Followers

Saturday, June 21, 2014

BLUMHOUSE dan model bisnes filem yang cost-effective

Semasa menonton filem Insidious 2 arahan James Wan, perkara yang menarik perhatian saya ialah model bisnes production housenya iaitu Blumhouse di mana ia tak kelihatan b-grade sangat tapi berlanjanya rendah kalau ikut standard filem2 di US ( Insidious dibikin dengan belanja US$1.5 juta dengan pulangan sebanyak US$97 juta, sekuelnya pula dengan belanja US$5 juta dengan pulangan sebanyak US$102 juta). Filem2 lain keluaran Blumhouse dengan kejayaan yg hampir serupa ialah The Purge (belanja US$3 juta, pulangan US$85 juta) dan Sinister (juga bajet US$3juta dengan pulangan US$87juta). Tapi rekod mereka yg paling cemerlang tetaplah dengan filem pertama Paranormal Activity yang cuma berbelanja US$15 ribu tetapi dengan pulangan sebanyak US$193 juta. Cost-effective ialah perlambangan kepada Blumhouse.

Perkara yang berbeza kalau kita lihat senario pembikinan filem tempatan di mana kita sering guna faktor kekurangan bajet yang membuatkan filem-filem tampil kurang bermutu (saja tak nak bagitau bab storytelling fail...). Rata-rata yang saya lihat, kos pembikinan filem tempatan nak cecah RM sejuta tapi nak boleh kutip sejuta di panggung pun susah, itu belum split perolehan tersebut dengan pengusaha panggung, last-last berapa saja yang pembikin filem ni dapat dari filem mereka. (Ini mungkin boleh diperdebatkan di mana penerbit mungkin menyatakan kos yang lebih mahal kepada media berbanding belanja sebenar yg cuma bajet telemovie, dan di sebalik 'kerugian', mungkin penerbit sudah mengaut untung kerana tup-tup... mereka tampil pula dengan.filem baru. Itu tak termasuk hak siaran berbayar yg diberikan kepada stesen tv kabel seperti Astro yg khabarnya juga tender juta-juta utk membikin filem yg sedikit memberi kesan kepada industri wayang di mana ada lambakan filem yg bukan material wayang pun).

Ia buat saya tertanya-tanya, mahal sangatkah harga untuk kita buat filem yang bermutu di Malaysia tanpa meninggalkan entertainment value-nya dan nilai estetikanya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails