Secara dasarnya, The Great Gatsby ni sekadar bercerita tentang 'kesetiaan cinta' saja sebenarnya, dari mula hinggalah ke hujung asyik nak test cinta orang saja. Memang precursor kepada novel cintan Melayu yang membawa kepada drama dan filem cinta Melayu. Tapi apa yang membuatkan ianya menjadi cultural landmark bagi Amerika pada saya barangkali kerana ianya disulami dengan gambaran perkembangan bandaraya New York yang pesat sejak 1920'an, organized crime yang berlaku di sebalik kepesatannya, zaman gemilang Wall Street sebelum era Great Depression, gambaran orang-orang kaya yang gila kereta yang tak bezanya dengan orang sekarang, dan kita juga dibawa kepada salah laku moral orang-orang yang punya kuasa wang dengan yang dah beristeri punya perempuan simpanan, yang seorang ni pula dah tau awek lama dia dah jadi bini orang masih lagi tersekat dengan masa silam dan tak boleh move on dan masih sibuk nak kacau bini orang... dan manusia akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa wang ini, itu termasuklah pada watak utamanya Jay Gatsby (lakonan Leonardo DiCaprio) yang misteri sekali. Misteri sebab dia kaya tapi hidup forever alone seolah-olah ia dah menyebut yang duit ini tak membeli kebahagiaan tapi pada kita, benda tu boleh bayar bil, sewa rumah, petrol dan duit hantaran kahwin. Orang luar tak tahu bagaimana Jay ni boleh kaya sampai keluar legenda yang dia ni macam putera raja yang kalahkan tentera Jerman masa Perang Dunia Pertama dan dia tak pernah memperkenalkan dirinya pada orang ramai hinggakan ada yang ingat dia ni lelaki yang dah masuk separuh umur tapi setiap masa dia akan anjurkan parti di rumah agamnya yang terbuka buat semua untuk menghadirinya biarpun tanpa jemputan, kecuali Nick Carraway (lakonan Tobey Maguire) seorang saja yang dapat jemputan selepas sekian lama jadi jiran sebelah menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa. Itupun Jay jemput Nick ke parti di rumahnya sebab ada udang di sebalik char kuey teow... Dan kita mula didedahkan dengan rahsia bahawa Jay dulunya tak kaya tapi dia nak jadi kaya sebab ingin dekat dengan cinta hatinya. Memang betul kisah Cinderella, cuma dengan pengakhiran yang berbeza. Let see, The Great Gatsby memang cukup rencah untuk sebuah drama Melayu ala 'tentang projek Kenchana Holdings yang bernilai 88 juta tu, Datuk janganlah risau, taulah saya hendak menguruskannya...'
Sukar untuk membayangkan cerita The Great Gatsby ini jadi bahan kurikulum di sekolah tinggi di Amerika (tapi kita ada Salina apa...) tapi saya lebih melihat pada konteks sastera yang dikaji di sekolah-sekolah Amerika (atau mungkin pada konteks sejarah untuk melihat perkembangan bandaraya New York ketika era Roaring Twenties yang sedang pesat berkembang menjadi salah satu daripada bandaraya-bandaraya utama yang dikenali di dunia selain Paris dan London biarpun The Great Gatsby cuma sekadar karya fiksyen.) Tak dapat tidak saya membayangkan perangai orang-orang Amerika yang suka berparti secara keterlaluan itupun ilhamnya datang dari novel seperti The Great Gatsby ini jika saya ingin kupas lagi apa yang telah diajar mereka di sekolah-sekolah...
Seperti yang saya selalu sebut, saya ada masalah sikit dengan gaya pengarahan Baz Luhrmann yang terlebih gaya daripada substance dan seringkali membuatkan filemnya jadi over dramatic walaupun dengan pelakon bernama besar. Cuma, dari segi visual, memang Luhrmann dah advance betul sejak zaman Romeo + Juliet dan Moulin Rogue. Tapi kita juga boleh mempersoalkan ketepatan dunia 1920'an versi Baz yang terlalu berwarna-warni tapi dengan cepat diselamatkan oleh rekaan-rekaan set dan produksi berinspirasi Art Deco oleh Catherine Martin, isteri Baz sendiri yang sebelumnya menang Oscar untuk rekaan set filem Moulin Rouge.
