Saya tak begitu ikuti tentang Peanuts. Masuk air bila saya baca komik stripnya sebab kita sering mengikuti halusinasi Snoopy yang berada di daerah lain sedang kawan yang membelanya, Charlie Brown berhadapan dengan segala pancaroba yang dilalui oleh ramai budak sekolah rendah yang lain. Saya tak pasti anak-anak kita boleh masuk dengan halusinasi Snoopy walaupun dia cute. Yang saya sukai tentang filem animasi 3Dnya ialah gerakan animasinya lebih terarah kepada kartun (saya pernah tonton kartun animasi Peanuts dulu dan filem animasi 3Dnya amat mengikuti gaya kartunnya dulu) jadi pembikinan animasi 3D Peanuts Movie ini bukanlah mahu menjadikannya realistik dan menyaingi studio animasi yang lain seperti Pixar, Illumination atau Dreamworks walaupun saya sebenarnya memang peminat animasi dari Blue Sky (penguin hasilan mereka dalam Fight Club masih lagi klasik bagi saya). Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie dibikin sebagai sebuah tribute yang manis buat pereka wataknya, Charles M. Schulz. Juga buat mereka yang baru ingin mengenali dunia Peanuts, ini entry yg baik.
Markah: 9/10. Hampir dapat markah penuh jika tidak kerana durasinya yang teramat pendek jika dibandingkan dengan filem animasi yang lain buat penulis rasa tak puas dan mahukan lagi.
Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie telah tayang di pawagam mulai 10 Disember 2015.
PLOT: Berdasarkan komik nukilan Charles M. Schulz berjudul "Peanuts", filem komedi animasi 3D ini mengisahkan tentang perhubungan seekor anjing bernama Snoopy dengan manusia yang merupakan rakan baiknya, Charlie Brown. Apabila seorang budak perempuan (yang hanya dipanggil Charlie sebagai 'Little Red-Haired Girl') berpindah ke kejiranan mereka, Charlie dengan bantuan Snoopy telah melakukan satu pengembaraan demi menarik perhatian budak perempuan itu.
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2015
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Bill Melendez, Noah Schnapp, Hadley Belle Miller
Pengarah: Steve Martino
No comments:
Post a Comment