Followers

Saturday, October 05, 2013

"Only The Breeders. Rumor is, Kelley Deal wants me to produce her next single."


This cat show... i died.

Saturday, August 03, 2013

before anything else, lagu hari Ahad #01



kena ucap terima kasih kat Jesus Lizard,  or else lagu ni tak masuk pun list dan jadi lagu perasmian #radioblitzenius yang baru je start beberapa jam tadi. or else saya pun hilang fokus sekejap tentang apa yang saya dengar sejak akhir-akhir dan terlupa sikit tentang rekod post punk The Soft Moon yang agak menarik juga. dan saya terlupa juga untuk kemaskini ruang blog ini (bukan lupa, tapi memang sengaja pun). tapi yang ini, kita panggil latihan...

video persembahan Trio, band dari Jerman di atas dirakam sekitar 1985-86. masa zaman Killing Joke dengan Requiem. sebagaimana namanya, format mereka minimal saja iaitu, gitar, dram dan vokal dan lebih hit dengan "Da da da, ich lieb dich nicht, du liebst mich nicht, aha aha aha" di 30 buah negara. don't ask. saya pun tak lahir lagi.

Tuesday, July 30, 2013

Entry untuk R.A.M IT UP : reka semula helmet Daft Punk


Sebelum masuk entry seterusnya, dalam last week saya ada post entry ni dalam Facebook Sony Music (sila LIKE ) sebagai salah satu penyertaan peraduan R.A.M IT UP iaitu design semula helmet Daft Punk ikut kreatif sendiri (macam yang saya buat di atas dengan nama Daft Batix tu). Tarikh hantar dah tamat tapi sekarang ialah masa untuk mengundi sehinggalah tarikh akhirnya pada 2 Ogos 2013. Hadiah utama RM1,000 tunai. Layari https://www.facebook.com/sonymusicmy/app_292261434243076 (LIKE dulu page Sony Music) Helmet saya empat ke bawah dari kanan. Sila undi walaupun saya tak optimis pun boleh menang sebab kemenangan bergantung pada 70% dari undian (yang mana saya tak ramai follower pun banding dgn orang lain) manakala 30% lagi ialah dari juri-juri Sony Music (and yet, saya tak gila-gila sangat pun design helmet ni,... I mean, c'mon! aku ada sejam je nak design dengan kebarangkalian internet yang slow an that's all i could think, hahahaha!!! Could have done better.) 




Takpe lah, dapat headphone baru dari Sony pun dah ok....

-----------------------------------------------------




Sunday, July 14, 2013

Let's talk about Metallica, shall we? : Pt. 1


Saja nak bagitau ada 6 lagi kaset Metallica - St. Anger kat rumah. RM10, sealed.

Yup, tapes. Yup, St. Anger. You don't see that very often these days...

Facebook or tweet me if interested.

Pasal konsert, kita cerita kemudian lah ye?

Wednesday, June 12, 2013

[ULASAN FILEM] Man of Steel : Adakalanya kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh supaya filem baru Superman yang mungkin tak pakai nama Superman langsung dalam skripnya ini dapat dihayati...


KETUANAN KRYPTON... AND IT'S NOT FUNNY ANYMORE....

Man of Steel ialah filem yang sukar. Sukar kerana ianya perkara yang pernah wujud. Ikonik pula tu. Dan fungsi filem ini mahu menceritakan semula sedang penonton telah lama hidup di celahan bayang-bayang spender merah Brandon Routh,.. maaf, maksud saya, Christopher Reeve.


Sebelum saya menonton filem ini saya sudah nampak masalah besarnya iaitu Zack Snyder sendiri. Saya pernah menonton Watchmen dan jiwa filem itu tiada kerana sasteranya dibuang untuk memampatkan 12 bab sebuah buku kepada sebuah filem berdurasi 2 jam lebih. Dan Zack Snyder bukan pencerita yang baik. Case study : Sucker Punch yang hampir tak ada cerita langsung dan hanya menjadi visual feast (yang peliknya saya suka filem tiu kerana visual feastnya dan menolak terus kritik pasal filem itu yg tak ada cerita.) Sucker Punch dah jadi koleksi video muzik yang dipanjangkan menjadi filem.Sekarang, Man of Steel : ceritanya bukan milik Snyder, tapi dikongsi bersama David S Goyer dan Christopher Nolan yang pakar dalam menjadikan watak utamanya bermuram durja. Watak pop yang bersifat selebriti dengan mudah-mudah saja mereka jadikannya gelap dan penuh konflik setiap masa. Macam Michael Jackson diberikan versi death metal. Batman boleh diterima sebab sifatnya memang begitu. Tapi lain pula bila Superman pun jadi begitu. Audiens akan membencinya. Benci kerana Superman dah jadi macam Hulk, cuma tahap sabar dalam dirinya itu masih tinggi. Dan ia membuatkan saya terbaca cerita David S Goyer semasa budaknya dahulu : seorang budak Yahudi dalam komuniti Kristian yang mana dia dicemuh dicerca dihina kerana 'menyebabkan kematian Christ'. Dia bagai memendam rasa seperti Hulk. Dan Man of Steel jadi terlalu personal buat S Goyer, sehinggakan cerita yang sepatutnya disalurkan ke dalam sequel Hulk, dialihkan pada Superman. 

Yang peliknya, saya boleh menerima keadaan ini. Sebab saya tak hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh,... maaf sekali lagi, Christopher Reeve.

Anda mesti kata, "Alah, mestilah suka kan, awak fanboy S Goyer dan Nolan". Tak juga. Goyer pernah berkongsi penulisan bersama 2 penulis lain untuk sekuel Ghost Rider yang dibenci. Mungkin salah director tapi saya kata, Goyer memang banyak job filem dari komik. Adakalanya projek filem komik ini tak kena dan tak sesuai dengannya, dia buat juga sebab perlu bayar bil elektrik dan sewa rumah. Tapi adakalanya kerjanya menjadi, macam trilogi Dark Knight. Man of Steel sebenarnya memang sesuai benar dengan Goyer, tapi ye lah, Goyer jadi agak personal. Adakalanya Goyer merujuk kitab lama. Dalam kitab, banyak peristiwa gelap dan berdarah telah berlaku dalam menyampaikan ajaran. Dan filem ini berpandukan rujukan-rujukan itu. Tambah pula dengan skor Hans Zimmer dan Junkie XL. Dalam menyambut penerbangan pertama seorang superhero yang baru nak belajar terbang (cari trek bertajuk "Flight") sampai sumbang langkah terbangnya, Hans Zimmer banyak menampilkan mood yang brooding, dengan dram tribal yang buat anda kata macam OST Lion King. Eh, memang dia pun yang buat OST Lion King.

Berbalik pada Goyer, dia juga punya sejarah panjang dengan badassery filem-filemnya Filem pertama, Death Warrant dah tentulah filem bertumbok Van Damme. Filem kedua bukan  bertumbok je, tapi naik kaki sekali melalui Kickboxer 2.  Goyer membawakan gaya badassery ini ke dalam Man of Steel pula. Tetiba terasa Zod zaman Christopher Reeve dulu wimpy dan tak berbahaya langsung sedang Zod dalam MOS pula solution dia hanya nak tumbok orang, belasah orang, military dan asyik baran.

MOS bukan filem pasal manusia lagi tapi 2 makhluk asing dalam terma 'whoever win, we lose' bertarung kat bumi yang tak original pun sejak Aliens VS Predator membawa ke Transformers dan Dragon Ball. Dan kesan dan akibatnya teruk juga untuk bumi kerana manusia dah macam semut yang mudah-mudah dipijak dan nyawa jadi agak murah. Ini filem tentang destruction.

