Followers

Tuesday, July 08, 2014

Ulasan filem: 12 Years a Slave

"Kami.... kutip kapas..."

Walaupun mungkin akan muat turun atau cari Bluray untuk mengenalpasti perkara-perkara yang dicantas, pengalaman sinematik lebih mengatasi segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan skor muzik oleh Hans 'BAAAMMM!! AKU LA YANG BUAT LAGU INCEPTION SAMPAI NAK PECAH DOLBY ATMOS!' Zimmer. Ditambah dengan Paul Dano menyanyi (dan dibelasah sekali lagi sekali lagi sampai tersungkur ke tanah hingga terjerit. Dengan hamba kutip kapas pun dia kena belasah).

Lihat gambar di atas? Hebat nampak gathering MOVIE ADDICT ni, sebab kental nak tengok filem bawah banner art house. No Hobbit, no summer blockbuster cliches, not even Hallmark channel.

Setelah diminta oleh Lampuditengah Cakerawala, saya review bab score dulu. Kami panel-panel sebulat suara menyatakan ambik Hans Zimmer sebagai komposer untuk skor serupa tak payah ambik sebab kerja dia mudah sangat. Copy style, copy chord progression score filemnya yg lepas-lepas.

Filem ini telahpun bertayang secara rasmi pada 26 Disember 2013 di Malaysia (secara terhad di bawah banner International Screening). Jadi kami antara penonton terawal (awal lah sangat...). Tapi dengarnya international screening di negara lain pun delay sehingga awal tahun 2014 untuk ambil mood musim Oscar.

Berbalik kepada review, filem ini dibuat dengan baik, digalas dengan baik oleh pelakon-pelakonnya. Tak terlalu dramatik yang melebih-lebih sebagaimana tradisi filem biografi lain kerana Steve McQueen menterjemah teks Solomon Northup seperti sebuah diari dari awal ke akhir tetapi tetap juga meninggalkan gaya trademarknya (gambar pegun dengan kamera yang tak bergerak selama beberapa minit kecuali watak utama dalam keadaan yang menyeksakan)  dan persembahan sinematografi dari tenaga kerja yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Tapi anda akan perasan satu scene ini di atas kapal yang membawa Solomon ke tempat hamba dijual samada ia memang tertulis begitu di dalam buku tapi kalau kita fikir logik, tak mungkin berlaku dan sekadar ditambah oleh penulis lakonlayar, John Ridley.

Satu lagi, filem ini tak menulis tahun sepanjang filem berjalan. Jadi anda bayangkan sendiri perit 12 tahun itu bagaimana (ini komen orang yang baru baca biografi Solomon Northup).

12 YEARS A SLAVE ialah filem yang sukar ditonton bagi orang Amerika kerana dosa silam mereka. Sedangkan Spike Lee yang keturunan Solomon pun menyisihkan filem ini (....dan memilih Oldboy).

Pengarah: Steve McQueen
Lakonlayar: John Ridley
Berdasarkan memoir Twelve Years a Slave tulisan Solomon Northup
Lakonan: Chiwetel Ejiofor,
Michael Fassbender, Benedict Cumberbatch, Paul Dano, Paul Giamatti, Lupita Nyong'o, Sarah Paulson, Brad Pitt, Alfre Woodard
Muzik: Hans Zimmer
Sinematografi: Sean Bobbitt
Studio: Summit Entertainment, Regency Enterprises, River Road Entertainment, Film4 dan Plan B
Edaran di Malaysia: GSC Movies

2 comments:

eddeved said...

aku belum tgk lagi citer nih,kena tunggu seru wahyu Ilahi baru tgk ha ha ha!!!

Blitzenius said...

Eh, tengoklah sekarang. Nanti Obama turun takhta dah tak relevan dah. Oh, wait. Itu filem Lincoln tahun lepas.

Related Posts with Thumbnails