Followers
Tuesday, December 27, 2011
ingat lagi tak masa Katy Perry ialah seorang penyanyi yang 'god-fearing'?
jadi Katy Perry banyak masuk dalam list top 40 radio tahun 2011. ramai yang dapat barah telinga kerana lagu-lagunya di radio. sejarah saya yang paling kerap dengan Katy ialah tahun lalu bila teman wanita ini banyak mengambil rujukan dari penyanyi yang pada saya lebih banyak menjual tubuhnya sejak bertemu Max Martin dan Dr. Luke, kedua-duanya orang yang salah. Dr. Luke telah menghancurkan karier power pop Weezer melalui album Raditude manakala Max sejak lebih sedekad lalu buat saya nak cari gaduh je dengan rakan perempuan di sekolah kerana selera muzik mereka yang menjengkelkan yang mana banyak ditulis oleh Max.
saya tahulah juga yang Katy pernah menulis album gospel tetapi belum temui puncak komersilnya. yang paling dekat dengan nilai-nilai 'god-fearing' ini (atau yang terakhir sebelum dia menjual tubuhnya) ialah melalui vokal latar untuk sebuah lagu P.O.D di bawah.
ia buat saya lebih menghargai P.O.D yang sekarang ini dari sudut popularnya agak malap kerana musim rap rock yang telah lama berlalu.
Monday, December 26, 2011
sesiapa, tolonglah hentikan LMFAO dari datang ke sini. this generation swag is madness and beyond repair...
however, ada sesiapa yang dah dengar berita terbaru pasal tour South East Asia Dillinger Escape Plan? goood.
Thursday, December 15, 2011
di lain dunia mungkin Helvetica, tapi di Malaysia tetap Times New Roman (atau kadangkala Comic Sans untuk akak di ofis menyalin resepi)
saya ada baca sebuah buku tentang typo san serif ini, di mana penulisnya cuba membuat satu hari tanpa menggunakan font Helvetica, dan macam haramlah dia menanggung derita kerana label baju tido, serbuk kari Alagapas, tiket topup kredit,... suma nak ada Helvetica sikit-sikit.
tapi tak apa, kat malaysia ni, orang cuma tau Times New Roman je. bukak Microsoft Office tak payah tukar font lain dah.
Times New Roman.
p/s: awak patut jumpa David Carson dan Stefan Sagmeister minum kopi sama-sama semeja. Mereka ke kuala lumpur seminggu. (Malangnya Carson terlepas penerbangan sebab semua orang nak cari gaduh dengan dia.)
El Moe Hussaini : serius takleh belah. cuba kalau org tu kat malaysia, dan dia anti Times. haha
Yang Benar : kau tau tak, kat luar, Helvetica tu ibarat Times New Roman sebab typo tu bersepah. aku rasa mamat tu akan hidup bahagia kat Malaysia ni sebab orang sini buta font.
p/s/s: filem dokumentari di atas iaitu Helvetica turut memperkenalkan saya akan sebuah band bernama El Ten Eleven, band instrumental atau post rock bagi yang hipster. Dia macam penyataan tak jelas betapa kami pereka grafik masa kerja amat suka dengar muzik sebegini, barangkali. betul. sedang tenang mencari ilham, bagilah muzik yang merehatkan dan berinspirasi, kecuali bila kami dah hit-a-jackpot barulah kami boleh tekan butang 'jeritan Tom Araya' macam bekas kekasih.
Wednesday, December 14, 2011
Wordless Wednesday, dec 14, 2011
jumping on the bandwagon. nak jugak tu....
so, what you see is what you saw.
we scream hey ho, let's go for april 2012!
Tuesday, December 13, 2011
sebenarnya scene Mila Kunis dalam The Muppets terpaksa dipotong, sama la jugak dengan scene Lady Gaga...
....kalau tak filem tu dah panjang macam Titanic. panas punggung nanti. eh, wait. filem Avatar berapa panjang durasinya? (takpe lepas ni keluarlah versi DVD dengan director's cut dan extended version).
The Muppets dah ditayang di pawagam. ia bukannya Sesame Street, ianya lebih dewasa isinya. malah asalnya ianya sebuah program lawak untuk orang dewasa tayang pukul 7:30 malam dengan salah satu parodinya bertajuk "Sex & Violence" (yang membahan unsur seks dan ganas tak terkawal di televisyen barangkali ketika era 1970'an).
tapi sebab nak jugak tengok Mila Kunis dengan The Muppets, saya terjumpa video di atas.
siapa yang nak tengok The Muppets, pergi la sekarang. boleh tengok Dave Grohl main tamborin dalam band The Moopets ataupun Feist menyelit jadi orang kampung nyanyi satu baris lirik je.
Monday, December 12, 2011
aktiviti rempit memberi inspirasi kepada terhasilnya irama post rock empat segmen pelbagai gerakan dan dinamik....
ya. geng-geng rempit kat Jepun era 1970'an dulu yang dipanggil Bōsōzoku punya impak besar dalam terhasilnya filem goddo supiido yuu! burakku emparaa arahan Mitsuo Yanagimachi. Diadaptasi oleh sebuah kolektif pemuzik post rock dari Montreal, Kanada yang bergerak secara DIY pada pertengahan 1990'an, ia menerbitkan sebuah band post rock yang amat berpengaruh hari ini dengan nama Godspeed You! Black Emperor.
tapi yang lebih penting, aku nak tengok filem rempit Jepun tu yang lebih berisi dari filem KL Menjerut.
Friday, November 18, 2011
OH WHY THANK YOU!!!
Fix, dokumentari tentang salah satu nama yang boleh digelar pioneering band bagi genre industrial dengan penambahan elemen yang berat, Ministry (sampai ada statement "kalau tak ada Ministry, maka tak ada Nine Inch Nails", of sort) yang panjang perjalanannya untuk disiapkan akhirnya telah dilancarkan bulan ini.
Yang kelakarnya tentang Ministry ialah permulaannya. Let see, Al Jourgensen diambil sebagai artis untuk merakam album pop/new romatic yang betul-betul manufactured. Dia kata ya sebab duit. Tapi masuk album kedua, ceritanya dah lain....
Memetik quote Al dalam majalah Decibel pada tahun 2007, November:
“I consider it worse than that because it’s not my album… I was the original Milli Vanilli, man. I’m serious. They (Arista) wrote the songs, they wrote the lyrics, they appointed producers, they appointed musicians. I even had management tell me what I could or couldn’t dress like. It was like going to prison… I was young and stupid. I sold out before I even started. When you’re living in a burned out squat where it snows through your roof into your living room, and you have extension cords a block long for space heaters, you’re not going to say no to someone offering you 150 grand… It was really fucked up. I don’t think I have a pretty face, but someone up there apparently did. Either that, or they were happy to find a fucked up idiot that would say yes to everything they said…”
-----------------------------------
Pada nota yang lain pula, album runut bunyi filem The Girl With The Dragon Tattoo yang merupakan skor filem kedua Trent Reznor untuk David Fincher akan keluar pada 2 December 2011 ini.
-----------------------------------
Pada nota yang lain pula, anda semua dijemput ke majlis sidang akhbar album sulung monoloQue iaitu JejakTanah : Hikayat Halimunan Abad ke-21, Corak 1
Tarikh : 21hb November 2011 (Isnin)
Masa: 3:00 - 6:00 petang
Lokasi: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
...yang benar ada menulis beberapa perenggan yang mungkin akan memudahkan anda semua memahami sedikit isi kandungan zuriat sulung teraju utamanya, Loque pasca Butterfingers ini.
-----------------------------------
Pada nota yang lain pula, hari ini ialah 19 November. Semalam, 18 November ialah hari ulangtahun penulis novel grafik, Alan Moore. But then again, 18 November di sana masih lagi sama ruang kontinum masa dengan 19 November di sini. So, we're both equal. Nak jugak tu....
Monday, November 07, 2011
album of the moment : The Flaming Lips and Stardeath and White Dwarfs with Henry Rollins and Peaches Doing The Dark Side of the Moon
actually this album took me by surprise jugaklah because it’s amazing for a tribute album. and i can’t help myself but to laugh bila masuk je suara Henry Rollins on the introduction for the track “Speak To Me / Breathe".
album ni dah lama, lewat 2009 dah keluar. tapi saya baru dengar sebab saya kembali menelaah subjek Pink Floyd. buku Inside Out tulisan Nick Mason yang saya beli 2 tahun lepas di sebuah kedai buku terpakai dalam RM4 masih lagi dalam fasa A Saucerful of Secrets. maka selalulah saya menyanyi sendiri bait-bait yang berbunyi, "...it's awfully considerate of you to think of me here and I'm much obliged to you for making it clear. that I'm not here..." dalam keadaan separa sedar The Madcap Laughs tetapi masih lagi disedari oleh seorang gadis.
and here's a performance by The Flaming Lips at Bonnaroo last year:
by the way, work lama. sekitar 2007 untuk Nadia Badarudin for the now defunct Lacuna, ROTTW magazine, Julai 2007.