Tapi tak apa, sebab ajaran Jonathan Kent (Kevin Costner) cuba menjadikan Kal El semanusia insan. Tak pernah saya menangis kerana lakonan Costner sejak kali terakhir dengan filem Waterworld. eh, silap, Dances With Wolves. atau barangkali The Bodyguard, siap dengan nyanyi "Annddddd IIIII will alwayssss love youuuu!!!" mediang Whitney Houston.

Bila dah terlanjur sebut Transformers, maka ada masa2nya plot Man of Steel boleh jadi semabuk penulisan Alex Kurtzman dan Roberto Orci saat Kal El dan Zod mula bergaduh. Bahaya juga. Tapi saya sabarkan juga sebab Man of Steel jadi sebuah filem superhero dengan aksi, lengkap dengan slow pace yang agak baik juga sebab yang peliknya esok saya nak cuba second round lagi. Pengalaman pertama tak cukup walau Warner Bros Malaysia mulia benar bagi tempat duduk kelas IMAX 3D.

Mudahnya, saya menerima Man of Steel kerana ketika menontonnya, saya tidak dibayangi oleh imejan lama Superman sebelum ini. Saya bukan peminat besar Superman. Spender merah di luar masih lagi jadi isu besar bagi saya sebab seujurnya itu yang buat saya rasa kelakar tentang filem bergenre superhero bila diangkat ke alam realiti sedang ketiadaan aset ini buat saya rejuvenate kembali watak ikonik ini dan menerima perubahan ini dengan terbuka.

Ramai yang membenci.

Barangkali ramai sangat yang pop. Tak macam saya yang tahap drone doom metalgaze.

Saya tinggalkan di sini dahulu sebelum saya sambung kembali banyak perkara tentang Man of Steel.

Ya, banyak perkara yang saya nak sebut tentang filem ini sebenarnya.... tapi biar saya beri masa untuk anda menontonnya dahulu pada tarikh rasminya iaitu 13 Jun 2013, hari ini.




Friday, May 31, 2013

[Gig of the week] This Will Destroy You live in Kuala Lumpur, 2 June 2013 dan seni poster yang tak berlaku


Dalam entry ini beberapa bulan lepas, saya telah menulis kedatangan band This Will Destroy You ke Malaysia buat kali pertama untuk persembahan di Bentley Music Auditorium pada 5 Mac 2013 tapi tarikh ini terpaksa ditunda ke tarikh yang tidak dapat dipastikan (barangkali pertukaran pengurusan band) yang turut membuatkan seluruh jadual tour rantau Asia mereka juga turut diubah. Setelah kedatangan band Godspeed You! Black Emperor yang sememangnya maharaja bagi muzik dalam pengkategorian post rock ini ke Kuala Lumpur sebulan yang lalu hampir membuatkan ramai yang hampir terlupa tentang TWDY, mereka mengatur semula jadual mereka. 

Cerita lain pula, Mak Wai Ho dengan pihak Soundscape Records sebelum penundaan konsert TWDY sebenarnya telah mengadakan satu cabaran yang agak menarik juga, iaitu menghasilkan seni poster atau flyer untuk konsert TWDY di Bentley ini. Dalam 5 tak silap saya yang dipilih di mana seni poster mereka akan dicetak walaupun hanya satu saja yang menjadi poster akhir, dan ia akan mendapat cap mohor dari anggota-anggota TWDY sendiri iaitu tandatangan mereka dan sebagai bonus, yang terpilih turut menerima pas menonton konsert secara percuma. Tentang pas menonton tu saya tak kisah sangat sebab saya boleh usahakan (selalunyalah...) tapi menghasilkan seni poster untuk konsert band ni sebenarnya agak jarang-jarang juga. Seni poster agak menarik perhatian saya sebab jika di sebelah barat, seni poster agak prominen buat band kerana ia melambangkan bahasa visual sesebuah band atau artis rakaman yang mengadakan konsert atau gig. Artis visual yang diupah pula secara tak langsung terlibat sebagai sebahagian daripada tenaga produksi sebuah konsert atau band. Kesannya sama juga seperti artis yang menghasilkan kulit album atau pengarah yang mengarah video muzik band dan artis, atau artis yang menghasilkan seni t-shirt. Seni ini pula bukan sekadar mengambil gambar yang sedia ada dan kemudian diPhotoshop atau diAdobeInDesignkan pada kanvas kosong tetapi menghasilkan seni baru yang bersumber dari band itu sendiri dan adakalanya seni ini berakhir sebagai seni visual rasmi untuk band jika anda bertuah dan nama anda dikreditkan dalam buku sejarah band ini. Di Amerika, seni poster ini jadi serius sehingga ada laman web seperti Gigposters yang menjadi arkib bagi segala seni poster konsert yang pernah wujud, kebanyakannya dari band yang telahpun punya nama dan bertapak lama, major label ataupun indie dan seni poster pula dihasilkan oleh artis yang ternama sehinggalah kepada yang tak ternama dan takde nama macam yang benar (pernah hantar ke laman web berkenaan untuk seni poster konsert My Chemical Romance masa mereka ke Malaysia pada tahun 2007 walaupun bukan poster rasmi tapi tak adalah nak jadi macam poster komersil yang biasa bagi konsert-konsert di Malaysia ini dengan logo penaja adakalanya boleh jadi sama besar dengan nama artis yang buat persembahan sampai nilai estetika seni poster konsert tu dah tak ada dah..) Kemudian ada laman web seperti Creative Allies dengan tagline "Create Art For Rockstars" yang cuba mencungkil bakat artis bebas secara online supaya seni mereka dapat dijadikan satu karier. Ianya seperti satu pertandingan dengan seni yang terbaik akan dipilih mewakili persembahan visual sesebuah band.. Biarpun seni anda tidak dibayar dengan jumlah yang besar sebagaimana artis yang profesional yang dah ada tapak (kalau ikut rate Malaysia ni bolehlah tahan cuma tak ada royalti je) tetapi Creative Allies boleh dijadikan tapak permulaan bagi artis visual dari serata dunia untuk dikenali dan lebih mengasyikkan bila kita dapat menghasilkan seni poster untuk band kegemaran kita.

My point is, saya ni busy sangat sejak akhir-akhir ini dan ingin sangat punya kesempatan untuk terlibat dengan banyak projek seni berkait dengan seni poster konsert ini selepas lihat banyak tawaran menarik di dalam Creative Allies yang tak tak putus-putus (sebab seni poster ini dah jadi satu budaya, diangkat seperti juga seni visual yang lain yang tinggi nilainya). 

Bila Mak Wai Ho buka peluang ini, saya kira ini ruang saya untuk fine tuning semula. Seni poster TWDY di atas itu kerja seni saya selepas bertahun tak buat seni poster dan saya kira banyak perkara yang perlu saya pertajamkan lagi tapi ini permulaan yang baik saya kira. Mulanya saya ingat ianya terus kekal sebagai seni poster untuk konsert yang tak berlaku sehinggalah Soundscape emelkan saya tadi beritahu penyertaan saya itu dipilih (jika saya tak silap baca akan dicetak, tapi rasanya signed poster tu poster rasmi barangkali) dan akan ditandatangani oleh band TWDY. Bila Soundscape dah emel baru saya sedar yang konsert TWDY sebenarnya dah tak lama lagi, iaitu pada esok: 2 Jun 2013, dan masih lagi di Bentley. 



