In a nutshell: penyu tidak menangis lagi. But Megan Fox? We should get rid of her.
Kalau filem Turtles tahun 2014 tak diambil kira (saya masih ada isu dengan Splinter ajar Ralph, Mikey, Donnie, dan Leo ninjutsu ikut buku macam Kungfu Hustle) maka filem kedua ini barulah terasa seperti filem Ninja Turtles. Pengenalan Krang agak pelik sebenarnya. Tak terasa Turtles ada sengketa besar dengan Shredder pun tapi lebih kepada "siapakah aku? orang atau penyu?"
Filem ni dibuka dengan adegan turtles tengok basketball game which is the right thing to do sebab filem pertama pendek sangat (bajet banyak habis kat CGI agaknya sampai tak ada masa untuk story to shine). Kita mula tengok turtles sebagai remaja yang adapt pada persekitaran dan punya sosial / minat macam manusia lain juga. It became sad bila dalam gelap, mereka turut mahu jadi sebahagian dari perarakan Day of the Dead, selain parti kostum Halloween sebagai satu-satunya waktu mereka boleh diterima. Semangat filem Turtles tahun 1992 "The Secret of the Ooze" bangkit semula dengan plot mutasi yang menerbitkan Bebop dan Rocksteady (walaupun CGInya terlalu komputer sangat, tak real langsung). Van chase scene dengan explosions adalah forte Bayhem yang memang bersungguh-sungguh minta pengarah Dave Green masukkan elemen itu walaupun filem lain macam Deadpool atau The Dark Knight jauh lebih fun dan mendebarkan bila melibatkan adegan begini.
Pengenalan Casey Jones pun tak janggal (walaupun itulah scene terbaik Casey Jones pun dalam filem ni dengan Casey berubah dari street wise dude kepada beat cop yang lebih serius).
Like I've said, it feels like Ninja Turtles movie like what I've always wanted lebih-lebih lagi bila trailernya mengusik kemunculan Krang dan Technodrone.
Namun plot interdimensional ini mula terasa pelik saat Shredder ditemukan dengan Krang bilamana dengan mudahnya Shredder jadi orang suruhan Krang, too convenient sampai watak Shredder hilang macam tu je. That's the point yang saya rasa filem yang sepatutnya boleh jadi lebih baik daripadada filem Turtles tahun 2014 jadi sama teruk, disia-siakan and a missed opportunity of my favourite characters as a kid. What worse is kelibat Megan Fox yang tak membantu pun masih ada.
Yang bagusnya pada Out of the Shadows ialah konflik dan different personalities di antara Turtles yang mula timbul mulai panas baran Ralph yang tak boleh diubah, mempersoalkan leadership Leo hingga mula buat keputusan sendiri, Leo meragui dirinya boleh menjadi ketua and the wisest turtle among his turtle brothers, Donnie as a nerd yang mula tunjuk potensinya dan Mikey as the craziest and funniest of them all. Finally it feels like Ninja Turtles but that doesn't mean Out of the Shadows ialah lonjakan quantum bagi francais ini. It is still a mess.
6.5 out of 10
Plot: Teenage Mutant Ninja Turtles kembali dengan misi baru di Bandaraya New York, kali ini dengan kemunculan penegak keadilan dalam gelap dengan matlamat yang sama seperti mereka, Casey Jones. Musuh mereka Shredder, terlepas dari tahanan, bertemu pula dengan saintis gila, Baxter Stockman dan bergabung dengan, Bebop and Rocksteady, meneruskan pelan menakluk dunia. Ia jadi tak mudah dengan kehadiran Krang, makhluk misteri dengan niat jahat yang sama.
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, Jeremy Howard, Pete Ploszek, Stephen Amell, Tyler Perry, Brian Tee, Laura Linney
Pengarah: Dave Green
No comments:
Post a Comment