Followers

Friday, October 01, 2010

Saya sudah mula menyukai album ini, that is "Matador" by Zoroaster



Dalam album "Matador" ini, band yang berasal dari Atlanta, Georgia yang punya keinginan meneroka muzik 'primal, concrete sludge-doom' ini tampil dengan vokal yang lebih clean yang buat saya rasa macam dengar album kategori shoegaze. Betul. Ada yang mengibaratkan salah satu trek mereka, "Spirit Molecule" (dari album Voice of Saturn) seperti versi metal untuk trek "Only Shallow" dari My Bloody Valentine sedang saya sendiri merasa semangat Kevin Shield pada trek "Firewater". Ada yang menganggap Zoroaster sebagai rip-off kepada Electric Wizard, but c'mon... I heard a lot of Black Sabbath here! Maksud saya, banyak band yang mendapat manfaat (baca : ilham nak buat band) selepas munculnya Black Sabbath. Dan ada 60 atau 70 buah band saja kot selepas itu yang betul-betul original. Nak saya breakdown lagi? Motorhead. Melvins. EyeHateGod.



Cuba album ini kalau anda rasa metal hari ini macam dah mati je.

Ilustrasi kulit album ini dibikin oleh Brian Mercer yang sebelum ini pernah membikin seni poster untuk Black Tusk, Small Stone, Pentagram, Down, Saint Vitus antaranya. Boleh layari laman webnya di sini: http://mercerrock.com/index.php

2 comments:

Dr. Bentara said...

best. Sound pun heavy!

Blitzenius said...

saya sebenarnya agak terkejut juga sebab album baru Zoroaster ni pretty accessible di telinga saya. mungkin sebab dia ada elemen-elemen yang familiar pada saya, tapi mungkin tidak pada peminat sludge yang tepu.

tapi ya, album ni best. heavy ada, akustik pun ada (lagu nombor 8 "Odyssey II").

Related Posts with Thumbnails