Pengalaman ini istimewa sedikit. Dan saya suka band doomgaze ini. Itu juga yang lebih penting. Buat poster untuk band anda suka. 



THIS WILL DESTROY YOU LIVE IN KUALA LUMPUR
Sunday, 2 June 2013, 8pm
Venue: Bentley Music Auditorium 4th Floor, Wisma Bentley Music, No.3, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tickets : RM90 (Advance), RM120 (Door)


Thursday, May 30, 2013

[FILEM] Now You See Me : Ada juga masa-masanya si De Nomolos yang menulis karya campy macam Charlie's Angels dan Super Mario Bros mahu menduga akal anda. Kalau anda gilakan sangat pada Charlie's Angels sebab Drew Barrymore, saya tak tahu nak kata apa...


Now You See Me ada saat-saat mahu menjadi sebuah cereka 'tunjuk terer' dengan gabungan teks-teks heist Ocean's Eleven dan magis The Prestige dengan kedua-duanya menuntut sepenuh twist yang menduga akal apabila mencapai klimaksnya..... sehinggalah apabila si Hulk baru, Mark Ruffalo (bukan kebetulan, pengarah filem ini Louis Leterrier pun pernah mengarah filem Hulk pada tahun 2008) membuka rahsianya. Apabila dibuka rahsia, anda mahu kembali semula kepada petak pertama filem ini, dan anda rasa ada banyak benda yang tak masuk akal. Tak masuk akal jika ingatan anda masih tajam pada setiap adegan-adegan yang melibatkan Dylan Rhodes, agen FBI yang menyiasat kes 'rompakan' secara terbuka oleh geng The Four Horsemen (Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Isla Fisher dan Dave Franco) Anda kembali semula pada permulaan filem, mempersoalkan setiap logik dan perbuatan yang dilakukan oleh Dylan pada kes yang didepaninya. Anda mula tercari-cari mamat manalah yang menulis filem ini dan anda jumpa si De Nomolos yang bertanggungjawab menulis filem Bill & Ted dan ... uhm Super Mario Bros. Anda rasa De Nomolos nak tunjuk bagus dan patut teruskan menulis filem dengan aksi campy macam Charlie's Angel. Anda kata, kalau campy macam mana dia boleh menarik nama-nama besar macam Morgan Freeman dan Michael Caine ke dalam produksi Now You See Me ini? Pertama, Morgan Free pernah berada di bawah produksi De Nomolos ketika filem Levity. Kedua, Michael Caine pernah berlakon di dalam filem yang Oscar-worthy bertajuk Jaws 4. Filem tu sangat hebat.

And that said, benda yang saya tak gemar pasal filem ini ialah CGI-nya. Anda lihat, saya gemar filem yang ada unsur magis sebegini yang rahsianya hanya terbongkar ketika hanya memasuki penghujung cerita dan kesabaran anda perlu tinggi terhadap filem-filem sebegini tetapi CGI yang terlalu nyata membuatkan anda jadi kurang percaya pada magiknya walau besar-besar ditulis pada kredit akhir yang ianya diinspirasikan dari David Copperfield.


Saya juga tidak menyatakan ketidak-gemaran saya yang dalam terhadap Now You See Me kerana saya ingin melihat kembali Jesse Eisenberg dalam sebuah filem post-Social Network yang boleh mengingatkan semula khalayak kepada pembawa watak Zuckonit ini. Seorang rakan berkata yang Jesse tak lari sangat dari watak Zuckonit sedang saya melihat Jesse lebih banyak menjadi diri sendiri dan selebihnya menjadi watak yang didukungnya (seperti juga sebagai computer geek Zuckonit dan juga sebagai sore loser James Brennan di dalam Adventureland). Versi sendiri untuk watak sedia ada, macam juga si John Cusack.

Now You See Me menghiburkan jika mahu dijadikan sebuah filem yang bertujuan untuk berhibur tapi expectation tu kena rendahkan sedikit.

Di pawagam sejak semalam, edaran GSC Movies.

Tuesday, May 28, 2013

[Filem] The Hangover Part III : Kalau francais filem anda dapat pulangan berbillion, sewa satu MRR2 di waktu puncak bersama seekor ziarafah dari ToysRus (...tapi mungkin kita terlupa nak upah team writer yang lebih baik).


DICERCA DIHINA KERANA DULU TERLEBIH LAWAK ANTI-ASIANYA, KINI PETA PULA MENJADI MANGSA!

Saya tak nak bagi rating dulu. Bagi saya The Hangover Part III ialah sequel yang pelik (jika diikut pada standard francais The Hangover). Sebelum tu di Amerika yang sudah menonton siri ini awal seminggu daripada kita, ramai yang menganggap ianya terburuk dan cash-grabbing (Todd Phillips memang nak buat duit betul, dulu dah tertinggal Jon Lucas dan Scott Moore, lepas tu Scott Armstrong pula). Trailer-nya telah banyak memberi apa saja yang penting bagi filem ketiga ini, dan yang tinggal hanyalah lawak-lawak biasa saja atau plot-plot filem komedi yang dikitar semula.

Apabila sinopsis ringkasnya menyebut 'no more bachelor party', ia sebenarnya telah menjawab banyak perkara. Ia memberi makna yang ia tak mengulang kegilaan yang orang lebih maklum tentang Hangover sebelum ini, seolah-olah The Hangover dah tak jadi Hangover tapi cerita watak-watak dalam ni yang sober dan normal kecuali watak-watak yang dah peminat siri ini sudah sedia maklum mental, maka ia akan kekal mental dengan plot road movie. Kegilaaan itu dah tak berterusan lagi. Bila tak ada Zach Galifianakis dan Ken Jeong dalam scene, dah tak hangover lagi walaupun betapa menyampahnya Amerika pada watak Mr. Chow. Memang banyak apa yang orang sedia maklum pada watak-watak ini dirujuk kembali, dikitar kembali dan kebosanan bermula di situ. Sila ambil perhatian kat situ. Orang Amerika memang nak kelakar dari awal sampai habis saja dan inilah masalah The Hangover Part III. Kandungan substance dan crystal meth-nya dah berkurang.

Bagaimanapun, pengunaan trek Nine Inch Nails - "Hurt" tu pada saya boleh memberitahu satu umat dunia yang lagu tu asalnya bukan lagu Johnny Cash dan saya kira lagu itu telah diberi justifikasi sebagai penutup francais ini.

Satu lagi "Mmmmmbop".

The Hangover kali ini memang tak nampak macam The Hangover sangat tapi tunggulah sehingga waktu post credit dan jangan tinggalkan kerusi terlebih awal. Masa tu lah dia nak hangover betul-betul pun. "No more bachelor party" ? Tipulah sikit. Sikit je. Ada juga orang yang kahwin....

------------------------------------------

Friday, May 17, 2013

[Filem] The Great Gatsby : ... dan ilham projek Kenchana Holdings yang bernilai juta-juta.



