Pada mulanya nak terus tulis pendapat tanpa mendedahkan terlalu banyak plot dan spoiler lepas saja tengok sehari awal sebelum tarikh rasmi tayangan. But, oh well.... Wikipedia ada. Dalam satu keadaan saya tengok laman web lain dengan penulis yang saya kenal (yang sempat menonton 3, 4 kali berbanding saya yang tengok sekali ni je) dengan gigih sekali dok tulis semua plot cerita sampai ke post kredit yang sebenarnya macam translate Wikipedia, dengan review ringkas mereka cuma "FILEM NI BEST GILA!". Memang kejar trafik betul... Blogger pemalas. Dah lah tak pandai nak letak disclaimer "MENGANDUNGI SPOILER YANG TAHAP BERACUN SAMPAI PEDIH KE ULU HATI".
Dah takde fun. Sebab apa-apa saja yang akan saya tulis tetap akan mendedahkan apa saja plot filem sedikit demi sedikit (dan kemudian, mendedahkan segala rasa kecewa...walaupun sebenarnya perasaan saya pada filem ketiga Iron Man ini terbelah dua). Lalu saya sertai rakan-rakan di ruang forum Movie Addict. Dan apa saja yang saya sebut tentang Iron Man 3 dari The Mandarin sebagai musuh ultimate dan paling ganas dalam francais Iron Man, ke Ben Kingsley yang patut menang Oscar macam Heath Ledger hinggalah ke kemunculan Hulk sebenarnya sekadar bersifat ironik. By the time seminggu selepas saya tengok filem ni, semua orang dah pun tengok Iron Man 3 bermakna mereka dah cukup maklum dengan rasa kecewanya. Jadi sebarang blog ke, Facebook ke tinggal jadi ruang diskusi untuk mereka yang dah pun tengok filem ni. Rule saya bila dok layan filem sejak beberapa tahun ni: 1) Kalau tak tengok lagi filem tu, jangan join sebarang discussion, jangan baca apa-apa review sehinggalah filem itu sudah ditonton. 2) Tengok kat IMDB atau Rotten Tomatoes tahap 'universal acclaimed'nya saja. Tapi, still, jangan baca ulasan apa-apa. Rating kasar ni boleh jadi penentu filem itu berbaloi dengan segala jangkaan tinggi atau tidak. Saya pula selepas ada ruangan menulis tentang filem di majalah ROTTW mula berada dalam fasa 'tengok segala filem biarpun filem sampah sekalipun sebab dah jadi tanggungjawab untuk memberitahu khalayak supaya jangan buang masa tengok sampah yang saya sudah tengok'. Sejarah saya dengan Iron Man bagaimanapun tak pernah tinggi jangkaannya. Filem Iron Man pertama dicadangkan oleh rakan-rakan semasa perhimpunan separa komikon di Mid Valley sekitar 2008. Kebetulan masa tu juga saya menang tiket wayang percuma jadi saya dengan bekas kekasih masa tu tonton filem tu lepas seminggu tayangan. (Menang tiket lepas masuk pertandingan uji IQ / pop kuiz pasal filem on the spot dengan 6 atau 7 orang peserta lain, memang best. Perlu diadakan selalu...) Tak boleh salahkan diri juga sebab saya berat kepada filem-filem komik DC (atau lebih spesifik, Batman sebab masa tu The Dark Knight baru keluar). Filem-filem Marvel pra-X-Men : First Class tak diberi antisipasi yang tinggi. Saya kritikal sebegitu (sampaikan dengan bekas kekasih yang jadi rakan semasa nak tengok filem The Avengers saya boleh tanya, "Are you sure? Ini filem Marvel. Anda bukan ke sini untuk menonton The Dark Knight Rises"). Walaubagaimanapun Iron Man pertama pada saya amat baik hasilnya dengan gandingan Robert Downey Jr dan Jeff Bridges di layar amat saya gemari. (Buat pertama kali saya mula sedar yang Jeff Bridges, si Starman masa zaman saya budak dulu tu dah tua dengan cepatnya....) Malangnya filem sekuelnya, Iron Man 2 dapat ulasan yang teruk (ada beri ulasan yang baik tapi saya ni ibarat kunang-kunang yang senang tertarik kepada cahaya, ie: ulasan yang buruk). Saya dah baca komen-komen yang tak best sampaikan saya tak jadi berselera nak tengok filem tu awal-awal sehinggalah ambil masa bertahun. Cerita benar. (Masa tu saya sibuk dengan kerja juga sebenarnya dan tak update dengan filem-filem terkini. Bonus: sibuk dengan putus cinta.)
