Followers

Sunday, June 14, 2015

Ulasan filem: Six-String Samurai (1998) arahan Lance Mungia

Selepas 'declining era of VHS' yang memperkenalkan saya pada dunia pasca apokalips Mad Max di kedai menyewa pita VHS era 90'an, permulaan era  DVD memperkenalkan saya pada Six-String Samurai arahan Lance Mungia yang turut menulis skripnya bersama Jeffrey Falcon yang membawa watak Buddy (rujukan dari Buddy Holly) di dalam filem ini, seorang 'lone guitarist dan samurai'. Seingat  saya Buddy bersama seorang budak berjalan di wasteland mencari utopia yang terletak di Lost Vegas di mana ia menunggu raja Rock n' Roll yang baru setelah kematian King Elvis. Kembara Buddy sering dihalang oleh heavy-metal-Death yang menyusun pelbagai plot seperti mengupah pasukan bowling sebagai bounty hunter, keluarga kanibal, geng mutan dan juga Red Army (merujuk kepada askar Russian Soviet Federative Socialist Republic) supaya niat Buddy ke Lost Vegas tak tercapai. Disebut sebagai 'post-apocalyptic musical satire', masa kawan saya pertontonkan pada saya, straight away saya bagi 5 out of 5 sebab cukup rencah muzik campur martial art campur pos apokalips, dan memang dunianya mengingatkan saya pada Mad Max di era 80'an dulu. Muziknya  dihasilkan oleh band Red Elvises, sebuah band Russian-American yang menggabungkan funk rock, surf, rockabilly, reggae, folk rock dan muzik tradisional Russia dan juga  hasil kerja komposer Brian Tyler, kerja skor filem terawalnya sebelum dia mendapat projek besar seperti Iron Man 3, Thor: The Dark World dan Avengers: Age of Ultron.

Di bawah ialahsalah satu lagu Red Elvises dari filem ini, Boogie on the Beach



No comments:

Related Posts with Thumbnails