Followers

Thursday, May 30, 2013

[FILEM] Now You See Me : Ada juga masa-masanya si De Nomolos yang menulis karya campy macam Charlie's Angels dan Super Mario Bros mahu menduga akal anda. Kalau anda gilakan sangat pada Charlie's Angels sebab Drew Barrymore, saya tak tahu nak kata apa...


Now You See Me ada saat-saat mahu menjadi sebuah cereka 'tunjuk terer' dengan gabungan teks-teks heist Ocean's Eleven dan magis The Prestige dengan kedua-duanya menuntut sepenuh twist yang menduga akal apabila mencapai klimaksnya..... sehinggalah apabila si Hulk baru, Mark Ruffalo (bukan kebetulan, pengarah filem ini Louis Leterrier pun pernah mengarah filem Hulk pada tahun 2008) membuka rahsianya. Apabila dibuka rahsia, anda mahu kembali semula kepada petak pertama filem ini, dan anda rasa ada banyak benda yang tak masuk akal. Tak masuk akal jika ingatan anda masih tajam pada setiap adegan-adegan yang melibatkan Dylan Rhodes, agen FBI yang menyiasat kes 'rompakan' secara terbuka oleh geng The Four Horsemen (Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Isla Fisher dan Dave Franco) Anda kembali semula pada permulaan filem, mempersoalkan setiap logik dan perbuatan yang dilakukan oleh Dylan pada kes yang didepaninya. Anda mula tercari-cari mamat manalah yang menulis filem ini dan anda jumpa si De Nomolos yang bertanggungjawab menulis filem Bill & Ted dan ... uhm Super Mario Bros. Anda rasa De Nomolos nak tunjuk bagus dan patut teruskan menulis filem dengan aksi campy macam Charlie's Angel. Anda kata, kalau campy macam mana dia boleh menarik nama-nama besar macam Morgan Freeman dan Michael Caine ke dalam produksi Now You See Me ini? Pertama, Morgan Free pernah berada di bawah produksi De Nomolos ketika filem Levity. Kedua, Michael Caine pernah berlakon di dalam filem yang Oscar-worthy bertajuk Jaws 4. Filem tu sangat hebat.

And that said, benda yang saya tak gemar pasal filem ini ialah CGI-nya. Anda lihat, saya gemar filem yang ada unsur magis sebegini yang rahsianya hanya terbongkar ketika hanya memasuki penghujung cerita dan kesabaran anda perlu tinggi terhadap filem-filem sebegini tetapi CGI yang terlalu nyata membuatkan anda jadi kurang percaya pada magiknya walau besar-besar ditulis pada kredit akhir yang ianya diinspirasikan dari David Copperfield.


Saya juga tidak menyatakan ketidak-gemaran saya yang dalam terhadap Now You See Me kerana saya ingin melihat kembali Jesse Eisenberg dalam sebuah filem post-Social Network yang boleh mengingatkan semula khalayak kepada pembawa watak Zuckonit ini. Seorang rakan berkata yang Jesse tak lari sangat dari watak Zuckonit sedang saya melihat Jesse lebih banyak menjadi diri sendiri dan selebihnya menjadi watak yang didukungnya (seperti juga sebagai computer geek Zuckonit dan juga sebagai sore loser James Brennan di dalam Adventureland). Versi sendiri untuk watak sedia ada, macam juga si John Cusack.

Now You See Me menghiburkan jika mahu dijadikan sebuah filem yang bertujuan untuk berhibur tapi expectation tu kena rendahkan sedikit.

Di pawagam sejak semalam, edaran GSC Movies.

2 comments:

Adi Herman said...

eess expectation is better nowadays...true story!

Blitzenius said...

betul, tapi nak expect kena tengok team produksinya juga. macam Iron Man 3, sebenarnya ia agak bagus juga sebab kerja Shane Black bila bersama dengan Rober Downey memang boleh hasil sesuatu yg memuaskan. Now You See Me ni mungkin nampak gah bila keluar trailer dan yg dilihat ialah pelakon2nya dahulu, sehingga kita lupa sikit nak usha2 nama2 penulis/pengarah. lagilah yg berkait dengan cerita.

Related Posts with Thumbnails