Followers

Sunday, December 26, 2004

cover art : Chimaira - "Pass Out of Existence"




Kembali ke tahun 2001, semasa internet bertalian dial up masih berkuasa, kami dapat berhubung dengan Mike Boudine III, seorang rakan di cleveland, ohio, US. Mike atau lebih dikenali dengan nickname tech13 ialah designer yang memulakan gagasan Razorart (r.i.p) dan orang-orang awal yang join Deviantart bersama dengan seorang lagi kawan rapatnya, seorang designer dari Scotland, Neil atau nick dia thredz. Both are cool guys, yeah, i remember when we expressed and shared our interest on Dave McKean, Fear Factory album cover art (until the art for Digimortal was taken over by t42 design and that's sucks). at the time, diorang sedang dalam rangka kerja cover CD sebuah band yang sekampung dengan tech13, iaitu cleveland, band yang bernama Chimaira pada masa itu baru saja sign dengan label Roadrunner Records. (pada yang ingat, cover demo Chimaira yang introduce music diorang dengan Roadrunner masa tu, warna merah dengan logo 'chaos' yang direka oleh mereka). Melihatkan hasil kerja tech13 ngan thredz (bawah nama 'Animated Noise'), aku jadi tak sabar nak tengok work cover Cd diorang untuk Chimaira. pada bulan Ogos 2001, sebulan sebelum tragedy WTC di hijack, kami dapat melihat artwork sebenar Chimaira - "Pass Out Of Existance". wow. kaler biru, putih .... hitam. sungguh industri. Memandangkan aku tak dapat CD tu, jadi aku save work CD tu, yang complete dengan band photo yang di-distort-kan dengan typo ala matrix (photoshop habis!), ada la dekat 2 tahun work tu aku simpan dalam pc member aku, balik class, tengok..... sampai la pc member aku crash. aku ambik masa setahun baru la dapat CD 'Pass Out of Existance' dan automatiknya, artwork dalam bentuk fizikal. masa tu Chimaira dah release 2nd CD.

Sementara tech13 dan thredz aku rasa amat berterima kasih dengan Chimaira sebab lepas tu diorang banyak dapat projek dengan Roadrunner, mostly web-based project. so, diorang dah jarang dah bikin print art macam CD ni. diorang pun dah tak dapat aktif ber-community dengan designer online yang lain macam aku, kerana prospect kerja yang agak tight dan faktor usia, hahaha (sehingga meng - r.i.p kan Razorart, sedih, sebab Razorart ni bagus untuk introduce designer2, yang lama dan baru) dan lebih penting, metal!

Neil hari ini bergiat aktif menggerakkan Sensor Studios.

No comments:

Related Posts with Thumbnails