia Peanuts, ini entry yg baik.

Markah: 9/10. Hampir dapat markah penuh jika tidak kerana durasinya yang teramat pendek jika dibandingkan dengan filem animasi yang lain buat penulis rasa tak puas dan mahukan lagi.

Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie telah tayang di pawagam mulai 10 Disember 2015.



PLOT: Berdasarkan komik nukilan Charles M. Schulz berjudul "Peanuts", filem komedi animasi 3D ini mengisahkan tentang perhubungan seekor anjing bernama Snoopy dengan manusia yang merupakan rakan baiknya, Charlie Brown. Apabila seorang budak perempuan (yang hanya dipanggil Charlie sebagai 'Little Red-Haired Girl') berpindah ke kejiranan mereka, Charlie dengan bantuan Snoopy telah melakukan satu pengembaraan demi menarik perhatian budak perempuan itu.

Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2015
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Bill Melendez, Noah Schnapp, Hadley Belle Miller
Pengarah: Steve Martino

Monday, December 07, 2015

Pameran Video(e)scape karya Krisna Murti di Galeri PETRONAS

Video art should not merely be a tool that can convey information, ideas or messages, but should give sharper insights in the way we see the reality which is largely modified by technology and mass media.“ -  Krisna Murti

Pada 13 Oktober 2015 yang lalu, selama sebulan Galeri PETRONAS telah membawakan pameran yang bertajuk Video(e)scape di mana ia memaparkan empat karya instalasi video ‘satu saluran’ dengan pendekatan tidak konvensional pada seni video dengan aplikasi multimedia oleh artis pioneer Indonesian dalam gerakan iaitu Krisna Murti.

Ini merupakan pameran sulung Krisna Murti yang turut menampilkan kolaborasi bersama penari terkenal  Indonesia, Gita Kinanthi Purnama Azhri melalui video yang bertajuk “Paradise under construction”. Video-video lain termasuklah “Forest Rhyme”, kolaborasi bersama penari Indonesia - Mila Rosinta, “Enigma” bersama Satya Cipta dan “Soulscape”, bersama Eve Wulan.

Video(e)scape bermatlamat mahu meningkatkan kesedaran dalam menggunakan medium video dalam cara yang kreatif dan memperkenalkannya pada khalayak arus perdana. Sebagaimana yang disebut oleh Krisna, khalayak tidak seharusnya melihat video itu sebagai medium perantara untuk tujuan komersil semata tetapi lebih daripada itu dalam cara yang kreatif, melihatkan video itu sendiri kini sudah boleh dicapai melalui telefon pintar.

Dalam usia kini menginjak 58 tahun, Krisna Murti berterusan meneroka sesuatu yang baru dan ini termasuklah dalam penggunaan media baru untuk menginterpretasikan seni persembahan tradisional. Dan dalam setiap karya Krisna, pasti ada cerita yang mahu disampaikan selain mempromosikan ketenangan dan kedamaian, berbeda dengan media massa sedia ada yang terlalu sarat.

Karya seni Krisna Murti terdahulu telahpun dipamerkan di Fukuoka Asian Art Museum, Singapore Art Museum dan Indonesian National Gallery.

Info pameran:
Kurator :Badrolhisham M Tahir
Durasi pameran :13 Oktober 2015 - 15 November 2015
Laman web: http://www.galeripetronas.com.my

Bertemu Fai Zakaria di pelancaran buku Kembara Seorang Pelukis Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah

Apparently, The Library Coffee Bar Avenue K terlalu kecil untuk pelukis yang power macam Fai Zakaria walaupun dalam gambar, nampak kecil je. Komunikasi verbal kami sepanjang berkenalan bertahun dulu di Facebook ialah saya like gambar dia, dia like gambar saya. Mainly artworks. Tapi yang tukang like banyak tu sayalah. Sebab tiap kali dia post hasil kerja terbaru, saya dah tak tau nak kata, da tak boleh nak taip komen dah. Jaw dropped. Saya like sebab terlalu menghargai hasil kerja tangannya hingga terbit rasa cemburu. Saya melukis di tempat kecil, di tempat yang sama setiap hari yg jadi neraka klaustrofobik buat diri sedang dia berjalan jauh hingga ke Eropah, sambung melukis. Dan semua patut cemburu sebab dia merakam kenangannya, bukan melalui foto tetapi lakaran, lukisan yang kemudian diabadikan sebagai buku 'Kembara Seorang Pelukis: Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah' atau versi Inggeris ‘An Artist’s Adventure : Sketches & Notes 60 Days in Europe’ kini di pasaran terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( buku setebal 229 halaman penuh warna ini boleh dibeli di kedai buku utama seluruh negara, Kedai Buku 1Malaysia, kata tuan pengarah ITBM, Encik Khair Ngadiron, "di pasar tani Kelana Jaya" atau secara talian di ecommerce.itbm.com.my ). Pelancaran bukunya pada petang 7 November lalu disempurnakan oleh Uwei Haji Saari (dalam katanya buat rasa rindu dengan tempat yg dilawati), persembahan istimewa dari Sani Sudin. Harap bukunya habis cepat dan reprint lagi, macam mana cepatnya pizza dan sandwich habis tadi di Library. Ia buat mereka yang kerap mengemaskini travelog melihat kembara itu dalam dimensi berbeza.

---+++

(dari siaran media yang dikepilkan pada hari pelancaran)

MENGEMBARA SAMBIL MELUKIS, KARYA FAI ZAKARIA DILANCARKAN

Kembara, Coretan, Lakaran dan Lukisan - ini adalah 4 Elemen harmoni dalam buku Kembara Seorang Pelukis Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah dan terjemahan Inggeris An Artist's Adventure; Sketches & Note 60 Days In Europe karya Fai Zakaria yang dilancarkan hari ini (7 November 2015). Bertempat di kafe santai, The Library Coffee Bar, Avenue K, Kuala Lumpur, majlis pelancaran ini disempurnakan oleh tokoh terkenal sebagai pengarah filem dan kurator lukisan serta visual, U-Wei Haji Saari. Turut hadir ialah Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Buku setebal 229 halaman yang diterbitkan dalam 2 versi bahasa (Melayu dan Inggeris) terbitan ITBM ini memuatkan lakaran dan catatan kembara penulis Fai Zakaria semasa mengembara di Eropah selama 60 hari. Dalam pengembaraannya antaranya di kota London, Vienna, Paris, Switzerland hingga ke Qatar, beliau banyak menginsafi diri berdasarkan pemerhatian sisi lain manusia, menaakul rasa hati, menilai hubungan kekeluargaan dan persahabatan serta pencarian dirinya sendiri. Semuanya dicurahkan melalui lukisan dan lakarannya yang banyak memaparkan bangunan, tempat dan bahan bersejarah berstruktur hebat seperti Der Austriabrunnen, Wiener Musikverein, Palais Schonbrunn, L'eglise De La Madeleine, The Broken Chair, Istana Warwick, Marble Arch dan banyak lagi.

Walaupun karya ini dikategorikan sebagai kembara seni, namun ia memaparkan pelbagai tema yang boleh diintepretasikan dalam kehidupan seperti pengabdian hamba kepada Tuhannya. Baginya, pengembaraan menjadikan seseorang itu sangat dekat dengan penciptanya. Ini termasuk nilai-nilai seperti persahabatan dan kekeluargaan, sejarah dan peradaban, pencarian makna diri dalam kehidupan, serta penghargaan kepada alam. Meneliti setiap halaman karya ini, pembaca bukan sahaja dapat menikmati lakaran dan foto peribadi, malah pembaca dapat menghayati setiap bait yang Fai Zakaria catatkan mengikut gerak perasaannya.

Sebagai seorang artis, beliau menyakini Lukisan dan Lakarannya adalah seperti Seni Puisi yang mempunyai kebebasan tersendiri. Sebelum ini, beliau merupakan pereka hiasan dalaman yang meninggalkan kerjaya tersebut bagi memberi fokus kepada kegiatan seni untuk amal serta mempunyai firma sendiri. Kerja-kerja seni untuk amal yang beliau usahakan telah membawanya sehingga ke beberapa pelosok dunia. Beliau menganggap setiap garisan, warna dan tekstur adalah "kata-kata" dalam menyampaikan maksud yang diluahkan sebagaimana seorang penyair.

Antara para artis yang hadir juga ialah Sani Sudin (Kopratasa) dan juga Pyan Habib.

Kedua-dua buku karya Fai Zakaria - Kembara Seorang Pelukis: Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah dan An Artist's Adventure; Sketches & Note 60 Days In Europe dijual pada harga RM50.00 (RM55.00 untuk Sabah & Sarawak) senaskhah. Buku ini didapati di kedai-kedai buku utama seluruh Malaysia, kedai Buku 1Malaysia serta pembelian secara dalam talian menerusi ecommerce.itbm.com.my

Ulasan filem: JWANITA, arahan Osman Ali

6 out 10.

Kau tau bila bab Maya toreh-toreh tangan dan kemudian menampar Nona (Marsha) dengan ungkapan mahu menyiat tubuh Nona, that was something that I want to shout to other. 'Hey, look at this! Filem melayu perlu banyak yang begini!' Itu yang buat aku bagi rating 6. Tapi bila tengok filem as a whole, penulisan watak ni alangkah bagus kalau diperhalusi. Lebih-lebih lagi oleh mereka yg benar-benar cintakan filem begini.

Kau belum point out lagi meta dari Ombak Rindu, hahahaha!

Score tu kan. Meriah. Macam nak beraya. Ada bunyian slasher yang diselang-seli dengan video muzik lagu Aliyah, ya Allah! Adakah ini sequel Ong Bak Rindu gone awry?

Aku puji bergelen-gelen darahnya. Aku puji lakonan Cristina Suzane dengan dialog 'asal awak cantu?' berbanding skrip buku teks Sembilu Maya Karin (yang efektif juga untuk beri kontras pada watak dua beradik ini). Aku puji unsur acah-acah nekrofiliak yang mencuba dan boleh jadi jahat lagi kalau tak kena menjawab dengan LPF. Aku puji sebab ada elemen "I can't stand to see your thalidomide robot face" but that's all about it. It's laughable.

But, it's good.

Lebih sedap ditonton beramai-ramai di panggung dan menjerit. Just like the old days of 80's Indos horror flick, macam Penghuni Hutan Perigi, hanya kerana Osman Ali tak dapat cari filem 35 mm untuk beri rasa seram analog sepertimana rujukannya, Dario Argento salah satunya. Aku bersumpah orang depan aku ni cover penglihatannya dengan mengangkat tudung setinggi-tingginya kerana tak berani nak tengok imejan angker di layar yang buat aku menjerit ketawa kengerian bagai Jada Pinket yang terkapar kelemasan darah di layar permulaan filem Scream 2.



PLOT: Seorang perempuan bernama Jwanita mengalami masalah mental yang serius selepas diculik dan kemudian sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam. Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, iaitu seorang doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu. Namun segalanya musnah apabila Jwanita mendapat tahu bahawa Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Penerbit: Nuansa Sdn Bhd
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan, Umie Aida
Pengarah: Osman Ali

Foto sekitar tayangan gala filem JWANITA pada 8 September dan 21 September 2015 di sini.

____________________________________________________________________

Friday, November 20, 2015

[PERADUAN] Tayangan premiere filem IN THE HEART OF THE SEA (Warner Bros Pictures)

It's that time of the month again! I mean, THE MOVIE NIGHT OUT bersama MOVIE ADDICT!

Kalau anda peminat :
1) Chris Hemworth
2) novel Moby Dick tulisan Herman Melville, mungkin filemnya juga arahan John Huston, terbitan Warner Bros. pada tahun 1956
3) filem-filem arahan Ron Howard
...maka, you're in for an absolute treat sebab kami ada 20 pasang tiket untuk menyaksikan premiere filem IN THE HEART OF THE SEA yang bakal ditayangkan di pawagam 3 Disember 2015 ini.

Butiran tayangan:
Tempat: GSC 1 Utama, Petaling Jaya
Tarikh: 2 Disember 2015 (Rabu)
Waktu: 9:30 malam

Apa yang anda perlu buat? :

Di ruangan komen, namakan pembawa watak novelis Herman Melville dalam filem IN THE HEART OF THE SEA di mana baru-baru ini dalam filem Bond, SPECTRE dia telah membawakan watak Q. (Pastikan anda tinggalkan email untuk kami hubungi)

Plus point, anda boleh kongsi filem arahan Ron Howard, atau filem lakonan Chris Hemsworth, Benjamin Walker, Cillian Murphy, Tom Holland atau Ben Whishaw kegemaran anda and your thoughts about it.

Dan tolong SHARE entry ini di page anda!

Terima kasih kepada rakan kami dari WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)

SINOPSIS: Filem ini merupakan adaptasi novel Nathaniel Philbrick berjudul "In the Heart of the Sea". Berlatarbelakangkan tahun 1820, Kapten George Pollard, Jr. (Benjamin Walker), anak-anak kapal Owen Chase (Chris Hemsworth), Matthew Joy (Cillian Murphy), dan Thomas Nickerson (Tom Holland) mengembara lautan luas di atas sebuah kapal yang dinamakan Essex. Kapal itu karam setelah dilanggar oleh seekor ikan paus, menyebabkan kapten dan anak-anak kapal itu terkandas di laut selama 90 hari.

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=K-H35Mpj4uk

Tarikh Tayangan: 3 Disember 2015
Genre: Epik/sejarah/thriller/drama
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Chris Hemsworth, Benjamin Walker, Cillian Murphy, Tom Holland, Ben Whishaw, Brendan Gleeson
Pengarah: Ron Howard

Ulasan filem: SINISTER (2012)

"Sinister doesn’t rewrite the rules of horror like Cabin in the Woods or deliver a masterful cinematic statement like The Shining, but it’s a step up from the torture porn and endless sequels and remakes that have weakened the genre in recent years. There are plenty of loud noises and sudden scares, all executed effectively enough to make you jump in your seat." - ini apa yang saya baca dari WIRED yang menggerakkan saya untuk menonton filem ini. Ketika ini saya baru mengenali produksi Blumhouse dengan filem bajet rendahnya tetapi efektif. Mainly horror (and of course non horror macam Whiplash yang bajet murah juga tapi power dan Sundance-material).

The result: predictable but still scary as fuck. Memang rasa tak selamat je duduk kat kerusi sepanjang filem. The best use of score and creepy sound boleh dilihat dalam filem ini. Ada satu scene tu yang memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila, melibatkan mesin rumput. Visual ini amat kuat kerana gambar footage dari super 8mm yang cranky dan analog tu jarang untuk gagal menbuatkan aku rasa gerun (kerana ini The Conjuring berjaya bagi aku).

Sebenarnya tiada yang baru pun dalam Sinister tapi aku ulang, masih scary as shit (masa filem ni keluar dulu, nak menakutkan penonton tanpa guna teknik jump scare yang murah pun sukar, but Sinister nailed it) UNLESS makanan harian anda ialah filem horror Jepun, maka filem ini biasa-biasa saja.

Selepas aku reevaluate, aku beri filem ini 8 out of 10. Sesetengah mungkin agak piss off juga dengan penamatnya (yang cuba diberi justifikasi melalui sekuelnya, Sinister 2 tetapi gagal).