Secara dasarnya, The Great Gatsby ni sekadar bercerita tentang 'kesetiaan cinta' saja sebenarnya, dari mula hinggalah ke hujung asyik nak test cinta orang saja. Memang precursor kepada novel cintan Melayu yang membawa kepada drama dan filem cinta Melayu. Tapi apa yang membuatkan ianya menjadi cultural landmark bagi Amerika pada saya barangkali kerana ianya disulami dengan gambaran perkembangan bandaraya New York yang pesat sejak 1920'an, organized crime yang berlaku di sebalik kepesatannya, zaman gemilang Wall Street sebelum era Great Depression, gambaran orang-orang kaya yang gila kereta yang tak bezanya dengan orang sekarang, dan kita juga dibawa kepada salah laku moral orang-orang yang punya kuasa wang dengan yang dah beristeri punya perempuan simpanan, yang seorang ni pula dah tau awek lama dia dah jadi bini orang masih lagi tersekat dengan masa silam dan tak boleh move on dan masih sibuk nak kacau bini orang...  dan manusia akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa wang ini, itu termasuklah pada watak utamanya Jay Gatsby (lakonan  Leonardo DiCaprio) yang misteri sekali. Misteri sebab dia kaya tapi hidup forever alone seolah-olah ia dah menyebut yang duit ini tak membeli kebahagiaan tapi pada kita, benda tu boleh bayar bil, sewa rumah, petrol dan duit hantaran kahwin. Orang luar tak tahu bagaimana Jay ni boleh kaya sampai keluar legenda yang dia ni macam putera raja yang kalahkan tentera Jerman masa Perang Dunia Pertama dan dia tak pernah memperkenalkan dirinya pada orang ramai hinggakan ada yang ingat dia ni lelaki yang dah masuk separuh umur tapi setiap masa dia akan anjurkan parti di rumah agamnya yang terbuka buat semua untuk menghadirinya biarpun tanpa jemputan, kecuali Nick Carraway (lakonan Tobey Maguire) seorang saja yang dapat jemputan selepas sekian lama jadi jiran sebelah menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa. Itupun Jay jemput Nick ke parti di rumahnya sebab ada udang di sebalik char kuey teow... Dan kita mula didedahkan dengan rahsia bahawa Jay dulunya tak kaya tapi dia nak jadi kaya sebab ingin dekat dengan cinta hatinya. Memang betul kisah Cinderella, cuma dengan pengakhiran yang berbeza. Let see, The Great Gatsby memang cukup rencah untuk sebuah drama Melayu ala 'tentang projek Kenchana Holdings yang bernilai 88 juta tu, Datuk janganlah risau, taulah saya hendak menguruskannya...'

Sukar untuk membayangkan cerita The Great Gatsby ini jadi bahan kurikulum di sekolah tinggi di Amerika (tapi kita ada Salina apa...) tapi saya lebih melihat pada konteks sastera yang dikaji di sekolah-sekolah Amerika (atau mungkin pada konteks sejarah untuk melihat perkembangan bandaraya New York ketika era Roaring Twenties yang sedang pesat berkembang menjadi salah satu daripada bandaraya-bandaraya utama yang dikenali di dunia selain Paris dan London biarpun The Great Gatsby cuma sekadar karya fiksyen.) Tak dapat tidak saya membayangkan perangai orang-orang Amerika yang suka berparti secara keterlaluan itupun ilhamnya datang dari novel seperti The Great Gatsby ini jika saya ingin kupas lagi apa yang telah diajar mereka di sekolah-sekolah...

Seperti yang saya selalu sebut, saya ada masalah sikit dengan gaya pengarahan Baz Luhrmann yang terlebih gaya daripada substance dan seringkali membuatkan filemnya jadi over dramatic walaupun dengan pelakon bernama besar. Cuma, dari segi visual, memang Luhrmann dah advance betul sejak zaman Romeo + Juliet dan Moulin Rogue. Tapi kita juga boleh mempersoalkan ketepatan dunia 1920'an versi Baz yang terlalu berwarna-warni tapi dengan cepat diselamatkan oleh rekaan-rekaan set dan produksi berinspirasi Art Deco oleh Catherine Martin, isteri Baz sendiri yang sebelumnya menang Oscar untuk rekaan set filem Moulin Rouge.

Saya tau Baz juga suka bereksperimen dengan elemen skor dan runut bunyi yang agak ke laut bila digabungkan dengan visualnya dan inilah masalah besar bagi The Great Gatsby. Filem ini boleh saja jadi sebuah potret dunia Jazz Age era 1920'an tapi Baz menggantikannya dengan muzik pop radio arus perdana bawaan Jay-Z yang tiada lagi jazznya tetapi menjadi hip hop, dubstep, vokal auto-tune dan muzik kelab dengan mesin dram yang melantun-lantun. Ini kesilapan besar Baz. Memang jazz dulu pernah menjadi muzik yang mainstream yang membuatkan golongan muda-mudi yang rebel Amerika menolak muzik klasikal tetapi jazz hari ini telah menjadi terlalu eksklusif yang hanya didengar oleh golongan-golongan tertentu dan di venue-venue tertentu saja. Pada Baz, intensity pada muzik jazz 1920'an boleh disamakan dengan penerimaan muzik pop mainstream era semasa tetapi ia memberi kesan kepada pengalaman sinematik saya kerana gabungan visual New York 1920'an dengan muzik pop mainstream dah nampak canggung dan terganggu, kecuali trek "Love Is the Drug", cover Roxy Music yang dibawakan semula oleh The Bryan Ferry Orchestra yang memang dekat dengan nila estetika Jazz Age. Ada beberapa perkara mungkin boleh diolah dengan muzik kotemporari oleh Baz tetapi The Great Gatsby adalah kes yang berbeza kerana scene muzik jazznya amat penting dalam memberi gambaran tepat tentang apa yang sedang berlaku di dalam novelnya.

Dan amat sukar juga memberi bahasa visual selama 2 jam 20 minit untuk sebuah adaptasi kepada karya yang amat dekat dengan jiwa Amerika biarpun Baz cuba sedaya upaya menggabungkannya dengan teks-teks yang penting dari karya asal tulisan  F. Scott Fitzgerald. Tak seperti Romeo + Juliet atau Moulin Rogue yang lebih memberi kesan secara emosi (ambik sajalah scene penamat Romeo dan Juliet yang masih dark dan poignant walaupun tak pakai lagu Radiohead yang sepatutnya), The Great Gatsby tidak mencengkam jiwa saya. Saya letak titik di situ kecuali pada movie partner saya (yang ada fashion sense lebih daripada saya) yang menyukai The Great Gatsby sebagaimana dia menyukai Moulin Rouge...:
"Same template (minus the songs), different story. Baz Luhrmann storytelling, all the colours imaginable, its opulence and the writer mourning the loss. MR was about love, Gatsby was on hope.
   As for costume designing, I find Miuccia Prada on Daisy was ... meh -- nothing subtle, nothing breathtaking. It's not that detailed, just had high expectations for Daisy's wardrobe. otherwise, Jordan and Myrtle had a fun one. But damn the 20s are uber glam, love that era. And the music, the music! Of course you're gonna check out its soundtrack. Go!"

Saya tak boleh komplen bila cik Suessy dah mula tumpang tepuk tangan dengan audiens lain by the end of this movie...

--------------------------------------------------------------


Next up :  Mari membeli zirafah macam lelaki ini! ( Itu sebelum dia terpatahkan leher zirafah tak berdosa ini di tengah jalan... )

Saturday, May 11, 2013

Tak tahu nak suka ke tak kat Da Vinci's Demon ni tapi musim depan David S Goyer kata dia nak bawa masuk Jonathan Hickman dalam team penulis. Jonathan Fucking Hickman!