Sunday, November 06, 2011
"macam baru semalam dia ambik gambar ni kat belakang rumah dia..."
itu reaksi terawallah bila tengok versi bercetak ROTTW terbaru V.173 dengan cover Nirvana,... dia punya tahap kualiti print, resolusinya..... terima kasihlah pakcik Photoshop dan Lightroom.
ini merupakan isu tribute khas buat Nirvana dan album yang banyak mengubah lanskap muzik komersil, terutamanya rock - "Nevermind". satu dunia sebenarnya meraikan ulang tahun ke 20 album ini. kat Malaysia sendiri, minggu lepas di Zouk ada tayangan filem dokumentari The Year Punk broke yang merupakan dokumen perjalanan band Sonic Youth semasa ke Eropah pada pertengahan 1991 yang turut menjemput Nirvana sekali, tapi masa tu Nirvana belum popular satu dunia lagi, Nevermind pun belum rilis lagi.
banyak sebenarnya yang saya nak cerita tentang sejarah saya dan Nirvana. isu ini bagaimanapun bukanlah bersifat peribadi bagi saya. saya cuma fokus pada waktu ketika album Nevermind dibikin. cerita lain macam hari-hari terakhir Cobain saya kurang highlight-kan. pada saya, itu semua satu dunia dah tahu. saya mahu fokus pada legenda Nevermind yang sebenarnya organik saja pembuatannya. tiada magis mahupun formula tertentu yang membuatkan album itu naik di carta Billboard 20 tahun dulu hingga menolak kedudukan Raja Pop, Michael Jackson yang pada tahun yang sama turut merilis album Dangerous.
tetapi bila saya mendengar kembali album Nevermind, kali ini saya cuba mengkaji lirik-lirik yang ditulis Cobain. sejujurnya, sebelum ini saya kurang ambil endah. bukannya sebab sifat tak peduli tapi dalam 15 atau 16 tahun dulu, semasa mendengar album ini, liriknya tidak dicetak secara penuh di inlay albumnya. buku lirik yang saya temui (yang kerap disalin fotokopi oleh rakan-rakan) sebenarnya ialah transkripsi kasar oleh peminat-peminat Nirvana dan bukannya dari sumber asli, sejak matinya Kurt Cobain. jadi banyak jugalah interpretasi pelbagai tentang lirik-lirik tulis Cobain.
menulis kembali tentang album bersejarah ini di era internet memang ada sedikit bezanya...
kalau kalian jumpa ROTTW isu terbaru ini di kedai-kedai buku berhampiran atau di mamak penjual akhbar mahupun 7 Eleven dan membelinya, sila beri komen kalian. saya sebenarnya perasan kekurangan semasa menghasilkan isu tribute ini. perasan sangat. tapi biarlah kalian baca dulu. lepas ni kalau saya ada masa, kita bercerita panjang pasal Nirvana.
bak kata Cobain, "You're in a high school again...". indeed.
Labels:
kurt cobain,
nevermind,
nirvana,
rottw
Friday, October 07, 2011
ini penyertaan lewat tapi sekejap lagi kita ke Rockaway...
...a.k.a a One Buck Short & Friends project yang masa first installment-nya ialah free concert di Capsquare dengan banyak band lokal yang telah bercambah kepada festival dengan headliner-nya merupakan 3 band antarabangsa, THE USED, STORY OF THE YEAR dan ALL TIME LOW. lihat sendiri senarai penuh band di bawah...
since saya tak rancang pun,... begini sajalah, nanti saya post sebarang gambar.
p/s: throat infection is a bitch. jangankan saya, brent hinds suara ganas pun boleh tukar jadi mjau-mjau...
Saturday, September 24, 2011
..... dia punya hentakan kaki Hikmat Jalang Syurga Tak Terbatas...
...bergegar pentas dewan cina semalam.
tahun ni, dah 2 round "Engine No. 9". rasanya kat jakarta tak dapat kot.
update: sebagaimana ramai yang maklum, Suicide Silence telah mengumumkan di laman rasmi Twitter dan Facebook mereka akan kematian vokalis mereka, Mitch Adam Lucker selepas kemalangan motosikal yang dipandunya.
@suicidesilence: There's no easy way to say this. R.I.P. Mitchell Adam Lucker - We Love You BrotherAlternative Press melalui laman web mereka : http://www.altpress.com/news/entry/mitch_lucker_lead_singer_of_suicide_silence_killed_in_motorcycle_crash menulis kronikel kemalangan ini, upacara pengebumian mendiang serta penghormatan terakhir dari rakan-rakan band seperti dari Of Mice & Men, Circa Survive, EMMURE, In Fear and Faith, Shane Told, Motionless In White, Travis Mills, Bring Me The Horizon, Funeral For A Friend, VAMPIRES EVERYWHERE! dan William Control serta ucapan dari peminat-peminatnya.
Friday, September 23, 2011
gig of the day : Suicide Silence Live in KL
"I'm not interested in meeting them as a fan, I'm far more fascinated with finding out why they make the kind of music they make, what has happened in their lives that has inspired them to create, and how their lifestyle affects their music. I'm also interested in the kind of lifestyle they lead as a result of being a musician." - Jon Wiederhorn
Saya membuka petikan ayat dari Jon Wiederhorn, salah seorang jurnalis muzik yang pernah menulis untuk Rolling Stone dan sekarang gignya ialah untuk majalah Revolver untuk tulisan gig yang bakal saya hadiri tak sampai beberapa jam saja lagi iaitu band metal era baru dengan terma yang kadangkala dibenci oleh pengamal muzik ini sendiri iaitu deathcore. Band ini, Suicide Silence berasal dari Riverside, California yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Saya memetik ayat Jon sebab saya bukan peminat besar genre sebegini tetapi saya menerima idea baru untuk diterap ke dalam muzik metal yang telah berusia berdekad-dekad lamanya kini. Jika saya ada peluang untuk bertemu anggota-anggota Suicide Silence, maka pendekatan saya juga sama dengan Jon, saya ingin sekali tahu ilham disebalik tercetusnya muzik yang mereka bawa walau mereka pernah dianggap 'jumping on the bandwagon' terhadap penerimaan muzik sebegini sedang kita dah banyak kali dengar pertelingkahan antara golongan metal purist tepu dengan band-band metal baru seperti Suicide Silence. Faktanya, apa yang dibawa ke depan oleh Suicide Silence samada bunyian, lirik atau imejan tetaplah perkara-perkara gruesome yang orang-orang di luar liga muzik metal sering kaitkan. Pada mereka, apa jenis metal semuanya sama saja tak kira ianya band baru atau band lama. Suicide Silence pernah mencetus polemik (ayat.... nak jugak...) di dalam akhbar tabloid Harian Metro selepas akhbar tabloid ini tumpul idea apa yang ingin di'bahan' mereka selepas black metal sedekad lalu.
Sekali lagi, saya ingin melihat di depan mata saya sendiri. Jika ingin diikutkan pada usia, saya dengan Suicide Silence dalam jarak usia yang hampir sama, menerima muzik berat dalam era yang sama,.... kami bukan bermula di era 80'an semasa thrash baru meletus, tetapi di era 90'an ketika muzik metal telah punya pelbagai cabangnya. Pada waktu kami mula mengenali metal, band hardcore Vision of Disorder sudahpun menghasilkan album yang menjadi landmark kepada tercetusnya muzik metalcore yang begitu diminati hari ini, iaitu album "Imprint", lengkap dengan Phil Anselmo dari Pantera sebagai jemputan. Imprint memudahkan Lamb of God untuk mencipta identiti mereka tanpa perlu nak pecah kepala macam V.O.D.
Suicide Silence selain membesar dengan muzik Sepultura, Cannibal Corpse, dan Morbid Angel, mereka juga membesar dengan band seperti Korn dan Deftones. Ada 'image breakdown' di sini. Sampaikan mereka pernah cover "Engine No 9" dalam EP Green Monster mereka malah melalui album terbaru mereka, The Black Crown, mereka dah makin melangkah jauh (atau anda boleh sebut 'makin ke laut...") dengan menjemput Jonathan Davis dari Korn untuk vokal undangan pada trek "Witness The Addiction". Saya ingin sekali bertanya mereka tentang pilihan yang disebut ramai sebagai 'out of place' ini jika dibandingkan dengan jemputan vokal Frank Mullen dari Suffocation untuk trek "Smashed".
Apa-apapun, reaksi saya tentang mereka (makin suka ke or else) terletak pada apa yang dipersembahkan mereka malam ini. Sebagai tambahan, Majalah Revolver menabalkan Suicide Silence sebagai band baru terbaik di majlis penganugerahan Golden God dengan menyebut persembahan live mereka sebagai "explosive and relentless", .... ok, saya perlu hypekan penyataan tadi supaya moshpit akan jadi makin lebar malam ini.
See ya guys tonite.
Nota kaki : Cover album pertama mereka "The Cleansing" dihasilkan oleh Dave McKean, pelukis komik yang sangat saya minati di mana dia banyak mereka kulit album metal era 90'an seperti untuk Fear Factory dan Kreator. Ring a bell?
The Band Shop proudly presents… Suicide Silence Live in Kuala Lumpur!
—————————————————————————————————————
Tickets available now at the following places/agents:
…
- Dolls Store (Bukit Bintang)
http://www.facebook.com/dollsstore
- Acoustic Music Pertama (Pertama Complex)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001643714732
- The Band Shop (Taman Melawati)
http://www.facebook.com/thebandshopstudio
- Joorue Shop (Kajang)
http://www.facebook.com/joorueofficial
- All Rock Corner Outlets
http://www.facebook.com/rockcornermusic?sk=app_106171216118819
THE CURVE
MID VALLEY
THE GARDEN
ONE UTAMA
KLCC
AMPANG POINT
SUBANG PARADE
BANGSAR
PRE-SALE : RM 92 (until 21st September only)
ON DOOR: RM 120
—————————————————————————————————————
Online Ticketing Purchase is also available, just click on the link below & follow the instructions in the booking form. (Terms & Conditions apply)
http://eepurl.com/fs0us
—————————————————————————————————————
Opening acts:
- Daarchlea
- Massacre Conspiracy
Time: 6:00 PM onwards
Venue: MCPA Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
YOU ONLY LIVE ONCE SO GO FUCKIN’ NUTS!
more info please visit - http://www.facebook.com/suicidesilence?sk=app_123966167614127
Sebagai lawak Senario, saya nak promote jugaklah parodi Suicide Silence yang dibikin oleh faradyable. Sebab video ni lah ramai fans Suicide Silence kat oversea dah belajar sepatah dua perkataan Melayu...
update: sebagaimana ramai yang maklum, Suicide Silence telah mengumumkan di laman rasmi Twitter dan Facebook mereka akan kematian vokalis mereka, Mitch Adam Lucker selepas kemalangan motosikal yang dipandunya.