....and you dont wanna watch that super 8mm crank film if you found it at the rooftop of your house

Anyway, penggunaan muzik penamat dari Sunn O))) & Boris - "Blood Swamp" dan Boards of Canada - "Gyroscope", kedua-duanya aku pernah dengar sebenarnya tapi aku tak membayangkan kedua-duanya digunakan di dalam filem ini dalam suasana damn-near-iconic yang sampai bila-bila akan memahatkan ia sebagai 'lagu Sinister' which is quite true bila "Gyroscope" hadir kembali dalam Sinister 2. Dengan penggunaan muzik dari Accurst, Ulver dan Aghast pula sebagai runut bunyinya yang berteraskan dark ambient yang berat ke arah ambient black metal, ianya langkah yang buat ramai ingat skor filemnya original tetapi ini aku lihat sebagai kerajinan pengarahnya, Scott Derrickson (aku masih tak percaya yang dia hasilkan filem The Day the Earth Stood Still yang dibenci pengkritik, tapi aku akan cuba duduk menilai filem The Exorcism of Emily Rose dengan seadilnya, dan mengharapkan dia buat kerja dengan senonoh melalui Doctor Strange nanti) dalam mencari sumber muzik yang boleh memadankan ia dengan suasana kesurupan Sinister. Dan semuanya tepat.

Pengarah: Scott Derrickson
Tulisan: C. Robert Cargill, Scott Derrickson
Muzik: Christopher Young
Pelakon: Ethan Hawke, Juliet Rylance, Fred Thompson, James Ransone, Clare Foley, Michael Hall D'Addario
Pengedar: GSC Movies
Tarikh tayang: 18 Oktober 2012

Ulasan filem: PANIC ROOM (2002)

"We can’t get in the panic room. That’s the whole point. We have to get her to come out."

Saya tonton Panic Room kerana Fincher. Betul, ianya biasa tapi saya suka sudut teknikalnya, mulai title sequence-nya (sejak SE7EN memang saya akan perhatikan intro title Fincher, dan kali ini kredit filem ini terapung, dan kita melihat Manhattan puas-puas sebelum minda kita kemudiannya terperangkap di satu tempat ini saja - bilik panik). Katanya, title ini saja dah ambil masa setahun untuk dibuat. Fincher melawak kot. Sebab dia buat filem satu lokasi begini pun untuk alihkan perhatiannya seketika daripada buat filem di banyak lokasi yang perlukan dia pack barang keluar masuk dalam trak.

Kemudian pada sinematografinya ( ada sedikit seperti Fight Club, tapi dikembangkan dan ianya menyerlah selepas Fincher menghasilkan video muzik Nine Inch Nails - Only, tiga tahun kemudian dan ini kemudian saya panggil sebagai 'gaya Fincher'. Fincher memanggilnya 'graphic fun'.). Dalam memerhatikan setiap sudut rumah dan bilik panik dan raksaksa di sebaliknya, kamera Fincher yang menggerakkannya dan gerak kamera gambar ini perlu dilihat dengan teliti. Dengan satu lokasi, Fincher mudah buat kerja kamera dia sebenarnya sebab semua dia dah susun dalam komputer. Kamera bergerak sesedap hati tapi watak-watak dalam filem terperangkap. Dengan aku-aku sekali pun stuck (seperti Meg dan anaknya, memikirkan bagaimana ingin keluar dari neraka klaustrofobik ini yang sepatutnya menjadi pelindung tapi dalam masa sama, ianya juga penjara - lihat ketika Sarah perlukan ubat sakitnya; itu bukannya perkara yang anda mahu hadap ketika sedang genting dalam bilik panik). Ia menyesakkan aku sebab aku nak kembali kepada awalnya filem ini: melihat mentari celahan bangunan tinggi kota Manhattan sambil menghirup udara.

