Followers

Tuesday, February 11, 2014

Ulasan filem : KAMI HISTERIA

KAMI HISTERIA bagi saya ialah sebuah filem yg seronok yg digarap dgn baik.
Saya jadi kritikal bila masuk bab sebuah filem yg menggambarkan pemuzik maka mereka yg menangani hal muzik dan skor perlu melakukannya dgn teliti dan tepat pada setiap adegan. Kami Histeria bernasib baik sebab bab muzik ini dikenalikan oleh Monoloque dgn baik di mana ia mempersembahkan muzik yg lebih pop punk untuk perasaan all-girl band macam Josie and the Pussycat, banyak distortion sedang ia kekal dengan tandaniaga Monoloque. Persembahan vokal di paras selamat sedang ada masanya vokal ini terkeluar sedikit dari landasan (saya pula cuba terima hakikat yg menyanyi ini pula bukanlah penyanyi profesional kecuali Mila Jirin dan Mila bila masuk bab berlakon pulak, dia bukan pelakon yg profesional - tapi billa masuk bab pelakon yg membawa watak pemuzik, Umie Omar pula yg saya paling risaukan sebab saya nak suruh dia spend banyak masa dgn Loko.) Kawan saya dok tergilakan liuk lenggok Diana Danielle tapi saya susah sikit nak minat kat orang dah kahwin ni maka saya pantulkan perhatian saya pada Sara Ali sebab saya senang jatuh hati pada nilai2 badassery begini dan watak bawaan Sara yakni Badariah ialah seseorang yg senang saya nak kaitkan di alam realiti. Atau mungkin Sara memang fitrahnya begini (saya tau dia layan  Pink Floyd). Masuk pula Nad Zainal, wataknya jarang bersuara dgn rujukan Kevin Smith yg agak tebal cuma mudah hilang dari pandangan. Saya sukakan transformasi hantu si Fazura (oh, cerita seram rupanya...) dan saya boleh sebut rekaan hantu dlm.filem ini terbaik sejak 2 menjak ni. Hasil kerja arahan Shamyl Othman lari dari klise filem seram-komedi tempatan yg kita sering lihat yg sering buat kita merasa epilepsi. Bukan kebetulan, Kami Histeria datang dari rumah produksi yg pernah menerbitkan filem dan siri tv Kami jadi anda nampak ke arah mana sasaran khalayak mereka. Filem terbaik tempatan bagi tahun 2014 sebab filem satu ni je lah yg saya sempat tengok dan saya melompat ke dalam bandwagonry Amir Muhammad, saya tau.

3 comments:

Adi Herman said...

Tak tau la nak tengok ke tak movie ni...

eddeved said...

aku ulang movie nih sepuluh kali...anak aku suruh ulang part depa posing tgh rumah tu dua puluh kali...ceh! Tenacious D versi pompuan...cuma tak ada pick of destiny aje ha ha!

Blitzenius said...

Macam yg aku cakap, filem ini seronok, dan aku seronok tengok filem ni sebab pelakon2 dia ni merata2 juga kalau selalu bukak tv tapi dalam ni jadi lain. Maka, adalah juga pengarah yg akhirnya memberi perwatakan yg sesuai dgn usia mereka. Kalau tak, manjanglah drama.

Related Posts with Thumbnails