Komen pasal rambut Leonardo Da Vinci yang macam potongan GQ zaman sekarang dalam siri tv baru bawah Fox ni samalah macam komen filem K-19: The Widowmaker yang tak cakap bahasa Russia. Itu belum lagi yang dalam Youtube tu sibuk berspekulasi pasal Leonardo ni seorang gay. Tapi, nak jadi cerita, David S Goyer (penulis siri trilogi filem Dark Knight, akan datang filem Man of Steel dan dulu tulis filem, ehem,... Kickboxer 2) perlukan seorang McGuyver di era Renaissance supaya produksi siri tv ini boleh dibawa ke Romania sesuai dengan bajetnya, eh, bukan, di Wales. Jadi, tak ada orang lain dah yang sesuai selain Da Vinci. Saya cuba kaitkan cerita Leonardo sebagai seorang artis visual dengan kisah hidup sendiri tapi Goyer punya visi yang lain.... Dia nak Da Vinci berlawan pedang, bermandi darah, meletup-letup, bercinta sikit-sikit dan berelemen mistik sikit dengan penuh pengembaraan sebab itu yang audiens suka.

David S Goyer memang saya tahu dekat dengan figura seorang pembikin filem yang memang seorang fanboy tegar selain Joss Whedon kerana amat memahami sifat watak dan cerita dalam dunia buku komik (sebelum Joss Whedon lagi, Goyer lah yang bertanggungjawab menjadikan David Hasselhoff sebagai Agen Nick Fury versi kulit putih untuk telefilem Nick Fury: Agent of Shield yang ramai tak tahu kewujudannya sekarang...).  Yang bagusnya bila orang dari dunia komik ini mula banyak projek filem dan televisyen, dibawa rakan-rakannya dari dunia komik untuk tumpang sekaki macam kes Jonathan Hickman dan Matt Fraction join Goyer dalam team Da Vinci's Demon musim depan. Saya kenal kerja Jonathan Hickman sebab sekali pergi ke Borders, nampak buku The Nightly News yang muka depannya membayangkan 'style over substance' (saya senang tertarik dengan benda-benda camni. Salahkan Jim Steranko). Style sangat kecuali di muka belakang dia menerima banyak pujian kerana penceritaan yang baik oleh Hickman dengan The Nightly News menjadi 'breakout indie comic' buat Hickman. Bahasa visual Hickman agak grafik dan edgy sampai susah nak faham ceritanya sehinggalah anda membaca teksnya, tak mengikut gaya penceritaan buku komik yang tradisional walaupun Hickman ada menyebut bahasa grafik di dalam The Nightly News itu tak ubah seperti iklan Target lima tahun yang sebelumnya dan sampai masa untuk artis komik sepertinya menggunakan pendekatan ini supaya dapat menarik mereka yang bukan peminat komik dengan rekaannya seperti sebuah novel fiskyen. Hickman banyak mengingatkan saya pada zaman-zaman saya suka melepak di perpustakaan universiti menunggu keluaran terbaru majalah .net dari UK yang banyak menampilkan senireka laman web yang terkini dengan banyak ilustrasi vektornya walaupun saya masih melukis pakai tangan dan imbas lukisan ke komputer.


Matt Fraction pula ialah penulis yang pernah terima anugerah Eisner untuk komik The Invincible Iron Man pada tahun 2009. Saya tak rasa Fraction ada quality control pada seni visual komik tulisannya, itu sebenarnya di atas tangan penerbit dan artis yang diupah tapi komik Iron Man tulisan Fraction pernah diberi major uplifting pada kulit depannya sampai ada satu isu komik ini sold out (nak boleh jual komik bercetak sampai habis zaman digital ni susah sebenarnya tapi Fraction dapat manfaat sebab status supertar Tony Stark sekarang ni...). Kena bagi kredit juga pada Rian Hughes sebab pop appeal-nya pada muka depan The Invincible Iron Man – Stark: Disassembled ni.



Tahun 2006 hingga 2008, Fraction pernah menghasilkan komik yang bernama Casanova ini bersama team Gabriel Bá dan Fábio Moon (team yang sama buat novel grafik The Umbrella Academy bersama Gerard Way dari band My Chemical Romance). Bahasa grafiknya taklah tinggi sangat, standard saja dengan konsep komik Image pada masa tu dengan harga yang tak menekan (USD$1.99 sebab dibuat dalam 16 mukasurat, mungkin hampir tak ada iklan)... Tapi tengok kulit depannya, ada ssesiapa yang boleh bagitau saya mereka teringatkan komik Frank Miller, Sin City (kecuali Casanova ni terlebih warna)


Satu lagi, orang kat GSC Movies dah hantar list filem dan trailer, update bagi tahun 2013. Red 2, sekuel bagi filem Red (adaptasi dari novel grafik RED tulisan Warren Ellis walaupun menurut Ellis filemnya jadi berbeza dari novel grafik asal tulisannya kerana Red f\versi filem dah jadi semacam komedi) bakal rilis Julai ini. Masalahnya, filem pertamanya saya tak tengok lagi. Lambat...



Entertainment Weekly dah kemaskini gambar ni dari filem Through The Never. Jangan tanya saya bila tayang (kat sinilah maknanya...), saya sendiri pun tak tahu siapa distributornya.


And lastly, Rabu ini filem yang bakal ditonton ialah The Great Gatsby, filem baru arahan Baz Luhrmann. Kita nak tengok filem ni sebab F. Scott Fitzgerald tanpa saya menyedari saya ada masalah juga dengan filem Baz Luhrmann kecuali kalau saya tak kisah langsung dengan style over substance macam berlambak buku komik yang saya beli sebab sukakan artworknya. Movie partner saya pula nak tengok filem ni sebab nak tengok baju apalah yang Carey Mulligan dan Isla Fisher gayakan yang dia boleh adapt ke dunia realiti sekarang, di Kuala Lumpur ( yang saya kata 'macam mustahil...'). Perempuan....



Oh yes, filem ni ada Leonardo DiCaprio. Kau kena ambik mamat Leornardo tu berlakon sebab kau pernah gunakan dia dalam filem Romeo + Juliet. There is no way kau tak pakai Leornardo...

p/s: The Great Gatsby teruk kena bahan kat Rotten Tomatoes...

p/p/s: Filem The Great Gatsby pakai lagu Jay-Z. Kena tahan sikit telinga... Ada juga lagu Lana Del Rey. Banyak juga 'ajaran sesat' si Lana ni pada wanita abad ke 21 yang dicurahkan melalui lagu-lagunya yang buat saya rasa macam... heck.


Wednesday, May 01, 2013

[Filem] Iron Man 3 : INI IALAH FILEM YANG DAH LAMA MACGUYVER NAK BUAT TAPI SAMPAI SEKARANG TAK TERBUAT...


Pada mulanya nak terus tulis pendapat tanpa mendedahkan terlalu banyak plot dan spoiler lepas saja tengok sehari awal sebelum tarikh rasmi tayangan. But, oh well.... Wikipedia ada. Dalam satu keadaan  saya tengok laman web lain dengan penulis yang saya kenal (yang sempat menonton 3, 4 kali berbanding saya yang tengok sekali ni je) dengan gigih sekali dok tulis semua plot cerita sampai ke post kredit yang sebenarnya macam translate Wikipedia, dengan review ringkas mereka cuma "FILEM NI BEST GILA!". Memang kejar trafik betul... Blogger pemalas. Dah lah tak pandai nak letak disclaimer "MENGANDUNGI SPOILER YANG TAHAP BERACUN SAMPAI PEDIH KE ULU HATI".