Yang mengendalikan sinematografi ini ada dua orang, Conrad W. Hall dan Darius Khondji. Saya tak pasti mana satu yg prominen, tapi kedua-dua mereka ada portfolio yang impresif. Hall dengan filem Se7en, Fight Club, American Beauty dan Sleepy Hollow sebelum Panic Room manakala Khondji dengan filem The City of Lost Children, Evita dan juga  Se7en.  Kedua-dua memang pernah berkerja dengan Fincher, cuma untuk Panic Room, Khondji bertugas selama 6 minggu saja  sebelum Hall mengambil alih. Wasn't that bad. Saya suka kerja Hall untuk filem  American Beauty.

Panic Room meletakkan diri saya dalam keadaan yang menakutkan mengenangkan ada 3 orang asing yang memecah masuk ke rumah sendiri. Letak sorang yang macam Dwight Yoakam pun dah rasa jahanam, apatah lagi 3 orang, walaupun ada Forest Whitaker yang menimbulkan sedikit simpatetik sebab dia nak bon tu je, bukan nak serang orang pun but, hey! Kau dah masuk territory aku! That's how effective about Panic Room: mencipta rasa takut - neraka klaustrofobik, di rumah sendiri - sedang di luar, di Manhattan, di NY sendiri, macam-macam benda buruk yang berlaku.

Tarikh Tayangan: 29 Mac 2002
Pengedar: Columbia Pictures
Pelakon: Jodie Foster, Forest Whitaker, Dwight Yoakam, Jared Leto, Kristen Stewart
Tulisan: David Koepp
Pengarah: David Fincher

MALAYSIA OPENS DOORS FOR THE GAMING COMMUNITY

MDEC hosts South East Asia’s premier gaming event to attract developers and businesses

Kuala Lumpur, 19 November 2015 – The Multimedia Development Corporation (MDeC) hosted Level UP KL 2015, one of South East Asia’s premier gaming conferences in Kuala Lumpur, Malaysia. Held on 18 th and 19 th November, Level UP KL 2015 was aimed towards bringing together prominent international and local players in the Games industry to interact, educate and share knowledge on a wide range of subjects from content development to fundraising to business development and marketing.

The two-day event organised in conjunction with the ASEAN Entrepreneurship Summit attracted over 350 participants from local and international game industry. Michael Mumbauer from Sony Computer Entertainment America, Grayson Chalmers from Blizzard Entertainment, Wan Hazmer from Square Enix, and Tommy Palmer of Candy Crush fame were among few of the prominent speakers present at the event.

Level Up KL 2015 is part of the ongoing efforts led by MDEC to build a world class gaming ecosystem in Malaysia. According to the SEA Game Industry Initiative report 2015 by MDeC, Malaysia is one of the nations to collaboratively work towards a formal alliance called the ASEAN Game Network Connection, dedicated to move the South East Asia game industry landscape to the next level. MDec aims to provide a platform for the local game developers to showcase their work to more international buyers. With MDeC’s support and market access funding, local game developers will be able to bring their games to the global market once the production is completed.

“With initiatives like Level UP KL 2015, we aim to showcase the breadth of talent in Malaysia’s gaming industry. By providing access to a global network of mentors, subject matter experts and infrastructure driven by MDeC, Level Up KL 2015 was envisioned with MDeC‘s goal to position Malaysia as a game development hub in Asia,” said Dato’ Yasmin Mahmood, Chief Executive Officer, MDeC.

“Malaysia has a huge potential to be the game hub in South East Asia, with the majority of game companies (61%) involved in the industry being game developers. As South East Asia is an important region for export, games produced by game companies from within Malaysia would resonate well with other regions due its cultural and language familiarities.”, said Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia Division at MDeC.

From left: Dato’ Yasmin Mahmood, CEO of MDeC, Mr. Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia of MDeC, Kadri Ugand, Cofounder and CEO of Gamefounders

Developing a robust ecosystem

MDeC is committed to drive the games development industry in Malaysia. To establish Malaysia as Asia’s game hub, MDeC partnered with GameFounders in March 2015, the first gaming startup accelerator in Europe in order to bring a regional games accelerator to Malaysia.

