Followers

Saturday, June 21, 2014

Ulasan filem : ROBOCOP (2014)

"Forgive me Father, for I have sinned. It has been 27 years since my last confession. These are my sins. I watched the Robocop remake, and I enjoyed it." - Justin Bartlett

Review pendek: Motherf****** awesome! (sebut macam Samuel L Jackson).

Review panjang sedikit: Menonton Robocop reboot ialah pengalaman yg sukar sebab kalau yang pertama tu dah cantik, maka janganlah diubah dan nak dibuat major overhaul. Anda mencari pelbagai alasan. Kenapa sutnya hitam? Kerana tak mahu bayang Peter Weller yang memang dah melekat pun. Kenapa tak ada partner perempuan si Nancy? Untuk menutup hakikat yang idea Robocop pada asalnya ialah Judge Dredd yang tak dapat difilemkan jadi perlu penceritaan yg baru. Kenapa Samuel L Jackson? Because he was there for a motherf****** reason (walaupun sering di-typecast but heck with it!) (nota: permulaan dan penutup yg amat cantik). Kenapa dibuat filem ini sekali lagi? Salahkan Frank Miller (untuk filem-filem Robocop susulan yang dikritik hebat). Robocop masih lagi sebuah karya yang tak perlu dibuat semula dan Hollywood perlu move on saja dgn karya original tapi saya tetap mahu tonton filem ini kerana pengarahnya Jose Padilha terlalu berani. Berani mengambil kerja ini yang berisiko tinggi dan nasib baik jugalah dia menangani filem ini dgn gayanya sendiri yg well-executed dgn tidak mensia-siakan bakat lakonan pelakon-pelakon pilihan yg menjadi mimpi ramai pengarah dari pesara Batman, Comissioner Gordon, Robocop Sweden, Rorschach hinggalah ke motherf****** Samuel L Jackson. Robocop bagi ramai peminat bukan saja ceritera tentang keadilan, korupsi, dendam dan pembalasan tetapi juga penuh dengan pelbagai lapisan mesej yang menjadi kritikan sosial tentang keadaan semasa dan bernasib baiklah tema begini tidak ditinggalkan membuatkan ia amat sarat dan perlu diberi penelitian dari setiap sudut. (Dalam satu masa ianya tentang tema 'playing God' yang sering digunakan oleh pengarah filem asalnya Paul Verhoeven). Ada yg berkata filem ini tak ubah seperti alat propaganda yang Amerika itu negara terbaik di dunia (well, bukankah filem kalau mewakili sesebuah negara, tujuannya begitu?). Mudahnya saya melihatnya sebagai fiksyen yang Amerika itu negara yg terhebat sedang mereka tahu ianya tidak. Dan yang tukang bagitau 'fakta' ini pula ialah si Pat Novak. (Typecasting? Heck with it!) Saya boleh panjangkan dengan menyebut filem Captain America jika mahu dibincangkan tentang propaganda. Ramai yang suka dengan filem itu dan menolak propagandanya sedang saya melihat filem dari kisah benar seperti Lone Survivor lebih banyak propaganda Amerikanya tetapi tidak menidakkan yang ianya filem yg bagus.

Dan seperti rakan Justin Bartlett, saya juga enjoy dengan filem ini.

Major spoiler: singa MGM. There, your move. I'm done. 

ROBOCOP‬ directed by Jose Padilha
Distributed by SONY PICTURES MALAYSIA

No comments:

Related Posts with Thumbnails