Followers
Friday, October 01, 2010
Video muzik metal dah mati. Seriously...
"Pada saya, video muzik telah menjadi begitu membosakan sejak akhir-akhir ini. Terutama sekali video muzik metal. Saya mahu menghasilkan kembali video muzik yang kelihatan menarik dan tak perlu belanja sampai US$200,000. Sekarang ini kalau anda tengok, semua video muzik menunjukkan band bermain di satu lorong di sebuah bangunan, ataupun di kawasan tinggalan dan mereka cuba menunjukkan betapa 'metal'nya mereka. Kita dah selalu sangat tengok benda ini semua. Kita pergi melihat persembahan live mereka dan melihat bagaimana mereka cuba 'rock' secara live. Jadi, kenapa tidak memberikan peminat-peminat anda sesuatu yang berbeza? Tambahan pula, penonton sekarang dah macam terkena sindrom ADD. Mereka tonton video selama 60 saat kemudian terus berlalu pergi." - Sean O'Connor
Ada kebenaran juga kata-kata Sean O'Connor tu. Saya rasa, susah sekali untuk saya namakan video muzik metal yang tahap 'remarkable' sejak 2 menjak ini. Di atas ialah petikan temuramah saya dengan Sean yang membicarakan tentang video muzik 'fanmade'nya yang dihasilkan buat band cybergrind Genghis Tron iaitu "Endless Teeth" dari album "Boarding Up The House". Sean mengeluarkan belanja sendiri dan mengambil masa setahun untuk menyiapkan video muzik ini (dia menghasilkannya ketika masa lapangnya memandangkan dia punya komitmen pada projek lain). Motivasinya ialah untuk memberikan sesuatu yang tak pernah dilihatnya dalam sebuah video muzik metal. Anda boleh baca temubual saya dengan Sean dengan lengkap dalam majalah ROTTW keluaran akan datang.
Anywayssss........, di bawah ini ialah video muzik "Endless Teeth". Ajaklah anak anda sekali menontonnya. Kalah rancangan Teletubbies, Barney mahupun Pico Pico Pong Pong.
More of Sean's art here: seanoconnor3.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
since this is my first comment..hello!
idea sebegini mmg diperlukan utk video yg lebih segar..
salam,
benda ni pun macam copywriting jugak kalau biasa berkerja dalam bidang advertisement.
idea yang mudah kadangkala boleh memberi impak yang besar. pengarah video muzik perlu berani melanggar batas visual, dan dia juga perlu faham muzik yang cuba dia bawa kepada bentuk visual, sebab kadang-kadang saya tengok pengarah ni bukan peminat muzik pun. dalam interview saya dengan Sean, dia mengangkat Chris Cunningham sebagai pengarah yang diminati terutama sekali video muzik Aphex Twin dan video Rubber Johnny. dan Sean ni memang peminat Genghis Tron, sebab tu dia secara sukarela nak buat video muzik ini. so, it works.
kreatif....happy tree friend.hehe
I love teletubbies :)
btw, I'm doing great. how bout you? miss you too ;)
waalaikumsalam..interview dengan Sean mesti ada sesuatu menarik. nanti saya cari ROTTW..
walaupun kreatif, aku tak nak tengok kali ke-2.
Metal is about machismo. Kalau klip tak macho, it will be forgotten.
Abang Ben: saya faham maksud tuan. dalam pada ianya kreatif, maksud lain video ini ialah untuk menjentik video muzik metal yang ada supaya work out balik persembahan video muziknya, tak adalah lepas ni ianya nampak sama. Sebenarnya Sean baru je siapkan video muzik Cephalic Carnage. saya tengah tunggu video muzik ini release. alang2 Abang Ben kat sini, boleh senaraikan video muzik pilihan? :)
Kaboi Tanduk : interview tu menarik tapi takut apa yang saya paparkan kat sini je yg paling menarik, yang lain biasa2 je.
Gaban: happy tree friend sounds like Mogwai video.
Lara : im not doing great for past 5 months, ie; those period we;'re not connected. but im glad to have you back here.
aku suka video yang ada jalan cerita macam Michael Jackson punya clip...
TWISTER SISTER We're Not Gonna Take It
METALLICA One
dan juga yang ada humour
HELLOWEEN I Want Out
omg..lama xdgr nama pico pico pong pong disebut..oleh itu izinkan saya menyanyikan part lagu itu yang paling saya suka.
PICO PICO PONG PONG PICO PICO PONG PONG PICO PICO PICO PICO PICO PICO PONG PONG!
l0veyd0veyd00 : berapa umur awak skang? if i can remember corectly, the show was on tv circa 1996, sebab masa tu tayang petang selasa lepas saya abis tengok rancangan Alternatif (that legendary music program on alternative rock music) kat tv3. so, Pico Pico Pong Pong stuck in my head for a long time. it's Japanese tak silap.
Abang Ben : eh, Iron Maiden tak masuk list ke? "Can I Play With Madness". klasik tu. ada Graham Chapman lagi.
Saya meninggalkan bangku sek men pada tahun 2001 dan memasuki universiti pada 2002. Dah try youtube benda tu tapi xde :(
Helloween sangat best didengar ketika bermain Dota ataupun ketika sedang memandu...weeeee! Ni since Abang Ben ckp vid clip dia best, baru rasa nak google..selama ni dgr lagu and tgk konsert dia je, xterniat nak tgk vclip dia..huhuh
hehehe...simple dan lain dari pada yang lain...^^'
l0veyd0veyd00 : (to Abang Ben) "Sam, tengok dia main Dota sambil layan Helloween!!!" anyway, program jepun memang susah lah nak jumpa kat Youtube. saya pun tak sure kalau Pico Pico Pong Pong tu dieja dengan tepat, tapi itu yg saya kerap dengar dulu. Saya kena periksa balik tape VHS kat rumah yg saya buat record Alternatif dulu (yang selalu ayah saya erase, record filem Hindustan.)
grOundnUt : mana kamu tahu simple? payah juga nak membuat set dia tu, nak mengecat lagi, nak potong cardboard lagi. baik kamu suruh band main instrument kat lorong2 je sambil berpakaian serba hitam. metal!
Post a Comment