Followers

Sunday, October 02, 2016

Ulasan filem: WARCRAFT : THE BEGINNING, arahan Duncan Jones

Warcraft versi filem ni macam main game juga di mana penonton perlu identify setiap karakter dan misi mereka, malangnya tanpa arahan dan cliffs notes yang jelas, sehinggakan bila ada perubahan pada watak yang tidak diberikan penerangan yang jelas kenapa, pemain yang baru masuk arena akan terkapai-kapai, struggle gila-gila nak adapt permainan ini, tau-tau dah masuk adegan kemuncak yakni battlefield yang menyajikan aksi, malangnya, pendek sangat. Dan anda main tekan je apa butang yang ada di keyboard atau joystick, asalkan watak pilihan anda menang; manusia atau orc (walaupun sebenarnya ia tentang skil menguruskan pasukan anda).

Duncan Jones bersama penulis Charles Leavitt dan Chris Metzen ialah pemain permainan video ini. Jones siap mengaku dia hardcore gamer Warcraft, jadi kita sebenarnya mengikuti permainan Jones yang memadankan permainan ini ke bentuk filem, malangnya pada ketika kita di level pertama, Jones lupa nak unlock banyak feature pada game ini (kebanyakannya pada watak) membuatkan penonton di sebelah saya tertidur, siap berdengkur lagi sebelum masuk level seterusnya iaitu aksi. Saya pula jadi lost. What's going on here, Duncan?

Warcraft ialah penyertaan baru dalam genre fantasi dalam urat yang sama dengan Lord of the Rings, (dengan Jones menyalurkan pada sci fi epik seperti Avatar pada satu dua adegan) dengan cerita yang familiar tapi ambisinya terlalu tinggi sehingga pengenalan watak dan perkembangannya jadi teramat longgar untuk sebuah cereka 2 jam. Plotnya sesak, terkejar-kejar sampai kau tak tau filem ni nak ke mana. Macam main game, kau kena check balik tiap nama watak untuk ingat semula apa tujuan dan matlamat mereka dalam game itu dan tempat kau berada. Peminat video gamenya mungkin boleh relate tetapi ia akan alienate penonton yang tak mengikuti permainan videonya. Dialognya buat aku geleng kepala. Dan gambarnya,... aku tak tau berapa level kontras yang dinaikkan oleh penjaga visual efeknya, sebab dah tak ada beza dengan menonton snippet movie pada permainan videonya sedangkan filem sepatutnya buat aku rasa sinematik.

Kritik awal tak tipu. Tapi aku tak give up dengan Duncan Jones. Big budget di bawah tekanan major studio ni bukan liga dia. I'm looking forward on his next sci fi project, Mute sebab tu baru kena dengan jiwa dia. Tak seperti Fant4stic yang penuh dengan cerita studio interference, kes Warcraft aku letak dosanya di bahu Duncan Jones yang setuju nak buat filem ni dari awal bersama Charles Leavitt (In The Heart Of The Sea, Seventh Son).
4 out of 10

Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell
Pengarah: Duncan Jones

No comments:

Related Posts with Thumbnails