@suicidesilence: There's no easy way to say this. R.I.P. Mitchell Adam Lucker - We Love You BrotherAlternative Press melalui laman web mereka : http://www.altpress.com/news/entry/mitch_lucker_lead_singer_of_suicide_silence_killed_in_motorcycle_crash menulis kronikel kemalangan ini, upacara pengebumian mendiang serta penghormatan terakhir dari rakan-rakan band seperti dari Of Mice & Men, Circa Survive, EMMURE, In Fear and Faith, Shane Told, Motionless In White, Travis Mills, Bring Me The Horizon, Funeral For A Friend, VAMPIRES EVERYWHERE! dan William Control serta ucapan dari peminat-peminatnya.
Labels:
concert,
gig,
metal,
Music,
suicide silence
Thursday, September 22, 2011
Girl With The Dragon Tattoo : what's next for Trent Reznor after the Oscar-winning The Social Network
first, he gave you the taste of his new music from the new David Fincher movie, The Girl With The Dragon Tattoo which is the new rendition of ol' Zeppelin's Immigrant Song, plus - Karen O from Yeah Yeah Yeahs.
it worked pretty well.
sekarang, trailer penuh dia dah keluar. well, what we have here?
... piano, piano, piano. elektronik sikit.
tak harap Oscar. cukuplah detik yang bersejarah awal tahun hari tu.
cuma, highlight dalam filem ini ialah ialah 'awek Mark Zuckerberg' dalam The Social Network yang bertukar menjadi bad ass chic iaitu Rooney Mara sebagai Lisbeth Salander. ini ialah adaptasi filem yang kedua dari novel Stieg Larsson. saya belum tengok lagi versi Swedish meatball-nya, malas nak kasi spoil tapi anda boleh cari novelnya, tengok filem pertamanya, atau baca sinopsis di wikipedia. stail saya, tunggu 21 Disember ni (atau Malaysia, lewat sebulan sebab nak menapis).
album free 5 lagu? ehm.... nanti pergi ketuk pintu rumah Trent Reznor, tanya kalau2 dia nak buat lagi ke tak.
Saya tetap rasa bengang pada Ben Gibbard kerana telah merampas Zooey Deschanel daripada saya...
...walaubagaimanapun She & Him dan Death Cab For Cutie tetap hal bisnes, tiada yang personal di sini.
Joke aside, secara peribadi saya susah nak ikut perkembangan rancangan televisyen walaupun perkembangan zaman membesar saya dulu banyak bergantung pada tv
(did Alternatif ring a bell? or Parker Lewis Can't Loose?). Ada satu masa sedang saya menulis, tv kat sebelah sedang menayangkan rancangan Gossip Girl. Daripada berjuta episod, itu entah kali ketiga atau keempat yang saya tengok, kemudian ceritanya banyak berkisar pada seks,.... i can't take it anymore. Di Malaysia pula, kita ada perangai suka duduk di depan tv waktu slot Cerekarama hanya untuk membahan setiap apa yang ditayangkan. Melodi masih wujud dan rancangan realiti tv selalu bersifat barah.
Mila Jovovich zaman underage? Sah korang tak pernah tau...
Ramai di kalangan rakan pula banyak mengikuti rancangan tv dari luar yang tidak ditayangkan disini tetapi diikuti secara religious secara muat turun, macam anak sedara saya yang follow Naruto berjuta-juta episod di laman fansite Naruto. Ada Big Bang Theory,.... oh, How I Met Your Mother, Glee, Sophie yang tersayang suka screencap show Dexter, ada yang post tentang rancangan lebih kurang macam zaman medieval adaptasi novel yang hit di HBO baru-baru ini, maaf, lupa tajuknya,.... saya ada juga follow Metalocalypse tetapi tidak secara berkala tapi jauh di lubuk hati saya rasa sayalah yang paling outdated dalam blogosphere dan paling tak hipster di kalangan tukang reblog di Tumblr. Ini kerana kekangan kerja. Banyak album, EP dan lagu-lagu yang perlu saya dengar dan banyak kajian terhadap terma dan genre yang boleh dikatakan muncul hampir setiap hari. Setiap peristiwa di dalam negara yang berupa budaya pop perlu dirakam.
Adalah waktu dan ketikanya saya jenguk juga laman web seperti Wired yang mana terbaru mereka mereka mengupas tentang rancangan terbaru di FOX yang baru bersiaran semalam untuk episod pertama musim pertama, New Girl. apalah yang baru sangat tentang premis sitkom tentang 20's / 30's something yang suka melepak di coffee place macam How I Met Your Mother, Two Guys, A Girl and a Pizza Place, Friends dan sekian-sekian yang asyik mengulang kitarannya.
Mungkin sebab mereka mahu melancarkan semula karier lakonan Zooey Deschanel, kali ini sebagai bintang tv, selepas mendapat hit yang agak lambat sebagai bintang filem melalui (500) Days of Summer - sedekad selepas masuk ke dalam sistem Hollywood (Almost Famous dan video muzik The Offspring - "She Got Issues" should ring a bell...). Well, it should be great. Geek goddess macam Zooey di layar kecil di rumah mungkin agak refreshing.
At the end of the day,.... damn kau, Ben Gibbard.
p/s: Dah cerai dah.... Pergi lah kau minang dia...
Wednesday, September 21, 2011
You don't wanna go to shopping mall with Gary Numan...
bak kata Brodie (lakonan Jason Lee)dalam filem Kevin Smith, Mallrats: "Listen, not a year goes by, not a year, that I don't hear about some escalator accident involving some bastard kid which could have easily been avoided had some parent - I don't care which one - but some parent conditioned him to fear and respect that escalator."
dah lama nak post video muzik ni, mungkin boleh cerita detail pasal video muzik ini juga, the same way i discussed about Tonto music video in one issue of ROTTW magazine.
anyway, Battles telah melancarkan video muzik "My Machines" arahan Daniels untuk The Creators Project. video muzik stail satu pandangan ini memang nak challenge video muzik OK Go. sebagaimana yang disebut Gary Numan, dia rasa lagu Battles ni pelik kalau nak banding dengan lagu-lagu yang dia biasa bawak.
Kredit produksi:
Music video for “My Machines” by Battles feat. Gary Numan
Directed by Daniels
Co-produced by The Creators Project and Warp Records
Photo Courtesy of Atiba
Sunday, August 28, 2011
salam syawal 1432 dan sedikit ucapan yang klasik...
Selamat menyambut ramadan yang terakhir bagi tahun Hijrah 1432 dan salam syawal saya pohonkan buat semua pembaca blog Antara Wired dan Seruan Ilahi ini, ataupun mana-mana cawangan blog saya yang lain, dengan ucapan klasik : kalau makan spageti rendang pasta bolognia bersama cupcake ditaburi hancuran rempeyek tu, ingat-ingatlah kat saya yang jauh dari pandangan mata ini…. maaf zahir batin. dan berhati-hati di jalan raya.
Wednesday, August 24, 2011
PJ20 : looking forward for this one on our layar perak
September sepatutnya ulangtahun ke 20 Nirvana - Nevermind, tetapi semasa melakukan editing artikel yang berkaitan, terperasan yang Pearl Jam juga dalam usia 2 dekadnya tahun ini, lalu sebuah filem dokumentari (arahan Cameron Crowe) dan buku bakal dilancarkan pada bulan yang sama dengan Nevermind (album pertama PJ - "Ten" , keluar pada 27 Ogos 1991, ok, lagi 2 hari, maaf saya dah bagi spoiler...).
Asalnya filem ini hanya dirancang untuk siaran one shot tanpa pengulangan di stesen televisyen PBS, tetapi kemudian beberapa panggung wayang yang terpilih di dunia mula mengambil bahagian untuk tayangan dokumentari ini, juga sekali tayangan saja, pada 24 September, dengan tayangan perdana pada 20 September di US.
Ok, here's the thing. Kat rantau Asia Tenggara, hanya 4 panggung di Singapura yg masuk dalam list. di Malaysia, ia tidak tersenarai... akan tetapi jika anda punya keinginan, ada usaha sedikit, cuba hubungi pihak Sony Music Malaysia (mereka pernah buat tayangan preview Foo Fighters : Back and Forth di Cineleisure 24 Mei lalu) dan usulkan cadangan untuk tayangan filem dokumentari ini.
orang tua yang menemuramah Eddie Vedder di permulaan trailer di atas ialah David Lynch. anda suka filem Earserhead, Twin Peaks dan projek muziknya bersama Sparklehorse dan Danger Mouse, saya tahu.
Labels:
documentary,
movie,
Music,
pearl jam
Friday, August 12, 2011
ini barangkali anugerah internet pertama saya. and never again....
...dan ia tak berkait langsung dengan blogship pun.
it’s been a week, i didn’t noticed that i am one of the award receiver for this year Big Bad Wolf Book Sale that i don't know up until this point where it's going to be held but they already set a date on 7th till 16th October. Club Scout Award, though, i wish mine was Cthulhu Calling, that would be more fun. as an award receiver too, i won myself a media preview sale pass which i myself don't really know how the mechanism works, until a day before the book sales.
