“Video art should not merely be a tool that can convey information, ideas or messages, but should give sharper insights in the way we see the reality which is largely modified by technology and mass media.“ - Krisna Murti
Pada 13 Oktober 2015 yang lalu, selama sebulan Galeri PETRONAS telah membawakan pameran yang bertajuk Video(e)scape di mana ia memaparkan empat karya instalasi video ‘satu saluran’ dengan pendekatan tidak konvensional pada seni video dengan aplikasi multimedia oleh artis pioneer Indonesian dalam gerakan iaitu Krisna Murti.
Ini merupakan pameran sulung Krisna Murti yang turut menampilkan kolaborasi bersama penari terkenal Indonesia, Gita Kinanthi Purnama Azhri melalui video yang bertajuk “Paradise under construction”. Video-video lain termasuklah “Forest Rhyme”, kolaborasi bersama penari Indonesia - Mila Rosinta, “Enigma” bersama Satya Cipta dan “Soulscape”, bersama Eve Wulan.
Video(e)scape bermatlamat mahu meningkatkan kesedaran dalam menggunakan medium video dalam cara yang kreatif dan memperkenalkannya pada khalayak arus perdana. Sebagaimana yang disebut oleh Krisna, khalayak tidak seharusnya melihat video itu sebagai medium perantara untuk tujuan komersil semata tetapi lebih daripada itu dalam cara yang kreatif, melihatkan video itu sendiri kini sudah boleh dicapai melalui telefon pintar.
Dalam usia kini menginjak 58 tahun, Krisna Murti berterusan meneroka sesuatu yang baru dan ini termasuklah dalam penggunaan media baru untuk menginterpretasikan seni persembahan tradisional. Dan dalam setiap karya Krisna, pasti ada cerita yang mahu disampaikan selain mempromosikan ketenangan dan kedamaian, berbeda dengan media massa sedia ada yang terlalu sarat.
Karya seni Krisna Murti terdahulu telahpun dipamerkan di Fukuoka Asian Art Museum, Singapore Art Museum dan Indonesian National Gallery.
Info pameran:
Kurator :Badrolhisham M Tahir
Durasi pameran :13 Oktober 2015 - 15 November 2015
Laman web: http://www.galeripetronas.com.my
No comments:
Post a Comment