Dah takde fun. Sebab apa-apa saja yang akan saya tulis tetap akan mendedahkan apa saja plot filem sedikit demi sedikit (dan kemudian, mendedahkan segala rasa kecewa...walaupun sebenarnya perasaan saya pada filem ketiga Iron Man ini terbelah dua). Lalu saya sertai rakan-rakan di ruang forum Movie Addict. Dan apa saja yang saya sebut tentang Iron Man 3 dari The Mandarin sebagai musuh ultimate dan paling ganas dalam francais Iron Man, ke Ben Kingsley yang patut menang Oscar macam Heath Ledger hinggalah ke kemunculan Hulk sebenarnya sekadar bersifat ironik. By the time seminggu selepas saya tengok filem ni, semua orang dah pun tengok Iron Man 3 bermakna mereka dah cukup maklum dengan rasa kecewanya. Jadi sebarang blog ke, Facebook ke tinggal jadi ruang diskusi untuk mereka yang dah pun tengok filem ni. Rule saya bila dok layan filem sejak beberapa tahun ni: 1) Kalau tak tengok lagi filem tu, jangan join sebarang discussion, jangan baca apa-apa review sehinggalah filem itu sudah ditonton. 2) Tengok kat IMDB atau Rotten Tomatoes tahap 'universal acclaimed'nya saja. Tapi, still, jangan baca ulasan apa-apa. Rating kasar ni boleh jadi penentu filem itu berbaloi dengan segala jangkaan tinggi atau tidak. Saya pula selepas ada ruangan menulis tentang filem di majalah ROTTW mula berada dalam fasa 'tengok segala filem biarpun filem sampah sekalipun sebab dah jadi tanggungjawab untuk memberitahu khalayak supaya jangan buang masa tengok sampah yang saya sudah tengok'. Sejarah saya dengan Iron Man bagaimanapun tak pernah tinggi jangkaannya. Filem Iron Man pertama dicadangkan oleh rakan-rakan semasa perhimpunan separa komikon di Mid Valley sekitar 2008. Kebetulan masa tu juga saya menang tiket wayang percuma jadi saya dengan bekas kekasih masa tu tonton filem tu lepas seminggu tayangan. (Menang tiket lepas masuk pertandingan uji IQ / pop kuiz pasal filem on the spot dengan 6 atau 7 orang peserta lain, memang best. Perlu diadakan selalu...) Tak boleh salahkan diri juga sebab saya berat kepada filem-filem komik DC (atau lebih spesifik, Batman sebab masa tu The Dark Knight baru keluar). Filem-filem Marvel pra-X-Men : First Class tak diberi antisipasi yang tinggi. Saya kritikal sebegitu (sampaikan dengan bekas kekasih yang jadi rakan semasa nak tengok filem The Avengers saya boleh tanya, "Are you sure? Ini filem Marvel. Anda bukan ke sini untuk menonton The Dark Knight Rises"). Walaubagaimanapun Iron Man pertama pada saya amat baik hasilnya dengan gandingan Robert Downey Jr dan Jeff Bridges di layar amat saya gemari. (Buat pertama kali saya mula sedar yang Jeff Bridges, si Starman masa zaman saya budak dulu tu dah tua dengan cepatnya....) Malangnya filem sekuelnya, Iron Man 2 dapat ulasan yang teruk (ada beri ulasan yang baik tapi saya ni ibarat kunang-kunang yang senang tertarik kepada cahaya, ie: ulasan yang buruk). Saya dah baca komen-komen yang tak best sampaikan saya tak jadi berselera nak tengok filem tu awal-awal sehinggalah ambil masa bertahun. Cerita benar. (Masa tu saya sibuk dengan kerja juga sebenarnya dan tak update dengan filem-filem terkini. Bonus: sibuk dengan putus cinta.)

Here's the thing : despite orang kata Iron Man 3 ialah fasa baru atau fasa 2 kepada siri filem dari komik Marvel sementelah filem Avengers, Iron Man 3 masih lagi dengan tema yang sama seperti filem Iron Man sebelum ini. Filem Iron Man 1 : scientist/industrialist vs scientist/industrialist, Iron Man 2 : scientist/industrialist vs scientist/industrialist, dengan filem Iron Man 3 ia masih tetap berlegar kepada tema ada mamat sains atau MacGuyver ni yang nak jadi lagi MacGuyver daripada Iron Man, tetapi end up akhirnya Iron Man/Tony Stark sampai ke hujung cerita dan berpuluh-puluh sekuel tetaplah paling MacGuyver. Tak ada benda baru pun. 

Yang barunya, lepas masuk filem ketiga dan post-Avengers ni, barulah Iron Man digerakkan sebagai filem yang story-driven dan tidak terlalu bergantung kepada aksi semata (dan ini bakal mengecewakan mamat-mamat rempit peminat filem aksi no-brainer yang pernah menyewa serumah dulu di Seksyen 17 tapi saya suka bila mereka dikecewakan. Mungkin mereka akan mula faham perasaan saya ni yang mahu mereka beli DVD saga Godfather atau Stanley Kubrick daripada buang duit beli DVD filem aksi yang merapu-rapu dengan storyline hancur). Saya suka filem Iron Man 3 pada satu-satu keadaan bila Tony Stark mula hilang 'superpower' sedikit demi sedikit selepas terdampar jauh di Tennessee dan rumah mewahnya musnah oleh serangan 'The Mandarin'. Saya suka bila kena tipu dengan watak The Mandarin bawaan Ben Kingsley sebab lakonannya dalam trailer begitu berjaya sekali dan dia dah menang Oscar walaupun filemnya belum lagi ditayangkan. C'mon, Mahatma Gandhi mana boleh tak menang Oscar... Saya suka fakta yang The Mandarin masih wujud sebagai satu idea dalam filem Iron Man 3 kerana ia menyedarkan saya bahawa dunia filem dan komik Marvel adalah berbeza biarpun berdasarkan pada watak yang sama. Cuma saya merasa menggunakan watak The Mandarin itu amatlah merugikan kerana dia boleh jadi seteru Iron Man yang paling ultimate,... macam Batman dengan The Joker. Yang sebenar-benarnya, kredit besar pada filem Iron Man 3, malah sejak filem pertamanya lagi patut diberikan pada penulis komik Warren Ellis yang dah reboot siri Iron Man ini sejak The Invincible Iron Man vol. 4 pada tahun 2005 yang memungkinkan ia dijadikan filem, tambah pula dengan story-arc Extremis ini memperkenalkan watak Aldrich Killian yang jadi musuh utama. But you never see him coming,... sebab The Mandarin tu lah. Kalaulah The Mandarin tu diubah dengan penama yang lain mungkin lain penerimaan saya terhadap filem ini (biarpun lebih 75% yang follow filem Iron Man tak tahu pun kewujudan The Mandarin sebelum ni...) Saya suka bila ada banyak Iron Man dan adegan "We need a back up..." itulah highlight bagi filem ini. Saya suka bila budak-budak tertidur bila masuk sejam yang pertama Iron Man 3 sebab filem Iron Man dah jadi lain dan inilah fasa baru Marvel Universe yang saya tunggu-tunggu. Saya suka sebab Rebecca Hall hot gila tapi tu pun sebab saya banyak layan The Prestige. Fanboy Christopher Nolan yang satu ini...

Filem aksi summer blockbuster anda kata? Tunggu The Avengers 2. 

Fasa kedua Marvel Universe ini sebenarnya membuka ruang kepada perkembangan watak, mungkin sisi-sisi yang tak pernah dilihat pada watak-watak Marvel ini dan pengarah Shane Black melalui Iron Man 3 sebenarnya berjaya melakukannya dan saya nak tengok bagaimana pula perkembangan watak bagi Thor dan Captain America selepas ini. Memang kita nak tengok mereka bertarung saja tapi jangan sampai pincang terus aspek penceritaannya. 