This is the 3rd year for BBW Book Sale. Saya sebenarnya bukanlah shopaholic tahap ultra bila berdepan dengan bookfare sebegini tapi BBW ialah jualan buku yang termurah bagi title2 first hand. The thing with me, sebab mungkinlah sejak kecil lagi saya dah terbiasa and have a fond on bookfare, maka saya selalulah pergi. saya tak beli banyak, but i love bookplace.
thanks to all nice people at Big Big Wolf for this award. and thanks dear for the mention ;)
pada nota yang lain-lain pula, sekarang saya sedang dengar projek 'konon Witch House' terbaru dari Chino Moreno, ††† (atau dipanggil Crosses) yang... agak familiar pada saya dan pada masa sama buat saya kata, "oh,... chino sudah hips†er sekarang..."
jadi pitchfork dah cipta terma baru untuk subgenre baru, no.
salam ramadan.
p/s : tak sampai seminggu selepas Chino Moreno mengeluarkan EP percuma ††† , gitaris Deftones, Stephen Carpenter mengikut jejak langkahnya juga dengan EP percuma bernama Sol Invicto yang boleh diibaratkan seperti penyertaan lewat Stephen terhadap muzik industrial + drum n bass + gitar berat ala Aphex Twin + Atari Teenage Riot + Clint Mansell soundtrack Pi + diskofrafi Metalheadz, post dslr.
Sunday, July 17, 2011
from Arizona...
girls on instrument, checked. Where The Wild Things Are, checked. Frankenstein tattoo, checked. Puerto Rican screamer, checked. Revolver's Hottest Chicks In Metal, checked. soaked in sweat, checked. an hour of pure awesomeness, checked checked checked.
gentelmen, i would like to introduce.... Eyes Set To Kill.
yours truly with Alexia & Anissa Rodriguez from Eyes Set To Kill, July 10, 2011, Kuala Lumpur.
Tuesday, June 21, 2011
selamat hari rabu. today, i express hopelessness.
pertama sekali, jika anda merujuk Lebai Google waktu ini, maka terpaparlah rekaan custom Google yang kali ini dihasilkan oleh Takashi Murakami. lakaran yang dipanggil First Day of Summer. artis Jepun ini saya mula perhatikan kerja seninya lebih sedekad lalu. dalam biografi yang agak ilmiah ia dipanggil thought provoking tapi kalau orang kampung saya, maka dipanggil "kerja ni macam orang gila ke apa?"
kedua, blog saya ada perkataan "Wired" selain memberi makna yang literal : di bawah pengaruh kopi triple x tanpa gula bak kata dot sally atau internet jalur lebar sekian-sekian (tengok dalam satu scene filem The Social Network), ia juga sebagai pay homage kepada majalah Wired yg sering juga saya beli , bermula dengan satu isu yang mengupas tentang falsafah Philip K Dick pada filem A Scanner Darkly dan juga satu artikel tentang artis digital, Joshua Davis yang sempat saya temui awal 2007. Joshua Davis menulis kitab Flash to the Core yang pernah jadi bahan wajib penggila macromedia Flash (sekarang telah dijual kepada Adobe) dan juga pernah mereka flash muka depan laman web Tool.
mungkin kalau ada masa, saya akan tulis pasal Wired.
ketiga, saya sedang dengar "Short Break" dari Dirty Three dipetik dari album Sad & Dangerous, tahun 1995. Album yang dicadangkan jika mahu sebuah album dengan persembahan violin yang lain macam. Saya rasa ralat juga kerana Dirty Three pernah ke Malaysia pada tahun 2006 dan saya tak sempat menonton mereka....
oh, sedaplah trek 8 ni. "You Were a Bum Dream", ada bunyi yang macam piano lepas car-crash pulak (yg pasti, ianya gitar). lagu yang sedap-sedap ni jangan dengan kerap sangat, nanti makruh.
Wednesday, May 25, 2011
Foo Fighters : Back and Forth
"Back and Forth is like the Dumb and Dumber of rock documentary." - Dave Grohl
James Moll, pengarah dokumentari yang pernah memenangi anugerah Academy melalui filem dokumentari "The Last Days" pada tahun 1998 meminjam masa anggota-anggota Foo Fighters termasuklah bekas anggotanya iaitu William Goldsmith (dram dan Franz Stahl (gitar) untuk membentuk kronologi Foo Fighters sepanjang 16 tahun kewujudan mereka daripada sebuah band kecil hinggalah bertaraf mega dengan audiens sebesar Stadium Wembley.
Dokumentari ini dari segi perjalanannya hampir saja seperti tulisan saya dalam cover story Foo Fighters ( dalam ROTTW V.158, 2010 ) jadi anda sudah boleh bayangkan bagaimana isi dokumentari ini dan sudah pasti gitaris dan vokalisnya, Dave Grohl menjadi fokus kepada dokumentari ini. Cuma saya tak menghabiskan bab penghujung dokumentari ini iaitu sesi rakaman Wasting Light yang dipaparkan dalam keadaan tanpa tekanan atau senang saya sebut, 'mereka sudah mencapai puncak bahagianya'.
Sejak ianya filem tentang Foo Fighters, maka ada beberapa bab yang saya harap dapat dicungkil pengarahnya seperti permulaan Grohl dengan band-band terawalnya seperti Scream tetapi ia tidak dipaparkan. Ia terus dimulakan dengan bab Nirvana, introduksi oleh Butch Vig tentang reaksinya ketika melihat Dave Grohl membelasah set dram pada sesi album "Nevermind".
Dokumentari ini secara jelas dihasilkan untuk peminat Foo Fighters sahaja kerana mereka lebih senang merasai dan mengaitkan muziknya dengan persembahan visual dokumentari ini. Dokumentari muzikal ini mahu menampilkan drama di sebalik kejayaan Foo Fighters tetapi mengenali perwatakan Grohl serta muzik Foo Fighters, perkara ini nampak sukar. Nirvana lebih banyak drama dan kalau dijadikan filem, lebih rumit subplotnya. Drama Foo Fighters pada khalayak mungkinlah kesukaran Grohl untuk membuang imejnya sebagai bekas pemain dram Nirvana. Anggota-anggota band yang keluar masuk itu perkara biasa yang berlaku pada hampir semua band yang ada di muka bumi ini. Tetapi anda tetap mahu menonton filem ini untuk mendengar dari mulut pemain dram Sunny Day Real Estate sendiri , William Goldsmith rekasinya saat dia mendapat tahu rakaman dram yang dilakukannya untuk album The Colour and the Shape dibuang dan dirakam semula oleh Dave Grohl kerana frontman Foo Fighters itu mahukan trek dram seperti yang dibayangkannya dan visi ini tidak dikongsi Goldsmith. Menjadi pemain dram untuk band yang ditubuhkan oleh bekas pemain dram sebuah band yang besar sememangnya satu tugas dan tanggungjawab yang besar untuk digalas.
Kemudian masuk pula Taylor Hawkins yang ketika itu sudahpun menempa nama sebagai pemain dram tour untuk Alanis Morissette yang agak popular ketika Foo Fighters sedang mahu bermula tetapi dia bertindak menyertai Foo Fighters yang masih lagi sebuah band yang kecil kerana dia mahu menyertai sebuah band dan bukan pemuzik iringan untuk penyanyi terkenal.
Tapi pada saya bab yang paling menarik dalam dokumentari ini ialah penyertaan Pat Smear, gitaris band punk rock legenda The Germs ke dalam Foo Fighters. Grohl yang menceritakan kembali saat ketika mendengar berita kemasukan Pat Smear ke dalam Nirvana sebelumnya, memberikan reaksi tak percaya yang idola punk rocknya itu 'masih hidup'. Dan dia sekali lagi tak percaya bila Pat turut memberitahunya yang Pat ingin meninggalkan Foo Fighters kerana dia melihat Pat sebagai anggota yang tiada masalah langsung dalam band. Ada sisi komedi di sini, jadi pada saya walaupun ianya sebuah filem dokumentari, ianya tidak begitu berat untuk ditonton. Elemen muzikal itulah yang menghidupkan dokumentari ini.
Secara kesimpulannya, ini sebuah dokumentari yang baik tetapi akan jadi lebih baik jika James Moll cuba mencungkil lebih banyak cerita di sebalik lagu-lagu Foo Fighters (walaupun pada permulaan ada menceritakan bagaimana Grohl mendapat ilham untuk menulis lagu "Enough Space" sebagai lagu pembuka konsert Foo Fighters). Pada umum pula, ini merupakan promosi 2 jam yang baik bagi album terbaru Foo Fighters, Wasting Light yang baru sahaja keluar April lalu.
p/s: penulis menyaksikan tayangan preview dokumentari Back and Forth di Cineleisure, Damansara pada 24 Mei 2011 lalu bersama dengan seseorang yang penulis sangat maklum akan hardcorenya dia pada Dave Grohl. "berdentum-dentam dalam panggung!" katanya... terima kasih kepada pihak Sony Music Malaysia atas jemputan ini.
Wednesday, March 02, 2011
How To Tweet a Review of the New #Mogwai Album While You Stuck on a Long Trip
you're reading the utterly nonsensical tweets of my journey from KL to Kuala Terengganu to KL again with #Mogwai new album, Hardcore Will Never Die, But You Will sneak into my ear ( #fakta multiple eargasm )
with album opener 'White Noise' they're turning into Radiohead. It's easier if you fill it w/ your drama, like i did. (no, #fakta is White Noise bunyi macam Album Leaf dengan bunyi jahat bising distort lapis ke-limanya yang hanya hadir pada minit ke 3:27)
if i didnt give you any name, you almost call "Mexican Grand Prix" as another jab on indie hipster trash...but im starting to like it. #isitjustmebut A Place To Bury Strangers comes to mind.
it feels more stripped down yet melodic and fast w/ "San Pedro". You feel like you've heard this before but no. ( #fakta , this is another jab on indie hipster trash. Mereka masih 'jahat' pada minit ke 2:10)
...and still you like it. It was built upon unimaginable fuckin layers...
cuba fahami "Letters To The Metro" malam ni. This 'Hardcore' album gives me a hard time, susah nak cakap like it or not.
#fakta 'Metro' feels like, uhm... 'Thank You Space Expert'.
with 'george sq thatcher death party' they just cemented 'emselves as master of auto tune. Kalah BEP. (no, buddy... that's vocoder voice by Sir Barry Burns).