Here's the thing : despite orang kata Iron Man 3 ialah fasa baru atau fasa 2 kepada siri filem dari komik Marvel sementelah filem Avengers, Iron Man 3 masih lagi dengan tema yang sama seperti filem Iron Man sebelum ini. Filem Iron Man 1 : scientist/industrialist vs scientist/industrialist, Iron Man 2 : scientist/industrialist vs scientist/industrialist, dengan filem Iron Man 3 ia masih tetap berlegar kepada tema ada mamat sains atau MacGuyver ni yang nak jadi lagi MacGuyver daripada Iron Man, tetapi end up akhirnya Iron Man/Tony Stark sampai ke hujung cerita dan berpuluh-puluh sekuel tetaplah paling MacGuyver. Tak ada benda baru pun.
Yang barunya, lepas masuk filem ketiga dan post-Avengers ni, barulah Iron Man digerakkan sebagai filem yang story-driven dan tidak terlalu bergantung kepada aksi semata (dan ini bakal mengecewakan mamat-mamat rempit peminat filem aksi no-brainer yang pernah menyewa serumah dulu di Seksyen 17 tapi saya suka bila mereka dikecewakan. Mungkin mereka akan mula faham perasaan saya ni yang mahu mereka beli DVD saga Godfather atau Stanley Kubrick daripada buang duit beli DVD filem aksi yang merapu-rapu dengan storyline hancur). Saya suka filem Iron Man 3 pada satu-satu keadaan bila Tony Stark mula hilang 'superpower' sedikit demi sedikit selepas terdampar jauh di Tennessee dan rumah mewahnya musnah oleh serangan 'The Mandarin'. Saya suka bila kena tipu dengan watak The Mandarin bawaan Ben Kingsley sebab lakonannya dalam trailer begitu berjaya sekali dan dia dah menang Oscar walaupun filemnya belum lagi ditayangkan. C'mon, Mahatma Gandhi mana boleh tak menang Oscar... Saya suka fakta yang The Mandarin masih wujud sebagai satu idea dalam filem Iron Man 3 kerana ia menyedarkan saya bahawa dunia filem dan komik Marvel adalah berbeza biarpun berdasarkan pada watak yang sama. Cuma saya merasa menggunakan watak The Mandarin itu amatlah merugikan kerana dia boleh jadi seteru Iron Man yang paling ultimate,... macam Batman dengan The Joker. Yang sebenar-benarnya, kredit besar pada filem Iron Man 3, malah sejak filem pertamanya lagi patut diberikan pada penulis komik Warren Ellis yang dah reboot siri Iron Man ini sejak The Invincible Iron Man vol. 4 pada tahun 2005 yang memungkinkan ia dijadikan filem, tambah pula dengan story-arc Extremis ini memperkenalkan watak Aldrich Killian yang jadi musuh utama. But you never see him coming,... sebab The Mandarin tu lah. Kalaulah The Mandarin tu diubah dengan penama yang lain mungkin lain penerimaan saya terhadap filem ini (biarpun lebih 75% yang follow filem Iron Man tak tahu pun kewujudan The Mandarin sebelum ni...) Saya suka bila ada banyak Iron Man dan adegan "We need a back up..." itulah highlight bagi filem ini. Saya suka bila budak-budak tertidur bila masuk sejam yang pertama Iron Man 3 sebab filem Iron Man dah jadi lain dan inilah fasa baru Marvel Universe yang saya tunggu-tunggu. Saya suka sebab Rebecca Hall hot gila tapi tu pun sebab saya banyak layan The Prestige. Fanboy Christopher Nolan yang satu ini...
Filem aksi summer blockbuster anda kata? Tunggu The Avengers 2.
Fasa kedua Marvel Universe ini sebenarnya membuka ruang kepada perkembangan watak, mungkin sisi-sisi yang tak pernah dilihat pada watak-watak Marvel ini dan pengarah Shane Black melalui Iron Man 3 sebenarnya berjaya melakukannya dan saya nak tengok bagaimana pula perkembangan watak bagi Thor dan Captain America selepas ini. Memang kita nak tengok mereka bertarung saja tapi jangan sampai pincang terus aspek penceritaannya.
Cuma yang saya menyirap dengan fasa kedua Iron Man ni bila muzik AC/DC dah bertukar ganti dengan pop radio Blue. Ha'ah. Lan Bye ada sebut. Masuk awal-awal filem lagi dan memang saya terasa betul. Hilang sedikit kredibilitinya.
3 comments:
Really like your words.
Not so much about the movie dan tak copy paste dari wikipedia...
good to read that.. huhuhuhu
Ini baru ulasan yg tulus ikhlas dan x jadi spoiler!
adalah terbaca satu dua website ni, lokal punya. yang tengok 3, 4 kali ni tulisnya cuma "filem ni best" tapi saya nak tau juga apa yang bestnya. yang satu lagi baru masuk hari pertama tayang dia dah cerita dari awal sampai habis plotnya dengan ulasan yg sedikit, termasuk post credit (serupa macam baca Wikipedia) dan dalam fikiran saya, penulis ni memang suka menyeksa pembacanya yg mungkin terpinga-pinga sebab elemen surprise dan twist tu dah terbunuh sebelum tengok filemnya lagi. bagilah hint pun...
Post a Comment