Cuma yang saya menyirap dengan fasa kedua Iron Man ni bila muzik AC/DC dah bertukar ganti dengan pop radio Blue. Ha'ah. Lan Bye ada sebut. Masuk awal-awal filem lagi dan memang saya terasa betul. Hilang sedikit kredibilitinya. 

Thursday, April 18, 2013

Komunikasi untuk band yang jarang berkomunikasi melainkan melalui sampel yang mengambil suara 'bekas vokalis Iron Maiden', berlaku malam ini...


Nota di atas telah ditampal pada gig Godspeed You! Black Emperor dalam 10 tahun lepas dan masih make sense sampailah sekarang...



Cerita Iron Maiden dalam lagu GY!BE ni masih lagi kes klasik....

(dari majalah ROTTW V.175, page Mitos Moden)


 ...dan dalam masa beberapa jam, GY!BE akan membuat persembahan pertamanya di rantau Asia Tenggara (satu-satunya hentian Asia Tenggara, so expect ramai jugalah rakan dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan lain2 penonton tourist yang dah tengok Malaysia ni 'negara industri pelancongan melalui acara muzik live' sejak Future Music Festival dan Slash live in KL). 

Dalam nota lain, filem Broken City yang saya tonton semalam bolehlah ditonton sebab ada nama macam Russell Crowe dan Mark Wahlberg dengan arahan Allen Hughes, tapi terasa bila Allen tak mengarah bersama kembarnya, Albert, filem tu jadi tak cukup 'From Hell'. Jantung utama sebuah filem ialah ceritanya. Lagilah cerita pasal private detective yang diupah oleh mayor sejak dua menjak musim pilihanraya sebab nak raih undi... Nipis dan formula sangat plot dia sampaikan part2 kebetulan tu nampak mudah sangat dan tiada ilham untuk menjadikannya lebih masuk akal. Bila masuk skor filem oleh Atticus Ross (rakan Trent Reznor yang sama-sama menulis komposisi runut bunyi filem The Social Network), terasa ia banyak meminjam gaya filem TSN juga dengan feel yang lebih kurang. Dan saya rasa Atticus tak diberi kredit yang sepatutnya kerana Trent yang dapat lebih banyak perhatian padahal Atticus jugalah yang mengilhamkan lebih banyak bunyi (saya mula kembali kepada institusi yang dipanggil 'Sekolah Trent Reznor' bila ramai 'penuntut'nya bila dah bergraduasi, maka mereka akan mengambil pendekatan atau genre yang lebih kurang macam Trent Reznor sedangkan sebahagiannya dipilih oleh Trent kerana kesamaan genre juga...). 

Iron Man 3 saya akan tonton pada pagi Khamis depan (tayangan rasmi di Malaysia ialah pada Jumaat), dan kalau sempatlah saya akan bagi 'spoiler alert pada jam 1 tengahari di Twitter (sila lihat sidebar di sebelah kanan anda). 

Sebelum menonton Broken City, trailer filem ini keluar : Now You See Me. Ada beberapa filem lakonan Jesse Eisenberg selepas The Social Network yang saya nak tengok tapi belum sempat nak tengok (salah satunya filem arahan Woody Allen). Filem ini pula dengan line up pelakon hebat dari filem The Dark Knight, The Prestige, Zombieland dengan arahan Louis Leterrier (Transpotter, Clash of the Titans) dengan tulisan dari Ed Solomon (nama terbalik untuk watak De Nomolos sebab memang dia pun yang  tulis dua-dua filem Bill &Ted)


Friday, March 15, 2013

crack down at sundown


Memanpdangkan pertama kali akan tengok The Prodigy secara live dalam beberapa jam lagi, saya rasa nak pasang lagu mereka yang satu ni, "Their Law" tapi versi Clint Mansell. Yes, komposer untuk skor hebat filem Requiem For A Dream dan The Fountain, antaranya yang asalnya ada sejarah dalam perkembangan muzik elektronik atau 'grebo' (dapat dilihat pada soundtrack filem "Pi" bila dia turut mengundang nama-nama seperti Autechre dan Massive Attack). Ada sikit rasa ralat juga tak tengok filem Stoker awal-awal sebab itupun kerja muzik terbarunya. Sebab namanya selalu dikaitkan dengan pengarah filem Darren Aronofsky, tak perasan akan kerja skor filemnya untuk pengarah yang lain. Dan ulasan filem Stoker yang saya baca juga amat baik. Bila filem itu diterima baik, saya akan lihat nama pengarahnya, nama pelakon biasanya jatuh kat nombor dua.

Jadi, ada yang pernah dengar nama Park Chan-Wook?

Wednesday, March 06, 2013

Lift Your Skinny Fists Like Antennas To Heaven, Here Comes The Dark Lord!!!


Kat page Windish Agency dah update....


Kat page Constellation Records pun... 

Actually berita ni dah keluar 2 minggu dah. Lepas tu Mak dari Soundscape pun ada tease, macam yg saya dah sebut dalam entry ini. Sejak Isnin lepas di laman web Soundscape Records dah kemaskini ruangan event dan pioneer post rock di atas akan berkunjung ke rantau Asia Tenggara yang agak jarang juga sebab selain Malaysia, tiada negara lain berada dalam senarai kunjungan. Mungkin ramai rakan dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina akan bertandang ke sini juga. 

Mendengar nama ini bakal berkunjung ke sini juga amat besar bagi saya kerana status kedegilan artistik mereka yang bukan sedikit jumlahnya. Dalam 2 tahun lepas, saya ada bersembang dengan seorang rakan yang tinggal di Perancis tentang rancangannya mahu menaiki tren ke UK kerana tak mashu terlepas persembahan Godspeed You! Black Emperor semasa festival I'll Be Your Mirror dengan Portishead sebagai kurator jika saya masih ingat dengan jelas. Saya yang mendengar cerita rakan saya ini pun dah terasa nak beli tiket flight ke UK kerana saya fikir bagi band seperti GY!BE ini, rantau Eropah mungkin yang paling jauh dapat mereka jejaki. Takpun Jepun, dan Australia. Selain itu, mana-mana negara di rantau Pasifik ini pasti akan tertinggal. Dan seperti yang saya pernah tulis di ruangan Mitos Moden untuk majalah ROTTW, terma band untuk unit seperti GY!BE macam tak sesuai kerana mereka sebenarnya lebih besar daripada sebuah band. Operasinya besar. Bayangkan sendiri nama besar seperti Arcade Fire pernah menumpang di satu sudut yang dibuka oleh GY!BE untuk bergerak dengan muzik mereka termasuk meminjamkan anggota, malahan turut juga meminjamkan bentuk muzik walaupun tidak sedalam muzik GY!BE. 

Tinggi benar antisipasi dalam membayangkan bagaimana jika kolektif ini telahpun berada di depan mata untuk sebuah persembahan yang mungkin jadi persembahan terbaik pernah saya tonton sepanjang pengalaman menonton muzik live saya. Bucket list saya tak panjang tapi GY!BE ada dalam senarai. 

Untuk informasi lanjut seperti dari laman web http://www.soundscape-records.com/?page_id=1317 :
Date: Thursday, 18 April 2013
Time: 8pm
Venue: KL LIVE

*Free standing 
Admission:
MYR150 – Early Bird (Before 22 March)
MYR170 - After 22 March
MYR190 – Upper Deck (VIP Zone)

*Inclusive of first drink
*Physical tickets will be available at Rock Corner outlets and KL Live on 8th March.
And here's what you're going to experience soon...



In other news, They Will Destroy You menunda persembahan mereka di rantau Asia pada tarikh yang belum dapat dipastikan. Bukan batal, cuma ditunda....