"Too Raging To Cheers" ni macam nama dia gak, u put too much effort on it, to an f word. I love the drums.
and i repeat, still you like it. It was built upon unimaginable fuckin layers...
they can write thousand songs like 'You're Lionel Ritchie'. An endless loop and the dramatic contrast for the climatic scene. Theyre master at it. (but they end up w/ an album that contained these majority feelings of "The Sun Smells Too Loud".)
...an appropriate title? Band Indie Hipster Trash Seberang Macam Nidji Will Die, But Thou Will Never
#fakta yours truly sedang kerap pasang Too Raging To Cheers but the whole album still a winzip for me
read my review too in the next issue of #ROTTW magazine.
thank you space expert for reading.
Tracklisting:
1 "White Noise" – 5:04
2 "Mexican Grand Prix" – 5:18
3 "Rano Pano" – 5:15
4 "Death Rays" – 6:01
5 "San Pedro" – 3:27
6 "Letters to the Metro" – 4:41
7 "George Square Thatcher Death Party" – 4:00
8 "How to Be a Werewolf" – 6:23
9 "Too Raging to Cheers" – 4:30
10 "You're Lionel Richie" – 8:29
Personnel:
Dominic Aitchison – bass guitar
Stuart Braithwaite – guitar
Martin Bulloch – drums
Barry Burns – guitar and keyboard
John Cummings – guitar
Paul Savage – production
Labels:
album,
mogwai,
Music,
Music Review,
post rock
...bak kata Kevin Smith : "Please, Trent - burst into "I WANNA FUCK YOU LIKE AN ANIMAL!" right there, Oscar in hand. "
"Wow, is this really happening?" - baris pertama Trent Reznor saat menjejaki podium Majlis Anugerah Academy sejurus dia memenangi Oscar bagi kategori Skor Filem Terbaik untuk filem The Social Network.
No Mr. Reznor. This is REALLY happening. You just won an Oscar.
Beberapa ketika, Reznor ke belakang pentas Academy Award sambil memberikan tweet versi yang hampir sama dengan kemenangan Golden Globe tetapi diubah sedikit : "HOLY SHIT doesn't seem enough...", masih dalam perasaan tak percaya akan kemenangan Oscarnya.
Pada pemain papan luncur, Tony Hawk, kemenangan Trent Reznor dan Atticus Ross secara kolektif di Anugerah Academy semalam bagi kategori Skor Filem Terbaik untuk filem The Social Network mengembalikan kepercayaannya pada anugerah filem berprestij itu yang sekian lama dianggap bogus, bukan saja pada dirinya, malah seluruh Amerika dan mungkin satu dunia. Di Twitter, kemenangan Reznor dan Ross turut dikongsi dengan ucapan tahniah rakan-rakan dan mereka-mereka yang mengenali Reznor sebagai salah satu figura Amerika yang masih relevan hingga kini, seperti Amanda Palmer, Danny Lohner, pembikin filem dokumentari, Michael Moore, ilustrator komik, David Mack, Fred Durst (yang pernah meminjam line 'Closer' untuk lagu Limp Bizkit - Hot Dog'nya), malah blog-blog muzik bebas, rock, dan metal seperti Pitchfork, Brooklyn vegan, Kerrang, Metal Injection, Alternative Press, Metal Hammer dan pelbagai lagi yang mungkin tidak pernah menyentuh langsung atau mengambil kisah akan anugerah filem tahunan terbesar ini memberikan perhatian mereka atau setidak-tidaknya ucapan tahniah buat Reznor akan kemenangannya itu yang dilihat sebagai pencapaian tertinggi sepanjang kariernya. Mungkin kemenangan Reznor ini bakal membuka telinga ramai akan kerja-kerja Reznor sebelum ini dan melihat sejarahnya dalam pembangunan muzik industrial dan metal, yang lebih prominent ialah sekitar 1990'an.
I mean, this guy had history in giving you something like "I wanna fuck you like an animal", disturbing image, heretic lyrical references, launching a career for self proclaimed antchrist superstar, black as your soul..... sebarang imejan yang mengganggu yang anda boleh tuliskan di sini. _____________________________
Saya cuba melihat semula kemenangan Reznor dan kewajarannya. Memang dia berdepan dengan persaingan yang sengit memandangkan calon-calon lain yang bertanding dalam kategori Skor filem ini lebih berpengalaman dan ada yang pernah menang anugerah tersebut seperti Hans Zimmer dan A.R Rahman sedangkan The Social Network pula ialah kerja skor filem pertama bagi Reznor. Dia tak punya kumpulan orkestra yang besar yang juga dapat memberikan bunyian yang lebih besar pada karya-karyanya, cuma dengan studio kecil yang nampak macam stesen penerima transmisi NASA dengan kepelbagaian alatan elektronik, yang menghimpunkan segala perkara dan method yang digunapakai sejak era Pretty Hate Machine, malah mungkin Exotic Birds lagi.
Ramai yang menjangkakan kemenangan John Powell untuk filem 'How to Train Your Dragon', ataupun A. R. Rahman yang bakal mengulangi kejayaan 'Slumdog Millionaire' melalui kolaborasi keduanya bersama pengarah Danny Boyle, '127 Hours', atau 'Inception' karya Hans Zimmer (skor Zimmer untuk filem ini hebat juga kecuali Zimmer kali ini lebih minimalis dalam penggunaan nota-nota muzik. Kalau anda dengar teliti, anda akan perasan...but it works really well with the film, the same way Reznor did with The Social Network). Tak kurang yang merasakan 'The King's Speech' oleh Alexandre Desplat juga bakal memenangi anugerah ini selepas filem itu dah tapau anugerah utama, Filem dan Pengarah Terbaik.
Tapi merit kemenangan Reznor dan Ross ini sebenarnya terletak pada pendekatan mereka yang lebih bersandarkan pada permainan elektronik yang dilihat berbeza berbanding mengulangi formula komposer-komposer yang lain yang mana jika mahu menghasilkan sebuah skor filem maka perlu ada kumpulan orkestra yang mega dan muzik yang kuat akan pengaruh klasikal. Pada Reznor sendiri, dari sisi muzikal, skor The Social Network itu bukanlah anjakan tertingginya tetapi lebih disifatkan sebagai Nine Inch Nails dalam bentuk instrumental,...lebih-lebih dengan penggunaan beberapa trek dari album berkembar 4 Nine Inch Nails - 'Ghost I - IV' yang disusun semula untuk disesuaikan dengan filem tentang pembentukan Facebook itu. Dengan kata lain, Reznor masih lagi berdiri dengan bayang-bayang Nine Inch Nails yang dibentuknya lebih 2 dekad lalu, cuma melalui fasa dan audiens yang berbeza. Kredit kemenangan skor filem itu juga patut dikongsi bersama pengarah filem itu sendiri, David Fincher yang tak pernah berputus asa mahukan kerja Reznor dalam filem arahannya itu. Fincher sendiri punya sejarah dalam mencari bunyi yang berbeza untuk filemnya seperti menggunakan khidmat Dust Brothers untuk memberi injeksi tekno, elektronik dan post-modern untuk filem 'Fight Club' (selepas gagal mendapatkan Radiohead era pasca OK Computer / pra Kid A). Dengan The Social Network, dia melihat Reznor sebagai calon yang tepat untuk memberikan feel berat sintetiknya, kualiti yang dimahukan seperti skor filem 'Blade Runner' arahan Ridley Scott, sesuatu yang tak luput ditelan masa.
[this scene probably will be forever in film history...]
Anda bayangkan sendiri jika A. R. Rahman atau Hans Zimmer yang memenangi kategori ini dan bukan Reznor dan Ross, harus Anugerah Academy akan dicap sebagai hilang citarasa dan integriti selepas ramai juga yang mnegeluh akan kemenangan 'The King's Speech' untuk 2 anugerah utama (fanboys Nolan agaknya,.... no, Inception tak masuk kategori filem terbaik...). Hans Zimmer sendiri turut mengharapkan kemenangan Reznor kerana dia merasakan khalayak perlu melihat semula apa yang dipanggil sebagai skor filem. Zimmer mahukan lebih tekstur pada penghasilan skor filem, lebih-lebih lagi pada telinga pengundi besar di Academy dan dia melihat harapan itu pada kerja Reznor dan Ross.
Anda faham maksud luahan hati Tony Hawk di permulaan tulisan tadi?
Bagi saya dan ramai peminat NIN yang lain, tiada ekspresi jelas mahupun parti internet yang tepat yang dapat menggambarkan perasaan kami akan kemenangan Trent Reznor ini selain membanjiri trafik di Last.fm dengan serangan playlist NIN dan juga skor The Social Network secara bertubi-tubi....
Oh, yeah... I play that NIN in Singapore videos i recorded after the show i attended quite alot since yesterday....
20 tahun antara pembentukan Nine Inch Nails sehinggalah Academy mengiktiraf Trent Reznor, ia sebenarnya telah melancarkan karier Hollywood yang berikut buat alumni-alumni NIN dan Nothing Records:
Jerome Dillon (dram) - komposer untuk filem seram The Collector.
Danny Lohner a.k.a Renholdër (bass/keyboard) - penerbit album runut bunyi filem Underworld, skor untuk lagu tema laman web filem Pathology.
Charlie Clouser (keyboard, synth, theremin) - skor untuk saga filem seram - Saw, The Stepfather, Resident Evil: Extinction dan juga untuk siri televisyen, Las Vegas dan NUMB3RS.
