Followers

Friday, September 19, 2014

[ULASAN FILEM] The Quiet Ones

Filem ini ada sikit macam Devil's Due bila banyak bermain dengan footage filem yang cranky. Sejam terawalnya main jump-scare (yang kini dah jadi makin murah kesannya,... malang sekali). Berbanding The Conjuring, konsep pencarian makhluk melalui The Quiet Ones tak authentic sangat. Agak draggy dan lembab semata-mata nak mengisi masa sehinggalah ia memasuki ke penghujung. Ada plot twist di penghujung tetapi ia juga boleh mempersoalkan ketepatannya fakta dari sumber asal ia diilhamkam. Mudah sangat pembikin filem hari ini menggunakan modal 'based on true story' untuk menarik penonton tapi The Quiet Ones bukanlah level The Conjuring walau konsep nak hampir sama (tertipu sikit). Saya boleh faham kenapa ulasan terawal dari pengkritik bercampur yang menjurus ke negatif. Save it for Jared Harris dan Tiz Zaqyah berambut blonde. Dan 70's. British. 70's. Yang macam keluar dari kulit album Led Zepp...

SINOPSIS: Filem "The Quiet Ones" diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang mengisahkan seorang profesor yang menggunakan kaedah kontroversi dan membawa pelajar-pelajar yang terbaik untuk mengambil bahagian dalam satu eksperimen berbahaya yang mana untuk mewujudkan seekor hantu. Berdasarkan teori bahawa aktiviti paranormal adalah disebabkan oleh tenaga negatif manusia, saintis ini telah pun menjalankan satu siri ujian ke atas pesakit muda, yang mana tidak sesuai dengan kawarasan logik akal.Apabila kejadian yang menakutkan mula berlaku dengan kesan-kesan mengejutkan dan mengerikan, kumpulan ini menyedari mereka telah mencetuskan satu kuasa yang lebih menggerunkan berbanding apa yang mereka bayangkan.

Klasifikasi: 18
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 24 April 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: John Pogue
Pelakon: Jared Harris, Sam Claflin, Olivia Cooke, Erin Richards

No comments:

Related Posts with Thumbnails