Followers

Monday, May 30, 2016

Ulasan filem: Captain America: Civil War

(Selepas tayangan untuk para media pada 27 April di dewan IMAX, TGV Sunway Pyramid)

[Mungkin mengandungi SPOILER]

1. Marvel tak bergurau tentang 'adegan airport'. Itu adegan yang power sekali. Dan ia adegan yang sukar sekali hendak dibuat. Simetrikal siap Vision buat garisan ala Azroy "supaya tak terpukul rakan sendiri." Tapi ini Avengers yang terbahagi dua yang asalnya rakan lepak, rakan berparti selepas menundukkan Hydra. Bila dah tak sebulu, hati mereka keras. Kecuali pada satu watak talam dua muka.... Anda mesti kenal dia.
2. Dalam adegan airport, Ant Man buat apa yang dia tak pernah buat dalam filem solonya dulu. Ianya mimpi basah buat fanboys. Eyegasm.
3. Disney sejak pegang rights Star Wars, dalam Marvel pun nak masukkan Star Wars juga.
4. Spider-Man sebagai rekrut baru ialah pencuri adegan. Bukan dari segi aksinya tetapi lebih kepada sifatnya sebagai superhero remaja (bintang YouTube lagi) yang terpinga-pinga bila disedut masuk ke dalam team superhero yang berada dalam keadaan yang berpecah dan huru-hara. Bagaimana Spidey yang mengidolakan superhero lain seperti Captain America berdepan dengan gig pertamanya - bertumbuk dengan Captain America sendiri. Dan gambaran Spidey dalam CA:CW ialah satu keadilan buat peminat komik Spidey. Spidey buat tona gelap CA:CW jadi lebih terang. Tobey Maguire boleh pergi jahanam.
5. Hank Pym memang benci betul kat keturunan Stark.
6. Pengenalan Black Panther tak meleret sangat, seperti, kenapa dia jadi Black Panther. Tapi kita berkenalan dengan dia melalui aksi dan gerakan-gerakan dia yang semestinya berbeza dengan gaya superhero Marvel yang lain. So it's good. Selebihnya disimpan untuk filem solo Black Panther nanti.
7. Ada orang sukakan kucing. Let them be. Dan,... adegan Vision masak untuk Scarlet Witch adalah lebih baik daripada Rangga dan Cinta sembang mi instan kat dapur dalam Ada Apa Dengan Cinta (siap Wanda volunteer nak pergi kedai nak beli gula melaka.)
8. Ianya filem 'Cap v Iron Man'. Sepatutnya. Tapi bukan Avengers.
9. MCU ni sebenarnya dah jadi siri TV berepisod yang panjang musimnya yang mana kalau lain tema dan pengarah, penulisnya, maka lainlah perasaannya ketika menonton. Jadi, Russo Bros dah jadi fan favourite. Saya boleh jamin.
10. CA:CW jauh, lebih jauh menghiburkan berbanding Bat v Supe. But then again, BvS is badly done. Ini macam menang tanpa bertanding masa pilihanraya. Kalau ada yang patut tanya, seharusnya "adakah CA:CW lebih baik baik daripada Age of Ultron?" It is. "Adakah ia lebih baik daripada Captain America: Winter Soldier?" Ini yang sukar saya nak jawab. Civil War punya action set piece yang solid yang menuntut tontonan kedua. Ianya mendefinisikan filem superhero yang fun sedang Winter Soldier ialah political-techno-thriller yang solid juga dari Marvel yang sememangnya berbeza dengan Civil War, a different kind of beast. Saya masih rindukan score political-techno-thriller dari Henry Jackman yang gelapnya yang pastinya tiada dalam Civil War.
11. Tony Stark is banging Aunt May!

P/s: Adegan Tony Stark bertemu Peter Parker di biliknya itu yang paling poignant sekali dalam sejarah MCU.

8/10

#TeamAuntMay

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 April 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: 2 Jam 27 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES (Malaysia)
Pelakon: Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl, William Hurt
Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo

No comments:

Related Posts with Thumbnails