Followers
Saturday, September 18, 2010
The Social Network, music by Trent Reznor & Atticus Ross : ok, dah keluar...
5 trek terawal (atau 6 jika anda mengambil kira trek pertama "Hand Covers Bruise" yang boleh didengar di laman web filem "The Social Network") gubahan Trent Reznor dan Atticus Ross sebagai skor filem yang disebut pengkritik filem Peter Travers sebagai 'perlambangan satu dekad', The Social Network kini sudah mula beredar di dalam web Null Corp yang dimiliki Trent Reznor selepas dia menjadi agen bebas keluarnya dia dari major label Universal Music. Muat turun 5 trek percuma di sini: http://www.nullco.com/TSN/
Ia kedengaran seperti album Nine Inch Nails iaitu "Ghost" tetapi lebih fokus. Malah dalam satu trek, "Pieces Form the Whole", ia punya elemen yang mengingatkan saya pada "La Mer" , salah satu trek dari album NIN - "The Fragile". How To Destroy Angels pada saya masih lagi dalam peringkat percubaan, tapi kalau anda mengikuti kerja-kerja Trent Reznor, anda akan lebih suka The Social Network.
Jika anda menonton beberapa trailer, dan TV Spot filem ini yang kini beredar di laman web YouTube, anda sebenarnya belum mendapat gambaran penuh tentang mood filem ini. (Penggunaan lagu Kanye West - "Power" buat tumpuan anda terhadap adaptasi gelap Fincher dan Aaron Sorkin ini lari jauh sebenarnya...)
Cuba guna sampler 5 lagu ini, 'mute' trailer filemnya, dan cuba bayangkan maksud gelap si Trent Reznor akan filem ini.
The Social Network bakal ditayangkan di US pada 1 Oktober. tapi Malaysia lambat sikit, iaitu bulan November. kalau anda nak tengok dengan saya di pawagam, cuba set jadual pada 19 November.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
19 novenber....aku ade kertas soalan yang perlu diisi
Post a Comment