Clint Mansell (bekas anggota Pop Will Eat Itself yang pernah bernaung di bawah label milik Trent Reznor, Nothing Records, juga memberikan kontribusi vokal untuk album NIN - 'The Fragile') - lebih berjaya sebagai komposer untuk filem-filem seperti Pi, Requiem for a Dream, Sahara, Doom, The Fountain, Definitely, Maybe, The Wrestler, Moon, dan juga filem yang turut memenangi anugerah Academy bagi kategori aktres terbaik, Black Swan. Komposisinya yang bertajuk "Lux Æterna" untuk filem Requiem for a Dream sangat dikenali sehingga kerapkali digunapakai sebagai pilihan penebrit komersil televisyen dan juga salah satu versi trailer filem terawal Lord of the Rings.
Marilyn Manson (okay, ni kelakar sikit. Anda akan dapat lihat Manson sebagai Brian Warner di dalam video muzik NIN - "Gave Up" memberikan kontribusi gitar dan vokal ketika era Pretty Hate Machine, sebelum album pertama Marilyn Manson - "Portrait of an American Family" terbitan Reznor) - Manson pernah menghasilkan skor untuk filem Resident Evil bersama Marco Beltrami dan bakal merilis filem pertama arahannya, Phantasmagoria: The Visions of Lewis Carroll dengan dia sendiri bakal membawakan watak Lewis Carroll, penulis novel klasik Alice in Wonderland dengan skor filemnya dihasilkan oleh band Marilyn Manson, termasuklah beberapa alumni NIN yang lain, Chris Vrenna (dram, keyboard) dan Jeordie White/Twiggy Ramirez (bass).
Trent Reznor sendiri sebelum The Social Network, pernah menerbitkan beberapa album runut bunyi untuk filem-filem seperti Natural Born Killers dan Lost Highway, tetapi yang paling hampir untuk sebuah skor original untuk filem ialah apabila dia diminta Mark Romanek yang kerap mengarah video-video muzik NIN untuk menghasilkan skor untuk filem One Hour Photo sekitar tahun 2001. Trent Reznor ada menghasilkan beberapa trek tetapi akhirnya projek ini tidak digunakan untuk filem tersebut. Hasil rakaman ini bagaimanapun dirilis Reznor sebagai sebahagian dari CD tambahan untuk pakej DVD Live NIN - "And All That Could Have Been" yang dipanggil Still. Salah satu trek yang saya minati - 'Leaving Hope', anda boleh dengar di bawah:
...tapi yang paling klasik ialah bila David Fincher menggunakan salah satu trek NIN - "Closer" versi remix Coil, sebagai muzik latar untuk kredit pembuka filem Se7en rekaan Kyle Cooper yang sampai sekarang orang kata, "kau tak payah tengok filem tu sampai habis. Tengok title dia je dah cukup".
Untuk projek akan datang, Trent Reznor dijangka bakal menghasilkan skor filem untuk filem terbaru David Fincher, "The Girl with the Dragon Tattoo". LP penuh How To destroy Angels juga baru selesai dan bakal dijadikan album percuma bagi versi digital.
muat turun:
- 5 trek dari album runut bunyi filem The Social Network
- EP 6 trek How To Destroy Angels - projek muzikal Trent Reznor pasca NIN
- 'The Slip', satu-satunya album percuma NIN, khas buat peminat mereka.
- "Ghost I-IV", album berkembar 4 NIN, beberapa trek dibuat revisi semula untuk filem TSN. 9 trek pertama dari album ini diedarkan secara percuma di laman web "Ghost".
sumber foto : Hollywood Reporter
Friday, February 25, 2011
...this is the closest we get to Kraftwerk
"dulu ku ingin beli gitar, tapi ku miskin susah payah. sekarang aku sudah kaya, beli komputer, campak gitar..."
guys, introducing : Francisca Peter. and the year is 1984. if only i could revive my industrial / electronic project and we can cover this.
eat that, MGMT! haha!
thanks Acit and abangcantik for this.
you might also like : Sudirman - 'Foxy Girl'
Saturday, February 19, 2011
This town don't feel mine, I'm fast to get away.... : Deftones Live in Kuala Lumpur
"...the other day when we were playing in Kuala Lumpur, there is a point in the set where I just stopped singing cause the crowd was singing so loud. Like I just held the microphone up and there was like... we've been all over the world and... I've never heard a crowd sing back to me as loud as they were. And I didn't even ask them to. They were just like... It was amazing. It was my first time there so that was the feeling and I... they were singing into a song that came out in 2000, that's like 11 years old, that song that we were playing and they were singing along to it. It was like... you know.. it's amazing to just be in this part of the world so far from home and to feel that love. It's awesome." - Chino Moreno, in an interview with RAZOR.TV
sebagaimana tradisi penulis blog lain yang lebih banyak letak gambar daripada menulis tentang subjek yang dilihat mereka (and most of them don't have a clue about it), i'll do it so.
nah...
honestly, it was a full blast show. and sometimes i could not believe myself that i just watched this band live. and after i read the last blog entry i posted, i couldn't believe myself that i spent long years of my adolescent with this band.
saya boleh rasa perasaan mereka-mereka yang hadir bila ramai peminat yang hampir sebaya, ada yang dah status bapak orang mula tinggalkan anak bini untuk satu tarikh ini saja, menjadi muda kembali atau jadi 'budak scene' balik semata-mata kerana mahu merasa semangat melayan Deftones sepertimana usia remaja mereka dahulu.
banyak betul catatan seperti 'aku tunggu 15 tahun!', 't-shirt Deftones aku yang dulu muat sekarang dah tak muat!', .... 'woh, kena jamming balik ni' (ini perbualan antara rakan-rakan band yang reunion balik semata-mata kerana Deftones) yang dapat saya baca.
peminat Malaysia dapat bonuslah juga bila Chino Moreno melagukan baris 'No Ordinary Love' pada beats mesin dram yang dimainkan Frank Delgado, cover Sade yang mendapat pujian pengkritik sebelum ini walaupun separuh. bear in mind, jarang nak dapat mereka mainkan cover. malah lebih daripada itu, 'Back To School' yang tidak tersenarai dalam setlist juga dimainkan kerana gema sorakan satu KL Live yang mahu lagu itu dimainkan walaupun faktanya itu bukanlah lagu yang digemari Chino, lalu menjadikan 26 lagu yang dimainkan Deftones untuk persembahan bersejarah di Malaysia malam 14 Februari itu. KL Live memang packed dan amat kecil untuk band seperti Deftones.
saya sempat bertemu Abe Cunningham, pemain dram dan Sergio Vega yang mengisi tempat Chi Cheng sebagai pemain bass sebelum konsert selamat 13 minit (lebih 3 minit dari masa yang ditetapkan iaitu 10 minit sebab mereka cool sangat bila bersembang, macam dah geng lama...). they're really nice guys. sempat juga sesi foto sedang saya dengar pihak penganjur sendiri pun tak sempat nak ambik gambar dengan diorang. malah sesi 'meet & greet' yang sepatutnya lebih mesra (cuba lihat sesi Meet & Greet di Singapura) pula lebih ke arah 'signing session', ambik autograf dan cabut. tapi saya tak jumpa Chino untuk bertanya tentang liriknya yang surreal itu, malah sesi temubual juga hanya dihadkan untuk album baru dan tour di sini (walaupun saya boleh pusing dengan bertanya tentang band asal si Sergio, Quicksand.... dah lari topik, bai. tapi Abe okay saja).
but i was lucky enough to stay in front of Chino, betul-betul di hadapan stage, head to head, saat dia membuka persembahan dengan 'Birthmark'. ini pengalaman yang surreal bagi saya. wajah yang samar-samar di dalam filem The Crow : City of Angels itu akhirnya kelihatan jelas di depan saya.
dan bila dapat berinteraksi melalui lagu 'Be Quiet and Drive', my manly tears almost fall, sebab banyak kisah peribadi saya dengan lagu ini. sebab-sebab saya tinggalkan kampung juga boleh dibayangkan melalui lagu ini.
jika anda ingin lihat sendiri intensity persembahan mereka dan adrenalinnya yang meluap-luap, saya sempat rakam 2 video di bawah. maaf tentang kualiti audionya sebab saya belum dapat rakaman audio yang lebih baik,.... tapi cukuplah jika anda mendapat gambaran visualnya.
p/s : konsert Deftones hari itu jatuh pada 14 Februari, tarikh yang sama dengan hari lahir seseorang yang rapat dengan saya, Epifah Othman. saya harap hari lahirnya hari itu ialah yang paling bermakna buatnya, bila mengingatkan kembali yang saya tak pernah buat sesuatu yang menggembirakannya bila masuk tarikh lahirnya, and i don't want it become an anniversary of uninteresting event. no it's not.
p/s/s: market Tiz Zaqyah rupanya.... kalau tau, aku tak nak meng'groupie'kan diri dengan Sergio dan Abe petang tu dan join black carpet hell. Urgh...
Feature above from The Star newspaper. Thanks to @TizTizTiz and @SuzieanaNaim for the updates.
more photos of Deftones concert in my Facebook page.
Labels:
concert,
deftones,
Music,
tiz zaqyah
Sunday, February 13, 2011
aku bukanlah hardcore fan Deftones yang simpan diskografi definitive yang tak termasuk dengan t-shirt sekali,....
... aku sebenarnya ada jugak masa on/off dengan Deftones, but for God's sake, it's just a goodie bag with Cadbury choc and Deftones CD you already had, not something came out from outer space!
it was off for me sebab the music wasn't there with me all the time. that's unfortunate, i never asked for that.
ok, permulaan tulisan ini sebenarnya ialah jawapan bagi peminat setia Deftones yang tak puas hati bila sidang media tentang kedatangan Deftones ke Malaysia menyambut media dengan coklat (sebab tema Valentine's) berbalutkan sampul Deftones. tak cukup dengan itu media diberi CD Deftones (ini prosedur biasa. media perlukan CD untuk mengkaji muzik mereka.) kata fans, takkan CD Deftones tak cukup-cukup lagi kot? bukannya sidang media tu bawak Deftones sekali pun. tak boleh ke tunggu hari konsert?
but let me tell you a story,...
ingatan awal saya, arwah ayah saya juga secara tak langsung memperkenalkan Deftones kepada saya sekitar 1997. kalau dia pergi menyewa tape VHS, sebelum zaman DVD, untuk menonton filem-filem terbaru ataupun dah tahap klasik, saya kena ikut arwah. saya budak sekolah lagi, baru 16 tahun, maknanya belum layak menyewa tape VHS ini di kedai sewa kecuali dengan sesiapa yg berumur 18 tahun ke atas. saya nak sangat tengok filem The Crow. banyak legenda The Crow yang saya dengar sebelum itu. kematian anak Bruce Lee, dan soundtrack kicked ass-nya yang ada penampilan Pantera, Rage Against The Machine, NIN dengan cover Joy Divisionnya iaitu 'Dead Soul', Stone Temple Pilots, Helmet, My Life with Thrill Kill Kult,... akan tetapi saya tak menyewa filem pertama , tapi terus ke filem keduanya, yang saya paling ingat , ada Iggy Pop. ini bukan filem terbaik The Crow tapi pada saya ketika itu, saya enjoy menontonnya. kemudian tibalah babak klimatik. watak Ashe Corven pergi ke tempat Judah untuk menyelamatkan Sarah dan ketika itu juga festival "Dia de los Muertos" (Day of the Dead) sedang berlangsung dengan sebuah band sedang beraksi. permandangan ini sangat cool. vokalisnya nampak samar-samar dengan dreadlocknya (dulu tak pandai nak sebut) tetapi muziknya membangkitkan. Trek ini iaitu "Teething" dibawakan oleh Deftones. itu pengalaman terawal saya akan band dari Sacramento ini. saya mengambil masa setahun untuk discover mereka tetapi dengan rujukan yang terhad.
Chino in The Crow : City of Angels movie
pertama kerana saya berada di Terengganu. albumnya sukar didapati. kalau dalam bentuk kaset, hampir mustahil. malah di kedai kaset yang menjual 'pirate copy' pun sukar didapati. saya hanya boleh bayangkan muzik mereka melalui ulasan tentang album pertama Limp Bizkit, "Thee Dollar Bill, Y'all" (time orang tak paham diorang lagi sebab rapping Fred Durst tak jelas, banyak menjerit. tak mainstream lah masa tu. ). Limp Bizkit dalam ulasan Daryl Goh itu dianggap seperti 'album keluarga Korn dan Deftones'. saya pernah dengar Korn, tetapi melalui ulasan Daryl ini, saya boleh kata mungkin muzik Deftones ringan tetapi tetap melantun, mungkin street cred dia macam Fred Durst dengan imej skateboarder berseluar londeh pantai barat Amerika, mungkin ada rapping. kemudian saya baca satu isu majalah ROTTW sekitar 1998 tentang satu konsert yang ditonton seorang pembaca, Raja Mahariz iaitu konsert Deftones di UK yang menambahkan lagi vocabulary saya tentang Deftones. akhir tahun pula, saya mendengar album pertama Soulfly dengan penampilan Chino Moreno, vokalisnya di dalam album itu. gambaran saya hampir dekat. Chino juga tampil dalam album kedua Korn, "Life is Peachy" membawakan cover Ice Cube, "Wicked" tapi ini sahaja rapping Chino yang berat hip hop sebegini. Chino mahu menyanyi sebenarnya. kemudian "My Own Summer" dipilih sebagai salah satu trek album runut bunyi filem summer blockbuster 1999, The Matrix.
"My Own Summer" mungkin pembuka telinga ramai Gen X dalam baya saya yang merasakan Deftones ialah jawapan kepada emosi mereka. mungkinlah kalau pada muziknya, tapi secara serius, lirik Chino sukar sekali difahami. surreal amat. malah dalam liga nu metal ketika itu pun, lirik Chino yang perlu dikaji berulang kali. dapat saya rasa rujukan sastera berat yang sampai sekarang belum saya sempat tanya pada Chino. tengok sajalah tajuk-tajuk lagunya, "Lhabia", "Lotion", "Rickets", "Minus Blindfold", "Engine No 9". seolah-olah ia dipilih secara rawak sebagai working title yg akhirnya menjadi nama akhir lagu.
pertengahan 1999 pertama kali saya meninggalkan Terengganu untuk menyambung pengajian di sekolah seni di Shah Alam. bila berhijrah, saya bayangkan pengetahuan muzik saya pun mungkin turut berhijrah sekali. saya masa tu masih lagi mendengar Marilyn Manson secara religious, sedang cuba khatam Nine Inch Nails, dan dalam masa yang sama membawa minat pada muzik Korn dan Sepultura. saya rasa benda itulah yang saya kerap ulang ketika itu sedang perlahan-lahan meninggal muzik dari Pearl Jam, Soundgarden, STP, Sonic Youth, Nirvana kerana pengakhiran musimnya (tapi dalam hati berkata," sampai KL ni tolonglah jumpa mana-mana album Tool. aku dah penat kot berulang pergi kedai kaset kat Plaza Perdana ulang benda sama.) satu pesan rakan-rakan band saya di Terengganu ketika itu sebelum meninggalkan mereka yang tak pasti jika akan turut berhijrah sama atau kekal di Terenganu, "Mat, kekgi mung tolong cari kaset Deftones."
hari pertama saya di sekolah seni, saya ditegur oleh seorang pemuda budiman berfesyen formal untuk kelas hari isnin dgn tema korporat, tapi masih kuat essence chicanonya. "Muka kau macam Chino, lah", kata pemuda ini yang mulai hari tu kita kenali sebagai Man anak Pak Rasid atau lebih kerap dipanggil Man Gemuk (sekarang dah tak gemuk lagi". Balas saya, "Aku kenal orang yang kau sebut tu,... (tapi dia tak kenal aku)". teguran itu cukup untuk buat hidup saya mula huru-hara sejak hari itu. Man sebenarnya sedang pasang impian untuk buat band dan naik gig. band-band yang tengah naik ketika itu: Prana, Love Me Butch, Lyme, Koffin Kanser, Stone Angelina (hello, Zeddie, ngeh ngeh ngeh....), X-cited Screamers (hello, Alel..... ok, cukup sesi menaikkan nama kroni!),.... sekurang-kurangnya mesti ada rujukan dari Deftones. mesti. jadi Man Gemuk yang pegang gitar masa tu dapatlah kumpul anggota lengkap band yang turut dibarisi Man Sarawak (2nd vokal), Andaq Fitri (bass) dan Cipan (Irfan - x-The Times, dram) . antara 2 lagu yang kami kena study masa tu ialah "Headup" dan "My Own Summer". agaknya sebab band dah agak mantap masa tu, first time jamming, Man dah marah aku sebab tak dapat deliver part Chino menjerit. itu kira common practice lah. tapi memang betul pun, kalau first time dengar Chino menjerit dan itu juga kali pertama anda cuba bawa lagu itu, you have to be very technical about it. it's the first time i take screaming very seriously. bila Man Gemuk bawa sorang senior di tempat kami belajar untuk cover part jerit "Come shove the aside" tu, i was goosebump and at the same time jadi segan. Desibel jeritan saya tak power sebenarnya. kalau banding dengan senior ini, ibarat langit dengan bumi. perlahan-perlahan, i feel like neglecting this band. bukan apa, sebab saya rasa tak ready. im not into this rockstar mode yet. pelajaran saya pula terganggu. pada masa yang sama juga saya kembali ke Terengganu bertemu rakan-rakan lama saya. saya tak jumpa kaset Deftones yang dicari. tapi saya beli CD Deftones - "Around The Fur" yang lagi berat dari album pertama Adrenaline, juga ada Max Cavalera di bahagian vokal pada lagu "Headup". tak lama kemudian muncul pula Slipknot. saya rujuk album-album ini kerana jeritan dan nyanyian. itu tahun 2000. itu musim nu metal. vocabulary muzik saya berubah tapi, tapi ikut trend. tapi masih bukan sesuatu yang didengar di radio. kalau masa buat projek akhir pengajian, member pasang "Mambo No. 5", ia buat saya terganggu sebab saya seperti diset untuk dengar muzik trend ini sahaja.
Man Gemuk bagitau aku, aku tak banyak tinggalkan elemen kampung masa dengan band. dia kata aku still dengan rock kapak, kawan dia kata aku masih dengan grunge (itu yang paling tepat barangkali). Man kata Tool grunge, tapi Aenima bukan album grunge dan masih relevan sehingga sekarang. Man pinjam semua kaset Marilyn Manson aku tak pulang-pulang sambil mengutuk awek gotik di fakulti. Masa tu Machine Head dah jadi nu metal dan dibahan Pantera.
akhirnya album ketiga Deftones - "White Pony" keluar. ini album bersejarah. pertama sebab ada Maynard Keenan dari Tool yang Man dok kutuk grunge ketinggalan zaman tu pada trek "Passenger". ia juga album yang kurang heavy tapi penuh lapisan. ia buat bunyi Deftones macam diorang main dalam kabus. permainan keyboard oleh Frank Delgado makin prominent sejak dia jadi anggota tetap. pada trek "Teenager", ia kuat dengan elemen elektronik dan trip hop macam yang saya dengar pada album Massive Attack 2 tahun sebelum itu. saat itu juga perasaan analitikal saya pada muzik mula timbul perlahan-lahan. orang semua dok kata Deftones dah jadi slow dan diorang pun dah malas nak layan. diorang nak lagi heavy macam Slipknot. pada mereka yang ikut trend ini, Deftones telah mengubah catatan sejarah nu metal buat mereka jadi benci (lalu berubah kepada emocore At The Drive In, atau new wave of American heavy metal Lamb of God atau emo mekap My Chemical Romance, atau emo pop Fall Out Boy, bergantung pada penerimaan). album ini paling kerap saya dengar, tapi tak pasti pula pada rakan-rakan saya. tak pernah dicadangkan untuk cover di studio jamming. malah kami tak pernah sebut pun apa-apa tentang album ini sebab kami cuma nak jadi makin heavy je. bila heavy, mula la orang semua nak bertempek di studio lalu bertanya, "Uih! Dahsyatnya band hangpa". sekadar contoh.