“By tapping into GameFounders’ network of mentors, investors and strategic partners, we will raise the bar of the whole Malaysian game ecosystem, creating long-term jobs and boosting valuable skillsets for the country,” Dato’ Yasmin Mahmood added.

Gamefounders was present on the Demo Day of the Level UP KL 2015 event to share their industry knowledge and success stories. Among the successful participants of the acceleration programme include IMGNATION Studios from Brazil, a game start up that focuses on virtual reality that have already secured investment on their game.

“The South East Asian games industry is currently flourishing and projected to grow by 30% in the next five years (2015-2018), driven by the rapid rise in internet access and ownership. This tremendous expansion of the games market provides vast opportunities for everyone involved in the industry”, said GameFounders cofounder and chief executive officer Kadri Ugand.

“We are excited about our collaboration with MDeC. By combining our global network of mentors with the Malaysia’s local talents, we aim to push the industry growth to an exciting new level”, added Kadri Ugand.

From left: Mr. Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia of MDeC, Dato’ Yasmin Mahmood, CEO of MDeC, Kadri Ugand, Cofounder and CEO of Gamefounders

Call for entries for Cohort 2016

Given the success of the accelerator programme Cohort 2015, GameFounders have opened registrations for Cohort 2016. Game developers interested in the accelerator programme by GameFounders can now apply at http://www.gamefounders.com/. Applications closes on 20th December 2015.

Tuesday, November 10, 2015

Ulasan filem: REGRESSION

Jika hendak dibandingkan dengan filem dengan tema Satanik yang sama keluar tahun ini, Dark Places, maka atmosfera setan Regression lebih baik daripada ritual Satanic yang poser dalam Dark Places (serius, penulis tercari-cari scene belah kucing hitam tapi tak jumpa. Cuma ada budak hardcore yang headbanging macam kerasukan, itu saja. Nasib filem ni ada kucing hitam). Regression ialah filem yang memain-mainkan perasaan kita tentang ritual Satanik, lebih-lebih lagi ia dipadankan dari peristiwa sebenar. Seorang skeptik seperti Detektif Bruce Kenner (lakonan Ethan Hawke) boleh keliru untuk memilih mana satu yg benar dan sebaliknya, cuma yang mencacatkan filem  ini ialah ada beberapa perkara yang boleh dipersoal seperti ilusi yang diterima si nenek. And oh man, how old is Emma Watson? Dia ni berlakon memang sampai situ je ke?

Jelasnya, bukan karya terbaik Alejandro Amenabar yang sebelum ini hebat dengan filem The Sea Inside, The Others dan Abre los Ojos.

SINOPSIS: Pada tahun 1990 di Minnesota, seorang detektif bernama Bruce Kenner sedang menyiasat satu kes yang mana seorang gadis bernama Angela telah menuduh bapanya, John Gray, melakukan jenayah seksual terhadapnya. Bagaimanapun John tidak mengingati langsung tentang kejadian itu. Kemudian seorang pakar psikologi, Dr Raines, telah ditugaskan untuk membantu John untuk mengembalikan memorinya dan ketika rawatan, mereka telah membongkar satu misteri yang amat menakutkan.

Xxx

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Ethan Hawke, Emma Watson, David Dencik, Devon Bostick, Aaron Ashmore, David Thewlis
Pengarah: Alejandro Amenabar

Ulasan filem: THE MARTIAN

Apa yang membezakan filem ini dengan filem eksplorasi marikh yang pernah dihasilkan ialah it wasn't like Adam West On Mars (rujuk Robinson Crusoe on Mars). The Martian tidak begitu. Kalau tak, kita dah ada planet berapi dan seekor monyet sebagai peneman. Apa yang saya faham, filemnya memang banyak merujuk jurnal harian Andy Weir dalam menghasilkan naskhah The Martian sebelum ia jadi novel yg hit. Dia telah mengkaji kebarangkalian untuk jadi survival di planet merah. Andy menulis dalam nada, "ok, jangan panik!", kerana itu ada perkara yang buat orang media fikir "kau biar betul kau hantar official shot macam ni?!"