And in other news juga, tengok filem Django Unchained masa ni dah tak kira news dah, tapi tengok kat layar besar di Malaysia kejap lagi pukul 10 pagi tanpa potongan, THAT'S DEFINITELY NEWS! Laporan menyusul nanti, samada di sini atau di forum Movie Addict.

Saturday, March 02, 2013

[FILEM] Oz The Great and Powerful



Dark side of the rainbow...

Saya dah tau awal-awal filem ni akan jadi 'the making of Wizard of Oz', kalaulah penulis siri ini, L. Frank Baum pernah menulisnya sebelum kematiannya. Tapi tajuk Oz The Great and Powerful mungkin kurang tepat sebab dia tak powerful. Ok saya dah bagi spoiler awal-awal. Mula-mula ingatkan Sam Raimi nak jadi Tim Burton tapi part Tim Burton dalam filem ni cuma score dan muzik oleh Danny Elfman saja. Memang Sam Raimi buat cerita ni jadi cerita dia sendiri dan jangan kaitkan langsung filem ini dengan filem Wizard of Oz tahun 1939. Bukan prequel walaupun macam nak jadi prequel, lebih kepada 'kalaulah'. Kalaulah Wizard of Oz itu berinspirasi dari sebuah cerita (kalau nak lebih baik, buat filem semi-autobiografi atau fiksyen pasal L Frank Baum sendiri mengikut gaya filem Brothers Grimm atau The Raven). Rujukan dia saya tengok banyak dari buku dia sendiri berbanding filemnya. Cuma dalam mengenalpasti setiap subjek dalam filem ni yang bakal jadi inspirasi dalam Wizard of Oz (evil witch, monyet terbang, singa, Dorothy, scarecrow) ada lah beberapa perkara yang tertinggal dan saya tak temui dalam filem ni (mungkin menyelit sikit-sikit tapi saya tak perasan....). Mungkin kita akan rasa set filem ni mengambil leftover prop dari filem Alice in Wonderland sebab setting Oz dalam filem ni memang macam Wonderland.


Banyak yang kritik filem ni sebab katanya tak ikut filem lakonan Judy Garland tapi saya sebenarnya agak terhibur dengan filem ni sebab Sam Raimi buat cerita ni jadi lawak ikut stail dia dalam Darkman dan Army of Darkness. James Franco memang sengal dalam mode sengal dia yang kita kenal. Zach Braff makes a good monkey. Saya suka Mila Kunis dengan transformasinya dan begitu jugalah dengan Rachel Weisz.

By the way, Oz versi Robot Chicken tetap yang terbaik...



Oz The Great and Powerful akan ditayangkan secara komersil di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Mac 2013, dibawakan oleh Walt Disney Malaysia.

Monday, February 25, 2013

twenty thirteen


Lama tak actiavte yang kat atas tu macam juga penama band di atas yang akan aktif semula tahun ni. Mungkin akan contribute remix sepam dua. Non fans rasa pelik sikit bila Adrian Belew (King Crimson) akan turut join line up penuh Nine Inch Nails versi reinvented yg turut disertai oleh bassist Eric Avery (Jane's Addiction), keyboardist Alessandro Cortini, keyboardist Josh Eustis (Puscifer, Telefon Tel Aviv) dan drummer Ilan Rubin (Lostprophets) sebab Adrian dah pernah join NIN di studio sejak era Downward Spiral lagi macam kat bawah.


Yang non-fans mungkin tak perasan perkataan 'reinvented' bila Trent Reznor sebut NIN akan tour balik. Adrian Belew in his 60's so kemungkinann diorang akan main lagu stok macam "Where Is Everybody" selama 2 jam but I could be wrong.

On the other note, Ilan Rubin memang ada datang KL minggu lepas. Tapi yang kita jumpa pulak ialah 3 orang ni.


That said, kalau ada jumpa mana-mana transcription interview Paramore di Malaysia yang ada sebut perkataan NIN, takde orang lain lah yang tanya soalan tu...

Saturday, February 09, 2013

You don't ask people who wants Godspeed You! Black Emperor in Kuala Lumpur. You just bring 'em here.

...dari group Facebook Soundscape Records:


Thursday, February 07, 2013

This Will Destroy You sambil cuba meminimakan 'kulit album dengan gambar beruang' seboleh yang mungkin....


Dalam satu isu majalah ROTTW (Vol.171, cover Rosin), saya ada menulis betapa band instrumental (yang kini kerap dilambakkan dengan satu nama iaitu post rock) dari Texas, This Will Destroy You agak bernasib baik kerana melalui album mereka yang paling mutakhir, Tunnel Blanket yang rilis tahun 2011, mereka sudah tidak kedengaran seperti klon Explosions in the Sky lagi. OK, anda lihat di sini: bila dah angkat instrumen bass, dram dan gitar dan main lagu yang tak ada vokal yang mungkin boleh memberi karakter pada sesebuah band ditambah pula dicap sebagai klon Explosions, anda buka pula Last.FM Explosions kemudian temui beribu lagi band dengan bunyian 'similar', anda pun rasa sakit hati kerana ruang untuk anda menonjol makin mengecil. Yang untung hanya Explosions. 

Terus terang, album TWDY dengan kulit album gambar beruang di depan itu saya kurang gemari. Bukan tak bagus, tetapi dah jadi amat generic bunyinya hari ini. Tunnel Blanket pula berbeza kerana ada cabaran buat TWDY untuk memainkan lagu-lagu dengan komposisi yang panjang dan penuh kesabaran seperti gaya Godspeed You! Black Emperor dan kalau ada peminat tegar TWDY di sebelah saya (sebelum era Tunnel Blanket), memang saya ingin sekali mengganggu perhatian mereka dengan album ini dipasang berulang-ulang kali dan sedikitpun tak menyentuh mahupun menyebut perkataan Young Mountain, dan barangkali, anggota-anggota TWDY pun bersependapat dengan saya. Krisis yang hampir sama apabila peminat 65daysofstatic menerima kunjungan mereka ke Kuala Lumpur bulan lalu dan mendapati mereka lebih banyak melayan dimensi baru mereka yang lebih elektronik dan berpaksikan muzik rave (sampai ramai yang melepak di luar venue, menghisap rokok semata-mata hanya mahu menunggu "Retreat!" ataupun "Radio Protector' dimainkan. (Tapi saya suka dimensi rave 65dos. Saya di dalam The Bee sepanjang gig , tak berganjak , kecualilah mahupun ruang yang lebih enak iaitu di depan barricade). 


Buat peminat TWDY, mereka akan berkunjung ke Malaysia bulan hadapan dibawakan oleh Soundscape Records. Maklumat lengkapnya:

THIS WILL DESTROY YOU LIVE IN KUALA LUMPUR
Date: Tuesday, 5th March 2013, 8pm  postponed to Sunday, 2 June 2013, 8pm
Venue: Bentley Music Auditorium 4th Floor, Wisma Bentley Music, No.3, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tickets : RM90 (Advance), RM110 RM120 (Door)



Hari ini Jumaat. Filem yang bakal ditonton: Lincoln (press screening pukul 10:30 pagi nanti sebelum tayangan komersilnya hujung bulan ini), dokumentari Blood, Sweat + Vinyl. Muzik : album baru My Bloody Valentine sejak lebih 20 tahun tanpa album - mbv. Sekarang saya tengah gilakan Chelsea Wolfe. Anda patut cuba album 'The Grime and The Glow' atau 'Apokalypsis'. 
Related Posts with Thumbnails