band akhirnya tak ke mana-mana, tamat di tengah jalan. saya sambung pelajaran di Machang pada tahun 2002. sepanjang di sana, pencapaian saya yang paling hebat mungkinlah dapat racun 2, 3 roommate untuk layan Deftones dan pergi mampus dengan muzik Sheila on 7 (sebelum mereka menjudaskan diri dengan melayan Dewa 19 tahap ambik dadah). video muzik "Digital Bath" jadi makanan harian kami. saya pula yang dah malas dengan format band yang mengecewakan, kerap bereksperimen dengan perkakasan muzik elektronik (oh, NIN dengan Tool tak pernah tinggal). saya tak tahu kenapa saya sukar sekali nak emninggalkan Deftones walaupun kerap dikutuk senior sebab tak ada melodi. nak heavy saja (itu sebab dia cuma rujuk pada album awal barangkali). bila album self titled Deftones keluar pada tahun 2003, saya jadi teruja walaupun album Deftones tetap sukar dicari (saya dah pindah kembali ke pantai timur, harap maklum). tapi perkembangan internet (walaupun Machang masih bergantung harap pada dial up) buat saya kerap ambil tahu perkembangan mereka. website interaktif janaan Flash mereka jadi rujukan grafik saya. video flashnya cuba dimuat turun walaupun tak muat floppy disk (thumb drive belum grand lagi masa tu). trek "Minerva" buat saya nak melawat Kedai Buku Minerva kat Jalan TAR, KL. ada perasaan untuk jadi pengumpul tetap Deftones. saya rasa album White Pony edisi terhad warna merah perlu jadi koleksi wajib.
tahun 2005, saya di Terengganu, jadi penganggur tetap. di ketika itulah, rakan saya buatkan CD mp3 dengan album self titled mereka. tahun yang sama juga Chino Moreno keluar bersama projek trip hopnya yang telah lama dirancang (sejak saya di Machang lagi) bernama Team Sleep. tiba-tiba tahun itu kedua-dua album ini jadi bahan putaran paling kerap. album self titled mahu jadi heavy semula tetapi tetap tidak mahu memakai nama nu metal. rakan saya yang lain yang dah bertukar pada Dillinger Escape Plan atau The Killers, mungkin rasa ini masih album nu metal ataupun merasakan perubahan Deftones itu buat mereka jadi malas. tapi ada sesuatu tentang album Deftones, saya rasa mereka cuba meneroka daerah muzik yangberbeza tapi saya sendiri tak pasti ke mana. bunyian keyboard Delgado meninggalkan jauh zaman saya di Shah Alam bersama band Man Gemuk. jauh sangat. setahun kemudian saya banyak mengkaji seni kulit album Factory Records, termasuk muziknya. tahun itu juga saya mula jadi staf tetap ROTTW. bila saya mula mengkaji seni grafik post punk di UK, ia membawa saya ke UK. ketika itu jugalah saya diperkenalkan dengan muzik shoegaze My Bloody Valentine, band-band post punk serta band era Madchester. saya mula menulis artikel untuk bahagian seni visual pada muzik untuk ROTTW tapi saya tinggalkan bahagian muzik untuk penulis lain. bila keadaan itu berlaku, pengetahuan atau sifat analitikal saya pada muzik masih terhad. kerja saya banyak berkait dengan menemuramah pengarah video muzik dan artis grafik berbanding menemuramah pemuzik. bila saya bertemu Maya Suaraya (yang banyak berkongsi citarasa muzik yang sama) dan menyertainya sebagai penerbit jemputan untuk program radio Rock It her Way (kemudian Alternation) di TraxxFM lewat 2006, keadaan berubah sedikit. saya mula menggali muzik lama tapi punya pengaruh terhadap muzik sekarang. masa tu saya gilakan Depeche Mode (Deftones pernah cover lagu "To Have and To Hold" dalam album tribute DM - "Music For The Masses"). Maya pula kerap mainkan The Smiths dan The Cure yang sebenarnya punya pengaruh pada Deftones tapi mungkin kurang diketahui. dalam program radio sulung itu, saya memasang satu trek dari Deftones - "Beware" yang masih belum diriliskan, dari album terbaru Saturday Night Wrist. trek itu sebenarnya sudah hampir kepada penerokaan saya pada elemen luar dalam muzik Deftones. malah saya juga sempat dengar album terbaru ini secara penuh, tapi sekali sahaja, belum sempat untuk mengkaji. tetapi tahun 2007 dan seterusnya saya mula tinggalkan dunia muzik dan journalism saya. selebih ianya jadi era inferiority complex bagi saya. teman wanita saya ketika itu tak banyak membantu. dengan dunia muzik mula berubah pola pendengar dan coraknya, dengan kebangkitan pemuzik bebas tanahair, dan muzik berat dan post, kematian format fizikal dan kehilangan fungsi bagi major label, dunia muzik sebenarnya berubah secara drastik tetapi saya tak mengikut corak ini. saya banyak berkurung di bilik dengan bekalan internet terputus.
ini ialah hasil berkurung tanpa internet saya, ilustrasi Chino yang selamat saya publish dalam magazine ROTTW V.164, Dec 2010
itu yang saya maksudkan dengan on/off saya dengan Deftones di permulaan penulisan ini. faham maksud saya?
bila mereka keluar dengan album terbaru, Diamond Eyes, saya jadi makin tak kisah sebab album Saturday tu , saya boleh kata sebagai 'forgettable' malah buat peminat Deftones sendiri.
tapi tahu tak,... semasa saya kerap berulang-alik dari Shah Alam ke Batu Caves pada tahun 2009 (saya kembali ke majalah, tapi secara separuh masa, mula menulis kembali) sekurang-kurang pasti ada 2, 3 lagu Deftones (dari album White Pony selalunya) di pemain mp3, atau lagu Team Sleep. bila mendengar cerita tentang tour Deftones di tanahair, saya rasa saya perlu melakukan sesuatu. saya menulis biografi mereka dan itu proses menggali semula muzik mereka. ini untuk ruangan Mitos Moden di majalah ROTTW. bila keadaan ini berlaku, anda perlu mendengar muziknya. semua album. saya dengar album Saturday Night Wrist kembali, dan saya perasan betapa album ini mula menyumbat elemen post rock pada beberapa lagu. album Diamond Eyes dengan Nick Raskulinez di meja penerbit buat Deftones terarah pada elemen rock moden, tapi lebih berat. tetapi sesuatu yang pasti, bila mereka sendiri sebenarnya yang mencorak muzik rock moden yang kita dengar hari ini, mereka kedengaran lebih baik dari band-band kotemporari hari ini. mereka boleh saya panggil sebagai experimentalist. mereka tidak mencipta konsep muzik nu metal yang kita dengar sebenarnya tetapi mereka berevolusi dengan muzik ini. kerana itu mereka masih kekal dan punya pengaruh yang besar. berat Deftones sukar sekali ditiru band lain, ia berbunyi tersendiri. bunyi gitar Stephen Carpenter pelbagai, dia boleh jadi seberat-berat makhluk yang brutal tetapi boleh berubah kepada elemen lembut atau jiwang sedang masih kekal metalnya. bolehkah anda melakukan yang sama. saya pernah baca Joe Satriani pernah keluar rumah dengan kereta sambil mendengar trek "Minerva" yang menarik perhatiannya. ini bukan lagu dengan gitar solo atau yang senior di Machang dulu kata, 'tak ada melodi', tetapi riff Stephen Carpenter pasti punya jiwa yang sukar diterjemah pendengar, sukar ditiru pemuzik sealiran. Chino pula dalam temuramah pernah berkata bahawa dia cuba menjiwai penyanyi-penyanyi wanita yang boleh membawakan lagu lelaki, seperti PJ Harvey. ambil contoh "Be Quiet and Drive". itu vokal 'wanita' atau sisi lembut Chino Moreno. perkara yang dah lama saya nak buat berbanding menjerit tak sudah. kalau dalam album terbaru, Deftones ada 'Beauty School' sebagai lagu dengan jiwa wanita. kalau tak percaya cuba tengok pembawaan awek kat bawah ni secara akustik. ia merentasi pelbagai genre dan jantina bagi pendengarnya.
tak sampai beberapa jam lagi, Deftones akan membuat persembahan sulung mereka di KL Live. jika berkesempatan saya akan menemuramah mereka. kedatangan mereka dicanang pelbagai blog hiburan, rancangan televisyen seperti Melodi, malah selebriti tanahair juga turut melobi akan pergi menonton Deftones (hello Fasha Sandha, nanti datang pakai t-shirt Quicksand tau?). ini ialah senario yang pelik bagi saya. tapi yang pasti, bukan saya seorang saja yang punya cerita peribadi tentang Deftones. malah saya akan bertemu ramai rakan saya di sekolah dan di universiti atau rakan zaman 'gemilang' dengan band dulu. kami akan ingat balik kisah lama kami membesar dengan Deftones.
Deftones saya ibaratkan minat peribadi yang tak diceritakan pada umum, dan bersarang di dalam hati. malah saya tak tunjukkan minat ini melalui perbuatan macam mengumpul banyak CD atau t-shirt. sifatnya masih seperti zaman remaja saya dulu : sukar dicari. tetapi band seperti Deftones tak perlukan radio popular supaya lagu mereka hidup. itu yang pasti.
buat semua peminat Deftones, enjoy the show!
Labels:
concert,
deftones,
Music,
Music video
Subscribe to:
Posts (Atom)