Ianya filem 'feel good'. Ia bukan cereka survival astronaut yang gelap yang sering dijaja Hollywood yang banyak merujuk tema sci fi robinsonade. Barangkali Ridley Scott dah penat dengan cereka sebegitu sementelah penghasilan Alien. Dia hanya mahu bawa anda.... berjalan-jalan ke Marikh.

SINOPSIS: Sewaktu misi manusia ke Marikh, angkasawan Mark Watney dikatakan mati selepas ribut petir dan ditinggalkan oleh ahli-ahli kru yang lain. Namun, Watney masih bertahan dan dia mendapati dirinya terdampar di planet asing seorang diri. Dengan sedikit bekalan yang ada, dan kepintarannya, dia perlu mencari cara untuk memberi isyarat ke Bumi untuk menyatakan dia masih hidup.

Xxx

Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Matt Damon, Jessica Chastain, Michael Pena, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Kate Mara
Pengarah: Ridley Scott
Berdasarkan novel dengan tajuk yang sama tulisan Andy Weir
Tarikh tayang: 1 Oktober 2015

Friday, November 06, 2015

Sidang Media KONSERT M. NASIR... KEMBARA di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal

FiRST Postpaid oleh Celcom dengan kerjasama Perodua, dan dianjurkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd mempersembahkan Konsert M. Nasir...Kembara yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November 2015, Sabtu, jam 8.45 malam. Selepas menggegarkan peminat-peminatnya di Kuantan, Pasir Gudang dan.Pulau Pinang, Dato' Dr. M. Nssir ingin mengajak seluruh peminat dan pencinta muzik dan seni tanahair untuk hadir ke konsert finale bagi siri ini di Shah Alam pada malam ini yang berdurasi 2 jam.

Bertemu di sesi sidang media konsert di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal pada 13 Oktober lalu, bukan sekadar nyanyian, malah konsert ini bakal diekspresikan dengan cara yanh unik dan berlainan daripada biasa. Menurut jurucakap Celcom Axiata Berhad, Encik Zalma Aefendy Zainal Abidin merangkap Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, "Kami amat berbangga mempersembahkan siri Konsert M. Nasir...Kembara yang amat dinantikan semua. Di lokasi terakhir, kami menawarkan peluang istimewa serta eksklusif buat pelanggan-pelanggan FiRST Postpaid yang turut meminati Dato' M. Nasir."

Sebagai penghargaan, Celcom menawarkan diskaun 30% kepada pelanggan Celcom yang akan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas, tertakluk pada terma dan syarat. Pelanggan juga berpeluang memenangi tiket Konsert M. Nasir...Kembara secara percuma melalui pelbagai aktiviti istimewa di booth Celcom pada hari tersebut.

Celcom juga akan memberi layanan eksklusif melalui "FiRST VIP pass" di mana pelanggan dapat bertemu dengan artis manakala pelanggan FiRST Postpaid yang bertuah dapat menikmati hospitaliti yang eksklusif dan bersantai sebelum konsert bermula.

Antara lagu-lagu hits M. Masir yang bakal dipersembahan ialah seperti Hijab Kekasih, Andalusia, Sang Pencinta, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Gerhana, Kepadamu Kekasih, Mustika, Keroncong Untuk Ana, Rajawali, Mentera Semerah Padi, Sesat Di Kuala Lumpur, Anak Anak Kita, Phoenix Bangkit Dari Abu, Di Balik Cermin Mimpi, Ada, Rajawali dan Juwita.

Konsert ini juga turut menampilkan Fynn Jamal sebagai artis pembuka yang bakal membawakan hitsnya seperti Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan banyak lagi. 

Tiket berharga RM50, RM100, RM200 dan RM350 boleh dibeli di laman web www.ticket2u.biz dan di pejabat urusan Luncai Emas Sdn Bhd di talian 03 6156 6700.

* Foto sekitar sidang media yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal.

Related Posts with Thumbnails