Followers

Tuesday, July 03, 2007

PUBLICATION YEAR

"Raya-raya kena insult jugak, kan?"

Macam mana tu ?

"Since kolej bercuti 2 bulan 24 hari, mesti orang tua tu suruh kita cari kerja. Kau boleh dengar sendiri time abang-abang kau balik raya, how they react bila tau kau lepak selama 2 bulan 24 hari tanpa buat apa-apa. Dalam hati menyumpah-seranah, kenapa la ada makhluk macam kau yang kerjanya menyusahkan orang tua, harapkan dia orang secara total tanggung kau." Dia orang mana tau yang aku memang kerja. "

Aik! Tak nampak pun ?

"Ha! Tu la pasal, aku ada sistem! Tapi malangnya, untuk menjelaskan sistem itu kepada mereka adalah amat neraka sekali!! "

Aku rasa ramai rakan sekolej yang ambik peluang cuti panjang yang lepas (1hb Oktober - 23/24hb Disember 2002) dengan cari duit. Cara bagaimana dia orang cari duit tu aku tak peduli langsung. Tapi frasa yang keluar kat kepala otak aku ialah: "This holiday should be relaxing." Macam-macam perkara yang relaks yang dibentangkan atas paperwork. Malangnya, perkara itu dijalankan di Kuala Terengganu. Ia sama sekali equal dengan tidak berjalan langsung. Pelan pembentangan jadi lakaran jiwa. Orang yang sangat-sangat diperlukan berada jauh dari pandangan kita. Jangankan nak menyentuh rambutnya, suara mereka pun tidak kedengaran. Orang-orang yang boleh membantu membentuk realiti itulah yang kita harapkan, dan mereka tiada. Sick! Idiot box stay idiot. Komunikasi kita diblok lagi. Yang tinggal hanyalah menyambung lakaran jiwa itu di kamar beradu. Tidor!!!! Aku dah malas nak layan perasa-perasa artificial bangkai ini. Sehinggalah datang Ramadhan...............
Ahmad masih meneruskan diksi-diksinya dengan kertas, pen, pencil, ink dan management diary walaupun Ahmad bukanlah terurus sangat. Tak ada PC. "Aku rasa aku nak throw up untuk kali ke 666." Sesi jamming bersama band kesayangan ada la dalam 2 kali selama 2 bulan lebih bercuti. Tak logik bunyinya. List barangan keperluan domestik bertambah, tapi duit tetap berkurang. Software-software yang berkredibiliti tinggi menjalani proses kemaskini, tetapi Ahmad tetap sama, malah semakin backward. Society Ahmad hanyalah bilik kotak yang penuh dengan back-issues. "Aku tak fikir orang diluar sana boleh menerima Ahmad yang sekarang ini. Tolonglah, mereka akan terkejut dengan perbezaan yang radikal ini. Dia orang memang suka benda yang cliche. Dapatkan majalah Mangga dipasaran sekarang dengan gosip terbaru yang hangat lagi sensasi. Mangga tu bukan komik. Perlukan correction." (nota: Ketika ini, Mangga masih memakai nama komik. Ia seperti satu hinaan.) Bookstore dikunjungi beratus-ratus kali. Manusia itu masih boleh bertahan walaupun jalan sekian-sekian itu telah dilalui beratus ribu kali. "Sebab dah takder jalan lain la, bengong!"
Eh! Penulisan ini boleh diterbitkan, bukan? (Saya tersenyum...) Can get money out of it. (Saya melihat realism di sudut yang sukar.) Juga kartun 3 panel tu. (Diterbitkan, tak berbayar...). Kenapalah dulu tak terpikir? Tiba masa untuk ripping someone else's head. Lalu Ahmad berkurung lagi di bilik kotak itu. Karya dihasilkan untuk dapatkan duit. Karya dihasilkan tanpa ketulusan kerana siapa yang pedulikan ketulusan itu? Yang penting, ikut kehendak pasaran yang nak termuntah itu dan kehendak masyarakat. Tiada siapa pedulikan individualism apalagi jika individu itu tidak dikenali. Bukankah sesuatu boleh berubah dan berevolusi ? "Aku takut ianya devolusi dan kita bakal depresi dan kecewa" Pergi mampus, aku mau duit!!!
Dan dia menunggu di sudut itu. Penantian yang menyeksakan. "Jadi anda jelas dengan sistem saya. Tak usah curious, aku tak habis lagi. Seberapa ramai graduasi yang keluar setiap tahun. Kita memang rasa tercabar. Tapi berapa ramaikah yang punya jiwa dan attraction dalam karya kerja mereka? Kalau kau dah ada itu, tak usah risau la.... orang tetap cari kau." Dunia makin mengecilkan oksigennya yang diperlukan ramai orang. You have to pray. God help us!

Jumaat - 27 Dez 2002. 8: 1 1 , aku nak gi sarap!

No comments:

Related Posts with Thumbnails