Followers

Tuesday, May 03, 2016

Ulasan filem: Mendadak Dangdut (2006)

Dengan kemeriahan seluruh umat meraikan sekuel Ada Apa Dengan Cinta, untuk berlaku adil supaya aku tak terus-terusan mengata filem itu, aku melawat semula sebuah karya arahan sutradara AADC, Rudi Soedjarwo iaitu Mendadak Dangdut, selepas dia dan penulis yang sama Monty Tiwa menghasilkan crime-drama, 9 Naga.
Pertama, filem ini ada Titi Kamal yang pada aku jauh lebih hot daripada Dian Sastrowakdoyok, tapi dari segi lakonan, filem ini membuktikan yang dia bukan sekadar pretty face (sebab itu aku rasa wujudnya watak Maura dalam AADC, sebab dalam grup tu mesti ada yang lawa terlebih tapi dumb). Bukan takat tu je, dia kena masuk kampung dan menyanyi dangdut, daripada asalnya seorang bintang pop yang reluctant. Watak Petris lakonan Titi dan Yulia (lakonan Kinaryosih) sebagai kakak merangkap pengurus Petris kecoh sebenarnya yang ditulis sebegitu untuk menyampaikan komedi, tapi drama filem ini sebenarnya banyak datang dari sisi lakonan Kinaryosih sebagai kakak Petris yang banyak bersabar melayan adiknya yang seolah-olah tak menghargai segala usaha dalam mengurus kariernya.
Jauh sebenarnya produksi Mendadak Dangdut ni kalau banding dengan AADC. Mendadak Dangdut lebih raw, dan aku boleh nampak betapa low budgetnya filem ni dengan penggambaran ambil masa 7 hari je, dan ada suntingannya tak kemas bila ada adegan yang tak dirakam semula. Rawnya filem ini kerana ia merakam kampung dan penduduk yang serba kemiskinan dan dangdut menjadi medium buat mereka untuk melupakan kepayahan hidup mereka.
Favourite quote:
Veti : Wis, aku bener-bener nggak mau nyanyi buat Mas Rizal lagi. Cari penyanyi lain, Mas. Aku cuma mau goyang pantat!
Rizal : Asal lu tahu ya, yang penting musik! Bukan pantat!
*nota: ikut bahasa Indonesia, 'pantat' itu maksudnya 'punggung'.
Petikan lagu 'Jablai' nyanyian Titi Kamal, OST untuk filem ini:
https://youtu.be/eqg_h738yqUu

2 comments:

yusrina said...

Best ni..

yusrina said...

Jom singgah blog yusrina pulak..

Related Posts with Thumbnails