Followers

Thursday, August 26, 2010

Nasib baiklah Mark Romanek tak ambil job direct filem The Wolfman...

...sebab bila tengok versi yang Joe Johnston direct, i don't feel like it. And i'm not sure i'm gonna like it if Mark Romanek gonna direct it as well.

tetapi saya suka dengan visual di bawah:

dalam pencarian karya yang bermakna untuk dijadikan sebuah filem, Mark mengambil masa yang panjang. mula-mula, namanya disebut untuk mengarah "A Million Little Pieces" yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, dengan diterajui oleh Tom Hanks sebagai bintang utama tetapi tidak berlaku berikutan pra-produksinya seperti neraka.

kemudian nama Mark disebut sekali lagi sebagai pengarah untuk remake filem klasik "The Wolf Man", namun ia bertukar tangan kepada pengarah Joe Johnston. saya tak teruja sangat ketika mendengar Mark akan mengarah The Wolfman walau sudah mengikuti kerja-kerja MTV Mark sekian lama. di bawah, Joe Johnston, walaupun filem ini dibarisi oleh bintang-bintang ternama seperti Benicio del Toro, Anthony Hopkins, Emily Blunt, Hugo Weaving dan Geraldine Chaplin, filem ini gagal di mata pengkritik.

i was , like,... "Ok, nasib baik Mark tak ambil projek ni."

jadi apa yang Mark buat sejak 2005? dia mendapat naskah "Never Let Me Go" tulisan Kazuo Ishiguro, sebuah novel drama dystopian yang membuatkan dia ingin membawa naskah tersebut ke format filem. seperti kata Mark, "Ishiguro's conception is so daring, so eerie and beautiful." Alex Garland mengadaptasi novel ini ke lakonlayar. dan akhirnya trailer di bawah muncul di internet sejak beberapa bulan lalu.



saya jadi jatuh cinta. saya rasa ini haluan yang tepat buat Mark sejak sekian lama mencuri tumpuan dengan hasil-hasil kerja MTVnya yang provokatif seperti MTV Nine Inch Nails - "Closer" yang kini jadi bahan pameran di muzium seni New York. MTV Michael Jackson dan Janet Jackson - "Scream" pula bukan hanya jadi video muzik termahal dalam sejarah tetapi juga menjadi video muzik terbaik bagi tahun 1995, yang membuatkan nama Mark jadi in demand. saya sebenarnya boleh kata hidup dengan MTV arahan Mark ketika remaja, seperti video muzik Sonic Youth - "Little Trouble Girl", Beck - "Devil's Haircut", Fiona Apple - "Criminal",... antaranya. (dulu simpan semua video muzik ni dalam tape VHS yang direkod dari TV, sebelum kita semua ada Youtube). seringkali karya-karya Mark buat saya ingin memasang impian untuk menjadi pengarah seperti Mark. tetapi Mark belum lagi mencuri tumpuan ramai sebagai pengarah filem yang hebat sebagaimana video-video muziknya.

saya tak sabar nak tunggu filem ini. akhirnya tahun ini, ada juga beberapa tanda di buku catatan saya tentang filem yang harus saya tonton, selepas Inception, Kick Ass, Social Network, ... selepas ini ada, Black Swan, dan Scot Pilgrim. tahun lepas lagi teruk pengalaman cinema saya agaknya. dah la jarang ke panggung, saya rasa filem yang betul2 saya layan tahun lepas mungkin hanya "Inglorious Basterds".

di bawah ialah artikel tentang Mark Romanek yang saya tulis untuk majalah ROTTW awal tahun lalu. jika dibaca, Mark memang banyak dipengaruhi oleh Stanley Kubrick. maknanya visualnya sering tampil gila-gila atau dengan proses yang tak dapat kita jangka kalau kita punya dana ciput... tetapi itu bukan alasan sebenarnya. kalau tak, macam mana dia boleh hasilkan video muzik Johnny Cash - "Hurt" yang ringkas, tak pakai efek lansgung tetapi menyentap perasaan.

2 comments:

Fazz Farraney said...

Huraian ttg mark mmg pjg,ternyata u minat btol dgn dis pengarah MTV Blitz...
Hurm...'never let me go'...menarik bunyi film neh..i must watch it in cinema i guess.

Blitzenius said...

ok lah saya minat pengarah kerana kekuatan their body of work tu, daripada minat pelakon filem pontianak tapi berlakon tak macam pontianak pun sebab muka dia hensem saja. (baca: troll alert, sinikal tahap Hugh Laurie versi Amerika dan Josh Graham dalam liner notes Red Sparowes).

kalau nak tengok kat cinema nanti, bagitau la saya. im a lttle bit worried since filem arthouse atau independent macam ni kadang2 panggung kita tak beli, macam "(500) Days of Summer" tahun lepas, so most of had to watch direct-to-DVD version. jadi terpaksa lah awak layan filem "Vampire Sucks". ok lah kan?

Related Posts with Thumbnails