Saya tau Baz juga suka bereksperimen dengan elemen skor dan runut bunyi yang agak ke laut bila digabungkan dengan visualnya dan inilah masalah besar bagi The Great Gatsby. Filem ini boleh saja jadi sebuah potret dunia Jazz Age era 1920'an tapi Baz menggantikannya dengan muzik pop radio arus perdana bawaan Jay-Z yang tiada lagi jazznya tetapi menjadi hip hop, dubstep, vokal auto-tune dan muzik kelab dengan mesin dram yang melantun-lantun. Ini kesilapan besar Baz. Memang jazz dulu pernah menjadi muzik yang mainstream yang membuatkan golongan muda-mudi yang rebel Amerika menolak muzik klasikal tetapi jazz hari ini telah menjadi terlalu eksklusif yang hanya didengar oleh golongan-golongan tertentu dan di venue-venue tertentu saja. Pada Baz, intensity pada muzik jazz 1920'an boleh disamakan dengan penerimaan muzik pop mainstream era semasa tetapi ia memberi kesan kepada pengalaman sinematik saya kerana gabungan visual New York 1920'an dengan muzik pop mainstream dah nampak canggung dan terganggu, kecuali trek "Love Is the Drug", cover Roxy Music yang dibawakan semula oleh The Bryan Ferry Orchestra yang memang dekat dengan nila estetika Jazz Age. Ada beberapa perkara mungkin boleh diolah dengan muzik kotemporari oleh Baz tetapi The Great Gatsby adalah kes yang berbeza kerana scene muzik jazznya amat penting dalam memberi gambaran tepat tentang apa yang sedang berlaku di dalam novelnya.
Dan amat sukar juga memberi bahasa visual selama 2 jam 20 minit untuk sebuah adaptasi kepada karya yang amat dekat dengan jiwa Amerika biarpun Baz cuba sedaya upaya menggabungkannya dengan teks-teks yang penting dari karya asal tulisan F. Scott Fitzgerald. Tak seperti Romeo + Juliet atau Moulin Rogue yang lebih memberi kesan secara emosi (ambik sajalah scene penamat Romeo dan Juliet yang masih dark dan poignant walaupun tak pakai lagu Radiohead yang sepatutnya), The Great Gatsby tidak mencengkam jiwa saya. Saya letak titik di situ kecuali pada movie partner saya (yang ada fashion sense lebih daripada saya) yang menyukai The Great Gatsby sebagaimana dia menyukai Moulin Rouge...:
"Same template (minus the songs), different story. Baz Luhrmann storytelling, all the colours imaginable, its opulence and the writer mourning the loss. MR was about love, Gatsby was on hope.
As for costume designing, I find Miuccia Prada on Daisy was ... meh -- nothing subtle, nothing breathtaking. It's not that detailed, just had high expectations for Daisy's wardrobe. otherwise, Jordan and Myrtle had a fun one. But damn the 20s are uber glam, love that era. And the music, the music! Of course you're gonna check out its soundtrack. Go!"
Saya tak boleh komplen bila cik Suessy dah mula tumpang tepuk tangan dengan audiens lain by the end of this movie...
--------------------------------------------------------------
3 comments:
Epic sial trailer filem The Hangover part 3 tu! Haha nice!
Aku klu citer2 yang sarat sgt cgi ssh skit nk masuk feel nye..takpe maybe boleh tgk jugak citer ni.. Anyway kim slm kat abg rom, tanya dia masih ingatkan dia pada penulis guna nick "matakucing" yg pernah tercetak artikelnya di rottw n GB lama dulu haha
@Adi : pagi-pagi selasa ni diorang dah jemput tengok The Hangover tu. tapi Man of Steel lah yang aku tunggu sangat dengan penuh antisipasi, yang agak kelakar juga sebab dulu aku kutuk sangat Supe ni, dan aku sebenarnya masih kurang impress saat teaser trailer Man of Steel ditayangkan pertama kali di San Diego Comicon. Tapi trailer penuh dengan pengenalan setiap watak buat aku berubah. Samada ini kerja Nolan (walaupun aku rasa sikit je kontribusi dia) atau S Goyer atau Zack Snyder.
matakucing: aku amat yakin abang rom mesti masih ingat lagi. bahahahaha. kalau tak aku ingatkan dia sampai dia boleh ingat, walaupun terpaksa cari balik isu GB yg ada nama kau tu.
Post a Comment