Bila menyebut Oculus sebagai antara filem seram yang terbaik yang dihasilkan sebelum ini, ada yang berkata sebaliknya but for me this movie is awesome! Ia tak berniat untuk menakutkan tapi mencari jawapan dalam rasa takut. It's a psycological horror that works for me better than any physical horror that was released last year like Annabelle or Gallows Hill. And we've been fooled. CERMIN 1 - ORANG 0.
Filem ini dalam rank filem seram kegemaran saya tahun lalu, juga produk Blumhouse yang pakar dalam menghasilkan filem seram dengan bajet murah. It's brilliant dan mendefinisikan seram itu bukan filem yang menjerut perasaan, menakutkan dan mengejutkan semata-mata tetapi perlambangan 'evil' yang datang dalam pelbagai bentuk, sifatnya yang penuh muslihat dan mengganggu dengan tipu daya yang menyesatkan hingga ke dalam yang dalam. Silap-silap anda juga tertipu sepertimana pasangan dua beradik Kaylie dan Tim Russell (lakonan Karen Gillan, si Nebula dalam Guardians of the Galaxy dan Brenton Thwaites, yang kini merata-rata lakonannya dari Maleficent ke The Giver dan The Signal tapi saya lebih suka dia di dalam Oculus). Barangkali sebab saya gemarkan premis cermin dan ilusi, macam telemovie Cermin arahan U-Wei.
SINOPSIS: Dua orang adik-beradik Tim dan Kaylie telah kematian ibu bapa yang dibunuh kejam. Si adik, Tim telah disabitkan dengan kesalahan kerana dikatakan membunuh ibu bapa mereka sedang kakaknya, Kaylie pula merasakan ianya berpunca dari cermin di bilik ayahnya yang berpuaka.
Klasifikasi: 18
Genre: Ngeri / Seram
Tarikh Tayangan: 10 April 2014
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Studio: BLUMHOUSE, WWE
Pengarah: Mike Flanagan
Pelakon: Karen Gillan, Rory Cochrane, James Lafferty, Katee Sackhoff, Brenton Thwaites
No comments:
Post a Comment