Followers

Thursday, January 04, 2018

Ulasan filem: The Greatest Showman

Cerita tentang miskin jadi kaya ini dah banyak kali diulang (saya terkesan dengan filem Great Expectations arahan Alfonso Cuarón yang meneroka premis miskin kaya ini dengan mendalam kerana sumber rujukannya dari karya Charles Dickens, kemudian karya Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang mana miskin kayanya meneroka hal adat). Bila The Greatest Showman cuba mengangkat cerita miskin kaya berdasarkan kisah sebenar P. T. Barnum, penubuhan Barnum & Bailey Circus dan dunia showbiz secara longgar, saya mati-matian ingat ianya filem tentang magis semata (kerana pernah melihat Hugh Jackman dalam filem The Prestige) sehinggalah diberitahu rakan wartawan it was a musical disguised as a freak show. Dan ianya bahaya sebab nyawanya dipegang oleh muzik itu sendiri. Perlahan-lahan magisnya hilang jika ingin dibanding dengan filem seperti Big Fish.

Kena akui, cerita dalam filem The Greatest Showman ini amat formulaik dan penulisannya agak malas kerana mahu menjual muzik hasil bikinan Pasek and Paul (sebelum ini mereka dalam filem La La Land). Lagu-lagunya saya tak minat sebab tiada yang beri kesan dan impak langsung pada saya (sebab saya dah banyak dengar muzik sebegini dan komposer pun tiada usaha untuk memecah monotoni muzik). Latar filemnya abad ke-19 tetapi mahu muziknya kedengaran lebih moden, itupun Baz Luhrmann buat lebih baik melalui Moulin Rouge! dan The Great Gatsby.


The Greatest Showman  sebenarnya menarik saya ke pagawam kerana rekaan produksi oleh Nathan Crowley yang pernah bikin filem The Prestige arahan Christopher Nolan, juga lakonan Hugh Jackman. Bahagian ini saya kira dibuat dengan cemerlang. Dan sejak filem ini ada Michelle Williams, luka filem ini boleh dibasuh dengan filem baru lain lakonannya, All The Money In The World.

Rating: 5/10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Drama / Muzikal
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams, Zendaya
Pengarah: Michael Gracey
Related Posts with Thumbnails