Followers

Sunday, September 21, 2014

[ULASAN FILEM] A Walk Among The Tombstones

In a nutshell, Liam Neeson bila dah pegang telefon, dia mula berubah ke mode Taken dengan gertakan kepada si penerima panggilan tetapi filem ini memperlihatkan Liam menyalurkan ciri-ciri The Equalizer lebih awal sebelum The Equalizer lakonan Denzel Washington keluar di pawagam minggu depan (yang dengarnya berubah secara total dan patut re-title jadi Man On Fire 2). Tiada twist di dalam AWATT (dua antagonis telah diketahui pada pertengahan filem), tiada permainan kejar mengejar, lebih kepada memerangkap. Kerana kurang aksinya, filem ini bergerak perlahan tetapi diakui filem ini masih gelap dan dihasilkan dengan baik kerana pembawaan Liam sendiri biarpun terasa tiada bezanya dengan filemnya yang lain. Dan gelapnya Liam sebagai Matthew Scudder itu lebih baik jika hendak dibandingkan dengan penampilan pertama Matthew Scudder di layar perak lakonan Jeff Bridges melalui filem Eight Million Ways to Die yang sekejap jadi romantik, sekejap jadi thriller. Asalnya ditulis oleh Lawrence Block pada tahun 1992 dengan memperkenalkan watak seorang hacker bernama TJ tetapi diubah ke tahun 1999 kerana hakikatnya hacker di dalam buku asalnya cuma meng’google’ nama di laman web menggunakan laman web Yahoo! (ya, ini sejarah.. dulu kita meng’google’ dengan Yahoo!). Mungkin filem ini dihasilkan terlalu lewat sehingga ada isinya dah tak begitu relevan malah jadi generik jika hendak dibandingkan dengan filem-filem genre penyiasatan yang terkini. Tapi saya suka rasa filem yang dark dan brooding, cuma kalau kawan saya kata macam Prisoners, adalah sikit tapi tak sampai.

Nota : Lagu yang anda dengar di trailer ialah cover Black Hole Sun, asalnya lagu Soundgarden yang dibawakan semula oleh gadis warga Seattle, Nouela, versi rework oleh Swann. Trek asal ini anda boleh muat turun di sini.

SINOPSIS: Filem lakonan Liam Neeson ini merupakan adaptasi dari novel misteri bestseller tulisan Lawrence Block di mana Liam membawa peranan Matt Scudder, seorang bekas polis NYPD dan penyiasat persendirian yang telah diupah oleh seorang pengedar dadah lakonan Dan Stevens untuk mencari isterinya yang telah diculik di bandar New York. Filem ini asalnya telah mula dirancang sejak tahun 2002 dengan Harrison Ford sebagai watak utama di bawah pengarah D.J. Caruso. Filem ini turut dibintangi oleh Boyd Holbrook dan Ruth Wilson dan akan mula ditayangkan mulai 18 September 2014, edaran GSC Movies.

Klasifikasi: P13
Genre: Jenayah/drama/penyiasatan
Tarikh Tayangan: 18 September 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Scott Frank
Pelakon: Liam Neeson, Dan Stevens, Boyd Holbrook, Marina Squerciati, Sebastian Roché

No comments:

Related Posts with Thumbnails