"I'm a Catholic whore, currently enjoying congress out of wedlock with my black Jewish boyfriend who works at a military abortion clinic. Hail Satan, and have a lovely afternoon madam." - Harry Hart
Mark Millar memang gila. Penulis komik yang gila. Sekurang-kurangnya itulah yang diperkenalkan pada saya sekitar 14 tahun yang lalu. Dia pernah menulis watak Freddie Prinze Jr. (ya, pelakon She's All That yang kau rasa nak tumbuk muka dia tu...) ke dalam satu episod komik Incredible Hulk yang menyebabkan Bruce Banner cemburu dan jadi hijau. Millar menulis 'Black Nick Fury' berpandukan Samuel L Jackson dan yang anda tahu selepas itu, Sam Jackson memang benar-benar jadi Nick Fury. Millar juga gila dengan Kingsman, lebih gila kalau nak dibandingkan dengan Kingsman versi adaptasi filem ini. Dalam komik, selebriti terkenal sekali lagi jadi sasaran Millar. Dia mahu Mark Hamill dan Ridley Scott mati. Sekurang-kurang salah satu idea ini jadi realiti bila Mark Hamill diambil berlakon dalam Kingsman. Ironi sebegini jarang berlaku di Hollywood. Millar, dari orang asing kini jadi the-go-to-guy, barangkali untuk lebih banyak idea gila-gilanya di komik di bawa ke layar besar.
Matthew Vaughn pula akan sentiasa saya lihat sebagai pengarah Scottish dengan penentangan terhadap gaya American Hollywood. Dengan Layer Cake (yang kemudian memperkenalkan Daniel Craig sebagai James Bond baru yang lebih gritty), kita dapat membayangkan Vaughn sebagai calon pilihan yang bakal mengarah filem James Bond yang gritty juga. Tak pernah berlaku. Tetapi dengan Kingsman, kita akan dapat gambarannya. Damn, aku benci X-Men versi Bryan Singer...
Saya juga sangat menyukai filem ini. People will talking about Colin Firth went total The Raid semasa scene gereja. Sebagai peminat Matthew Vaughn, memang saya ada soft spot pada dia apabila ia melibatkan action dan violent dan saya rasa filem ini lebih adil ditonton di IMAX atas sebab-sebab tersebut. Tapi kekurangan dapat saya rasa sebab filem ni adalah adaptasi longgar dari komik tulisan Mark Millar, ada perkara yang lebih gila ikut kepala Millar yang sepatutnya Matthew Vaughn buat tapi dia tak buat. Plot menculik selebriti sebagai contoh, sebab Millar nak Ridley Scott yang diculik, itu tak dibuat. Eggsy training recruitment di tempat druglord Columbia, itupun tak dibuat.
It's Fifty Shades of Grey for the testosterone overdosed.
Ada yang kata (SPOILER) 'anal sex' di penghujung filem ini joke yang bad taste tapi ini juga sukar sebab Eggsy mewakili golongan street atau rempit di sini. Dan yang mengkritik ini saya bagi mereka sekejap je, tak lama, ber'housemate'kan rempit macam yang saya pernah lalui dulu, nescaya takkan ada benda yang bijak yang anda hadapi untuk waktu sesingkat itu.
Rating : 8.5 out of 10
Pengarah: Matthew Vaughn
Lakonlayar: Jane Goldman, Matthew Vaughn, berdasarkan novel grafik The Secret Service oleh Mark Millar dan Dave Gibbons
Lakonan: Colin Firth, Samuel L. Jackson, Mark Strong, Taron Egerton, Michael Caine
Muzik: Henry Jackman, Matthew Margeson
Sinematografi: George Richmond
Suntingan: Eddie Hamilton, Jon Harris
Studio: Marv Films, Cloudy Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Tarikh tayang: 19 Februari 2015
No comments:
Post a Comment